41.

1.4K 87 1
                                    

Hidup ni tak semuanya ada.

Contohnya, apa yang ada dekat orang tak semestinya ada pada kita. Perasaan yang orang rasa tak sama apa yang kita rasa. Kesusahan dan kesakitan yang orang lain hadapi lain dari apa yang kita alami.

Jadi ramai yang tak ada persamaan yang sama.

Masing-masing ada kesakitan masing-masing.

Bezanya cara macam mana nak tangani kesakitan tu.

Ada masanya dia tertanya-tanya, apa rasanya perasaan 'okay' tu?Dia dah lama tak rasa perasaan tu sejak belasan tahun yang lepas.

Macam mana bunyi suara dia bila ketawa?

Macam mana rupa dia kalau tersenyum?

Apa yang dia rasa sekarang cuma sakit, sakit dan sakit. Sakit yang amat sampai dia rasa penat sangat.

BAM!

Tak pasal-pasal satu fail dihempas atas meja dekat depan dia. "Menung lagi?Seriously ? Dengar tak apa saya cakapkan tadi?"soal Yuan dengan marah dekat depan Reyna.

Reyna termenung pandang muka Yuan masa di bentak. Dia tak terkejut sangat sebab dah terbiasa bila ayah dia dera dia waktu remaja.

Dia tak marah atau terasa. Cuma Reyna tak faham kenapa Yuan marahkan dia sangat...Sejak Yuan balik dari oustation, Yuan tak habis-habis nak marahkan Reyna.

Dari benda kecik ke atau simple Yuan mesti akan sensitif dan naik angin kemudian membentak Reyna.

Staf lain tak boleh nak buat apa. Masuk campur tak berani sebab Yuan tu bos mereka. Tak nak hilang kerja, mereka pilih untuk diamkan diri. Dan membiarkan Reyna di susahkan oleh Yuan.

"Benda macam ni pun tak boleh buat ke?Apa dah jadi dengan awak ni?"Yuan mencekak pinggang sambil berkerut kening tak puas hati.

Reyna mendiamkan diri. Dia tak faham apa yang kurang dalam laporan dan idea yang kali berapa dia tukar sendiri tak ingat tu. Yuan cuma marah dan marah tanpa spesifik kan kesilapan dia.

"Tak menarik, budak amatur punya kerja lagi bagus la..."dengking Yuan. "Asal? otak tu dah tak boleh nak fikir lebih baik dari ni?Sebab penuh pasal lelaki sampai nak kerja pun tak boleh..?"

Reyna angkat mata dia dari lantai lalu memandang Yuan. Lelaki lain?Ke situ pulak.Yuan tahu tak dia habiskan masa dengan Jenny sepanjang minggu ketiadaan lelaki ni sampai tak boleh nak fokus terhadap kerja dia?Bolehnya Yuan tuduh dia?

"Awak nak kerja ke tak?Kalau nak buat kerja betul-betul..kalau tak nak berhenti..jangan nak buat sakit hati saya marah-marah awak sepanjang masa.."Yuan duduk menghenyak punggung dengan kasar ke kerusi lalu menekan-nekan tetikus dengan marah.

Reyna yang masih berdiri dekat meja tu pandang Yuan buat seketika sebelum memberi tunduk maaf. "Saya akan baikinya semula." ucap Reyna.

Dia capai fail yang dicampak Yuan bersama semasa toleh nak keluar dari situ. Langkah kakinya lemah tiada semangat. Bukan kerana letih atau sakit.

Tapi kerana sedih dimarahi Yuan. Dia tak biasa dengan sikap marah Yuan yang baru ni sebab dia tak faham kenapa Yuan marahkan dia.

Detak tumit kasutnya berbunyi sebaik saja dia injak kaki ke lantai berjubin koridor depan pejabat. Pintu itu di tutup semula dengan perlahan.

Kepalanya tunduk pandang ke bawah tiada semangat sewaktu jalan menyusuri koridor kosong tu.

Tak lama dia jalan, Reyna jatuh terduduk dekat lantai bersandarkan dinding berdekatan. Sambil pegang dadanya yang sebu Reyna gigit bawah bibir kuat-kuat sambil memejam mata rapat-rapat.

"Anak ibu adalah seorang yang kuat... orang yang kuat dia tak menangis...jadi berhenti la menangis..."pujuk ibunya dari balik topeng oksigen yang dipakai.

"Reyna tak kuat-sedu-tengok-sedu-ibu macam ni...tolong jangan tinggalkan Reyna dengan ayah...-sedu-"luah dia yang waktu tu berusia 11 tahun.

"Sayang...kalau kamu kata begitu maka begitu la yang kamu akan jadi...stop crying honey..please.."

"Macam mana dengan Reyna bila ibu dah tak ada nanti?"

Tangan dingin milik ibunya menyentuh pipinya dengan lembut yang mana amat dia hargai sentuhan itu. "Ibu akan sentiasa bersama dengan kamu...jadi berhenti la menangis. Please stop crying..."

Teresak-esak suara itu taktala orangnya menangis di hujung koridor sendirian minta di pujuk.

Apa salah dia dah buat?Dia sedaya upaya nak gembirakan semua orang. Mudahkan urusan semua orang?Kenapa dia masih di salahkan?

Kenapa?

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now