18.

1.4K 102 0
                                    

Perlahan-lahan tangan itu dikesat dengan tuala basahan yang direndam dengan air bersih. Tangan tua yang dulu bantu dia mengikat tali kasut. Tangan yang bantu dia berjalan. Tangan yang menarik dia bangun sewaktu jatuh. Dan tangan yang sama menyakiti dia.

Ayah yang dulu seorang penyayang berubah 360 darjah kerana cinta itu di tenung Reyna dengan lama. "Reyna tak salah kan ayah apa yang berlaku. Jadi ayah bangun la..."bisik Reyna perlahan. "Reyna tahu ayah terpaksa...dan Reyna dah lama maafkan ayah.."bicaranya lagi.

Kata doktor orang koma memang tak sedar, tapi mereka sedar dan dengar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Nak bantu mereka kita kena banyak berbual dan berinteraksi dengan mereka.

Tapi Reyna hampir berputus asa.

Sambil mengesat leher ayahnya Reyna termenung menatap wajah pucat ayahnya dengan syahdu. Dia berharap sangat ayahnya sedar. Dia sedih lihat ayahnya terlantar begini. Pelik pula bila dia tak dengar bebelan dan kata makian dari ayahnya.

"Hari ulang tahun kematian ibu dah dekat...ayah bangun boleh la kita pergi sama..."wajah ceria tersenyum ibunya pula menerpa benak memorinya. Yang mana buatkan dia berasa sedih yang amat sangat.

Dulu kalau ibunya masih hidup setiap petang mereka tiga beranak akan keluar jalan-jalan sekeliling tasik dekat dengan kawasan apartment tempat tinggal mereka. Jadi hari petang adalah hari yang paling Reyna tunggu-tunggukan sebab dapat luangkan masa dengan mereka berdua.

Tapi semua tu hilang setelah ibu Reyna disahkan menghidap kanser servik sewaktu Reyna berusia 12 tahun. Dan sejak itu Damien berubah. Sikap penyayang dia berubah menjadi agresif. Setiap kali pulang kerja, Damien akan memarahi Reyna. Tak cukup tu, Damien akan mendera Reyna sehingga luka-luka badan Reyna di buatnya.

Selama lapan tahun Reyna hadap semua tu sehinggalah ibu Reyna meninggal dunia. Kejadian tu buatkan Reyna trauma dan kemurungan. Dia sering cuba mencederakan dan bunuh diri sendiri. Tapi setiap cubaannya gagal. Sehinggalah Reyna bangun sendiri dan ubah nasib dia. Dia tak biarkan hidupnya bergelumang dengan kesengsaraan. Untuk tu Reyna korbankan kegembiran, hiburan dan rasa seronok dalam dirinya.

Kalau dia tak boleh matikan diri sendiri, dia yang akan matikan hatinya sendiri.

"Reyna rindu masa kita happy dulu...Reyna harap sangat Reyna boleh putar balik masa...masa di mana ibu ada dengan kita..."masa tu la air mata dia tumpah dari kelopak mata. Dengan lemah Reyna letakkan kepala di lengan ayahnya lantas tersedu sedan.

Esak tangis Reyna diselangi dengan bunyi bip dari alat bantuan hayat Damien memenuhi bilik rawatan kelas satu itu.

Tanpa disedari, air mata turut dari tepi mata Damien yang sedang terpejam rapat. Lelaki itu turut sedih dengan tangisan itu.

Reyna angkat kepala dengan sedu sedan teruk dia. "Kalau ayah tinggalkan Reyna jugak..pada siapa Reyna nak mengadu?dengan siapa Reyna nak di marah..."luahnya bersama juraian air mata.

Jari jemari Damien di genggam Reyna dengan erat.

"Reyna tak nak sendirian...biar la orang benci Reyna..ayah nak benci Reyna benci la...Reyna tak kisah..asalkan Reyna tak ditinggalkan sendirian...tolong la ayah..bangun..Reyna tak boleh hadap semua ni sendiri...please wake up"nangis Reyna.

Tangan itu di cium Reyna dengan terdesak sekali.

Di luar pintu bilik itu, berdirinya Rudy. Lelaki tu yang niatnya datang nak tengok-tengok sekejap tak jadi masuk lepas dia dengar suara menangis dari dalam. Dan bila dia berdiri lama dekat situ baru la dia sedar suara tu Reyna yang punya.

Dia memang tak suka adik tiri ya yang seorang tu. Yalah Reyna semua ada. Kereta, rumah mewah sendiri, kerja yang bagus, kawan yang kaya, kenalan orang kaya dan paling penting Reyna sentiasa dapat yang terbaik. Sedangkan dia dari dulu sampai sekarang kekal loser.

Bukannya tak cuba. Dia dah cuba tapi dunia zaman sekarang buatkan dia give up nak berusaha.

Malas nak lama-lama Rudy beredar dari situ. Tengah dia berjalan, entah macam mana dia berselisih dengan orang yang lalu lalang di situ sampai berlanggar bahu.

"Dah bu-"niat nak maki, sekali bila dia tengok muka garang orang yang dilanggarnya Rudy buat muka cuak dia sebelum beredar dari situ.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now