51.

1.6K 84 5
                                    

Bagai nak cair lutut di buatnya. Terlalu terkejut sampai tapak tangan berpeluh-peluh. Sedangkan tempat tu berpenghawa dingin. Sejuk! Tapi berpeluh dia mengalahkan apa!

"Saya tak kisah kalau awak nak pandang saya sepanjang masa, tapi kita ada sesuatu yang perlu di uruskan sekarang ni.."tegur Killian yang membuatkan Reyna tersentak.

Reyna, dia terlalu asyik mematai wajah Killian sebab rasa rindu pada lelaki ini. Tapi perasana tu tak terluah, sebab itu dia tenung je muka Killian.

"Awak rancang dengan Rian ke?"tanya Reyna semasa tunduk memandang riba sebab malu sendiri lepas di tegur.

Killian menggeleng kepala. "Tak..saya sendiri tahu lepas saya nampak awak masuk ke sini. Rian kata dia ajak makan sama..tak tau pulak ini tujuan dia."jelas Killian dengan jujur.

Reyna angkat kepala, dia palingkan kepala ke luar pemandangan cermin kaca di sebelah meja itu sambil mengangguk kepala. "Oh.."

AWKWARD!

Killian tatap tepi wajah Reyna dengan lama sebelum tunduk memandang jarinya buat seketika. Dia bermain dengan hujung lengan kot yang di pakai. Dia gentel-gentel butang kot tu sebab tak tahu nak cakap apa. Sedangkan dalam fikiran dia ada banyak soalan!

Reyna cuma termenung pandang keluar cermin kaca tu. Dia memikirkan apa yang dia perlu buat sekarang ni. Berjumpa dengan Killian adalah pilihan terakhir dia. Bukan sekarang, bukan nanti, atau bila-bila.

"Stephen beritahu saya apa yang awak beritahu pada dia....dan saya tahu tentang khabar angin yang tersebar tentang awak dan Yuan..."luah Killian dengan nada seperti orang baru kalah berperang.

Hatinya di pagut rasa sedih bila dengar suara Killian begitu. Nak buat macam mana lagi? Nak dia menangis depan Killian merayu dekat lelaki ni supaya tolong dia?Lagi?Macam perempuan pathetic?Macam tu?

"Saya ingatkan...awak lain dari wanita lain dekat luar sana.."Killian perlahan-lahan mengangkat kepala memandang Reyna dengan senyuman sedih di bibir. "Tapi tak..."dia termenung pandang cincin dekat jari manis Reyna. "Awak sama seperti mereka...tak ada bezanya dengan perempuan materialistik dekat luar sana..."

Ibarat disentap jantung dari tangkainya, Reyna terkedu memandang Killian setelah komen itu keluar dari mulut tersebut. Matanya tak berkedip memandang wajah dingin tiada perasaan itu.

"Tapi mereka tak adalah sekejam awak. Yang sanggup ambil kesempatan dalam kesempitan. Awak tikam belakang kawan baik awak sendiri demi kepentingan diri awak...awak gunakan saya dan rakan-rakan saya seperti alat semata..."sambung Killian lagi.

Reyna yang dengar hanya mampu mencengkam kuat kain skirt dia kuat-kuat. Muka dia tak tunjukkan sebarang reaksi, tapi dalam hati dia dah macam ribut badai. Kelam kelibut yang amat sangat seperti perasaan dia saat itu.

Patah seribu!

"Tapi tak apa...saya dah move on sejak awak lost contact dengan saya...dan perasaan saya terhadap awak sudahpun lenyap sepenuhnya. Jadi jalani hidup yang awak nakkan ni sebaik mungkin..saya takkan libatkan diri saya dalam hidup awak lagi.."ujar Killian dengan dingin sambil tersenyum tawar.

Reyna menelan air liur dengan susah payah taktala ketulan sedih mulai tersekat di tengah kerongkong dia. Dia terlalu kecewa sampaikan tak boleh nak cakap sebab takut, kalau dia cakap dia akan menangis dekat situ.

Killian jungkit kening bila perasan Reyna sejak tadi tak berkata apa-apa.

"Kenapa?Salah ke apa saya cakap?Atau ianya terlalu tepat sampaikan awal tak boleh nak katakan apa-apa mengenainya?"soal Killian dengan sinis.

Reyna mengetap gigi taktala air matanya mengancam mahu terhambur keluar di situ. Mahu tak mahu dia terpaksa gagahkan jugak diri dia untuk bersuara.

"Kalau awak dah tahu kenapa ditanya lagi?"balas Reyna dengan susah payah nak kawal suara dia supaya tak kedengaran menggeletar.

Killian berdengus mengejek lantas menarik sengih meleret lepas dengar. Dia pandang kecewa ke Reyna lantas bersuara.

"Taniah la kalau macam tu Reyna...saya doakan yang terbaik untuk awak. Semoga bahagia."ucap Killian semasa bangun dari situ dan terus meninggalkan Reyna tanpa ragu-ragu.

Tanpa berkedip, Reyna pandang ke kerusi tempat Killian duduk tadi dengan lama sampaikan titisan air mata jatuh dari kelopak terus ke atas tangan yang berada di tengah-tengah ribanya.

Reyna kemudiannya tundukkan kepala ke bawah dalam keadaan duduk tegak lantas menangis tanpa suara. Bahu dia terhenjut-henjut sedih semasa tanggisnya menjadi-jadi.

Sambil menangis, Reyna angkat kepala lalu dipalingkan ke cermin kaca di sebelahnya. Pemandangan indah dari tempat itu sangat mengamit hati bila di pandang. Tapi semua tu tak dapat buatkan hati dia yang sedang berkecamuk menjadi tenang.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now