26.

1.4K 91 0
                                    

Disebabkan kumpulan dia baru settlekan dua projek besar dalam masa dua bulan tak rehat, Reyna buat keputusan sendiri untuk siapkan projek Dante sendiri. Dia kesian nak mintak tolong anak buah dia siapkan projek ni memandangkan mereka kena hadap projek iklan Rian.

Jadi selama beberapa hari berturut-turut termasuk sabtu dan ahad Reyna berhempas pulas sendiri siapkan semuanya termasuk la paperwork, story board dan jugak slide untuk presentation.

Dan dalam masa tu Reyna cuma rehat sejam dua dalam sehari tu sebab kena siapkan semuanya sebelum hari persidangan dengan menteri kebudayaan isnin depannya.

Hari ni hari jumaat, hari terakhir dia siapkan semua paperwork dan print out untuk mesyuarat nanti. Lepas dia stepler semua kertas, Reyna keluar dari pejabat dengan muka penat dan mamai. Dah macam zombie pun ada dia rasa masa tu.

"Cik Reyna nak ke mana?"tanya seorang staf wanita masa berselisih dengan Reyna yang waktu ni nak keluar dari ruangan tu.

"Kafe sekejap..minum kopi."jawab Reyna di balik cermin mata hitam dia. Tak nak orang tengok mata tak cukup tidur dia.

"Nak saya ambil kan.."aju staf wanita tu. Dia tahu Reyna sibuk kebelakangan ni jadi dia ingat nak tolong kalau Reyna perlukan bantuan.

Semua orang dalam ruangan tu tahu Reyna tengah usahakan projek yang Reyna ambil alih dari Ketua Dante sendirian. Mulanya mereka ingat Reyna akan mintak tolong mereka, rupanya tidak. Malah Reyna buat semuanya sendiri. Dari siang ke malam tanpa henti!

"Tak perlu. Saya boleh uruskannya."balas Reyna dengan perlahan. Suara dia sayup kedengaran di dengar.

"Baik.."balas staf wanita tu dengan senyuman nipis di bibir.

Lepas tu Reyna naik lif, turun ke tingkat 18. Tingkat di mana kafe berada. Tiba je dia dekat situ, kaunter barista kosong tiada pelanggan yang mana buatkan dia lega sangat.

Dengan hati yang riang, Reyna gerak ke kaunter dimana seorang barista berdiri di belakang kaunter tunduk mengelap gelas di tangan.

Sampai je dia depan kaunter tu Reyna bersuara."Berikan saya dark coffee. Tanpa gula."ordernya.

Bila barista tu dengar dia angkat kepala lantas tersenyum bila nampak Reyna. Staf wanita yang paling dia respect dekat sini despite rumor yang tersebar tentang Reyna."Baik..minum atau take out?"tanya dia dengan ramah.

Reyna pandang sekeliling kafe tu lalu kembali memandang barista depannya. Ingin pastikan kalau ramai orang dia duduk luar, kalau tak ada orang dia lepak sini.

"Minum.."jawabnya lepas kesan kafe tu tak crowded macam biasa.

"Baik.."Barista tu mula menyiapkan pesanan Reyna.

10 minit macam tu, Reyna menerima satu cangkir berisi kopi gelap tanpa gulanya. Bersama dulang dekat tangan Reyna gerak berpaling dari situ.

Baru je dia palingkan badan nak ke meja kosong tak jauh dari kaunter tu, tiba-tiba satu rempuhan datang dari tepi mengenai dirinya.

Habis jatuh terduduk Reyna sambil bermandikan kopi panas tadi bila Reyna tak boleh nak seimbangkan badan dengan keadaan dia yang lemah dan penat masa ni.

Well..biasanya la kan, kalau manusia bila disakiti atau cedera pasti akan bersuara kan? Menjerit ke, mengaduh ke, mencarut ke atau marah.

Tapi Reyna tak!Dari dia kena langgar, jatuh terduduk sampai la tersiram dengan kopi panas tu Reyna langsung tak keluarkan suara. Malah dia hanya diam bersahaja bangun dari situ.

"Opps!Tak nampak. Ingatkan tong sampah tadi..."komen satu suara.

"Jalan pandang mana?"

"Entah dia ni..pakai cermin mata bagai mana nak nampak.."

"Ketua Dante okay tak?"

Masa tu barista dekat belakang kaunter tu cepat-cepat dapatkan Reyna. Terkejut dengan kejadian tu.

Reyna perlahan-lahan bangun dari situ masa barista tadi cuba tolong dia berdiri, tapi Reyna tak nak. Dia nak bangun sendiri.

Berasa pedih di bahagian perut dan sekitar peha berseluar jean skinny, Reyna tunduk pandang dirinya. Perasaan dia waktu ni sangat senak dan terkejut. Terlalu terkejut sampai tak tahu nak respon macam mana. Apa yang pasti dia rasa pedih dan panas yang amat sangat!

"Cik Reyna tak apa-apa?"Tanya barista tu dengan risau masa tunduk memandang Reyna.

Reyna angkat tangan tanda tak apa-apa. Dia cuba imbangkan dirinya dari terjatuh lalu berdiri menghadap empat orang staf lelaki dan perempuan yang berdiri dekat depan dia.

"Sakit?"tanya Dante dengan sengih sinis dia.

Reyna cuma bagi renungan kosong dia dekat Dante. Reyna tahu Dante buat semua ni sebab sakit hati dengan tindakan dia rampas projek lelaki ni. Jadi dia tak marah. Dia faham perasaan Dante. Kalau dia jadi Dante dia pun akan buat perkara yang sama.

"Apa kau rasa itu yang aku rasa lepas kau ambik apa yang patut jadi milik aku.."desis Dante dengan benci sebelum jalan ke depan hendak keluar dari kafe tu.

Dalam proses tu, Dante dengan sengaja langgar bahu Reyna kuat-kuat sampai Reyna hilang keseimbangan.

Mujur la barista dekat sebelah Reyna sempat sambut Reyna sebelum Reyna jatuh ke belakang. Dia peluk bahu Reyna tapi Reyna tolak tangan dia jauh.

Reyna pandang ke bawah masa kepala dia buat hal. Masa ni jugak la kepala dia nak buat perangai. Nak malukan dia depan orang ramai dalam kafe ni. Drama betul!

Perlahan-lahan Reyna gerakkan kaki dia nak berjalan, tapi tak sempat. Masa kaki dia gerak seinci, masa tu jugak Reyna terduduk nak jatuh ke lantai.

Barista tadi cepat-cepat cempung badan Reyna gaya pengantin tepat sebelum Reyna terbaring dekat situ.

"Cik!"panggil barista tu dengan cemas sampai tarik perhatian staf lain yang ada dekat kafe tu nak membantu.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now