Dua minggu lepas pembedahan ayahnya berjaya di langsungkan, Reyna berulang alik dari pejabat ke hospital semata hendak memantau perkembangan ayahnya. Di samping itu, Reyna menyelesaikan projek iklan produk dari syarikat Rian.
Tanpa rehat mahupun tidur, Reyna habiskan masanya di hospital dan pejabat saja. Walaupun hujung minggu sekalipun Reyna tak rehat.
Sehinggala projeknya bersama Rian berjaya di siapkan dan majlis penutup projek tu diadakan. Se perfect yang meng handle projek tu, hasil produk yang keluar dari Reyna telah mendapat banyak feedback positif dari klien mahupun sponsorship projek tersebut.
Masa semua orang menghiburkan diri dan hati masing-masing dengan makanan dan minuman mewah, Reyna hanya berdiri memerhati. Taktala orang lain sibuk berbual dan membuat connection dengan orang berpemgaruh, Reyna hanya pinggirkan diri dari kelompok tersebut.
Disebabkan itu, kehadirannya sama sekali tidak disedari oleh mana-mana tetamu yang hadir di situ. Kecuali seorang...
Gelas berkaki yang berisi wain merah itu dipandangnya sewaktu tangan dia mengocak-ngocak perlahan gelas dan memerhati air dalam gelas itu beralun sekeliling gelas.
"Seorang je?"tegur suara tu.
Mata dia naik memandang ke depan sebaik merasai ada yang mendekat. Dan sebaik dia bertentang mata dengan pemilik suara tu, satu senyuman di berikan kepadanya.
"Kita jumpa lagi..."senyum Killian lepas berdiri semeter jauh dari Reyna.
Mata Reyna tak berkelip taktala menilik lelaki kacak yang berdiri di depannya. Memang tak di sangkalkan lelaki ini kacak.
"Apa yang awak buat dekat sini?"tanya Reyna sambil meletakkan gelas berkaki yang dia tak minum sikit pun sejak tadi ke atas meja berkaki panjang sebelahnya.
Killian tersengih masa tilik Reyna dari atas ke bawah. Mana taknya, seperti biasa Reyna kenakan pakaian serba hitam kegemaran Reyna. Semuanya hitam. Tapi masih lagi nampak cantik.
"Rian jemput saya ke sini memandangkan saya rakan kongsi syarikat dia.."jelas Killian tanpa alihkan fokusnya dari wajah Reyna.
"Oh..ya ke."reaksi Reyna.
"Kenapa awak tak join yang lain?Sendirian dekat sini..tak bosan ke?"tanya Killian sambil rapatkan jurang mereka berdua.
Reyna yang tak sedar akan hal tu pandang sekeliling dia buat seketika. Ramai orang dekat dalam ruangan ballroom ni tapi seorang pun tak berkenan di hati dia untuk berborak.
"Tak."jawab Reyna yang kemudiannya alihkan perhatian dia ke Killian. Dan sebaik saja dia pandang ke Killian, lelaki itu sudahpun berdiri rapat di depannya.
Taken back dengan situasi tu Reyna gerak hendak jarakkan diri tapi kaki berkasut tumit tingginya terpelecok hendak jatuh.
Sepantas kilat, Killian pegang belakang pinggang Reyna dan tarik Reyna rapat ke dadanya.
"I got you.."sebut Killian dengan nafas leganya.
Dada Killian di pandang Reyna masa tangan dia melekap pada kot hitam Armani Killian setelah lelaki itu selamatkan diri dia dari situasi memalukan.
"Awak okay?"tanya Killian masa tunduk memandang Reyna.
Reyna dongak sedikit sebaik mendengar soalan itu. Serentak di masa dia pandang mata Killian, jantungnya berdetak aneh, nafas tertahan si kerongkongnya. Kata-katanya tak dapat diluahkan.
Killian yang menatap mata Reyna ikut terpana seketika. Pelukannya pada belakang pinggang Reyna dieratkan olehnya tanpa sedar sampaikan Killian tolak Reyna rapat sandar ke dada dia.
Lalu Reyna turunkan matanya ke bibir Killian. Entah kenapa hatinya terdetik hendak memandang bibir merah jambu penuh milik Killian.
Seperti dipukau, Killian dekatkan wajahnya ke muka Reyna tanpa alihkan matanya pada mata Reyna.
Reyna turut terikut hendak dekatkan wajahnya ke Killian. Langsung tak peduli akan para tetamu yang mungkin nampak mereka di situ.
Seinci sebelum bibir mereka saling bersentuhan, Reyna memejam mata. Lantak la apa nak jadi, jadi la,fikirnya semasa mencengkam kuat kolar kot Killian.
Melihat Reyna memejamkan mata, Killian redupkan pandangan dia lalu membuka sedikit mulutnya sewaktu bibir dia hampir hendak bersentuhan dengan bibir Reyna.
Dring!Dring!
Waktu tu jugak la telefon Reyna berbunyi. Buatkan Killian yang hampir hendak mengucup Reyna tersasar target apabila Reyna palingkan kepala tiba-tiba.
Reyna buka mata lalu memaling kepala ke sisi dimana meja berada seinci sebelum bibir Killian menyentuh bibirnya. Seperti orang kalah, Killian sandarkan dahi dia ke bahu Reyna.
Telefon bimbitnya dicapai lalu panggilan tersebut dijawab. "Ya, Reyna bercakap.."
Killian lepaskan pelukannya pada pinggang Reyna sejurus itu.
"Ini saya Stephen.."
Reyna terpaku pandang ke depan seperti terkejut mendengar suara itu. "Sesuatu terjadi ke?"
"Baik awak datang ke sini..."
Tanpa berlengah Reyna putuskan panggilan tu dan capai clutch dari meja dan berpaling nak keluar dari situ.
Killian yang perasan akan kekalutan Reyna menghalang. Dia berdiri depan Reyna sampai Reyna terlanggar dia.
"Woah..nak ke mana ni?"tanya Killian.
Reyna undur selangkah ke belakang selepas terlanggar dada Killian. Dia dongak pandang Killian dengan renungan kosong.
"Beritahu Rian saya mintak maaf sebab tak dapat stay lama dalam parti dia ni..."pamit Reyna yang jalan ke tepi hendak melepasi Killian, tapi Killian pegang lengan atas dia dan paksa dia berdiri menghadap Killian semula.
"Awak nak ke mana?Tergesa-gesa macam ni?"tanya Killian dengan kening mencerun risau.
Reyna pandang mata Killian dengan gemuruh. Patut ke dia beritahu lelaki ni masalah dia?
"Reyna...tell me."minta Killian seperti orang terdesak sangat.
Reyna pandang tangan Killian yang mencengkam lengan dia buat seketika sebeluk kembali memandang Killian semula.
"Ayah saya..."sebut Reyna dengan perlahan.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...