Knock!Knock!
"Masuk."arahnya sambil menaip sesuatu di atas papan kekunci.
"Busy?"tegur Yuan masa jalan masuk ke dalam pejabat tu lalu duduk di depan meja Reyna.
Reyna pandang skrin komputer buat seketika sebelum kerling ke Yuan. "Ya..ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?"
Yuan memberi senyuman nipis pada Reyna lepas Reyna pandang dia."Saya nak ajak awak untuk temankan saya di majlis lelong dan amal malam nanti.."ajak Yuan sambil memandang wajah Reyna sewaktu duduk sandar ke depan.
Sambil menaip papan kekunci Reyna pandang Yuan dengan kening berkerut sedikit. "Malam ni?"tanya Reyna. Dia kena lawat kembar dua orang tu nanti.
"Kenapa awak ada rancangan lain ke?"
Muka Howard muncul dekat fikiran Reyna serta merta. Buatkan dia teringat akan perbualannya dengan lelaki tu. Lantas dia menggeleng kepala. "Tak...jam berapa majlis tu mula?"soal Reyna lalu kembali memandang skrin komputer.
"Jam 9 malam, tapi saya ambil awak awal sejam. Boleh?"
Kalau dia kata tak boleh, Yuan paksa dia jugak. Sama je pun kalau tanya izin dia ke tak. "Okay..."angguknya.
"Kalau macam tu jumpa lagi nanti. Sambung la kerja awak tu semula.."kata Yuan sewaktu bangun dari situ dengan senyuman di bibir.
Reyna berhenti menaip, dia pandang belakang badan Yuan masa Yuan berjalan keluar dari pejabatnya. Lepas pintu pejabat dia tertutup, satu keluhan panjang lepas dari bibir dia. Tanpa sedar, Reyna termenung sendiri memandang ke lantai. Susahnya hidup ni kan?
Dring!Dring!
Terkebil mata Reyna sebab terkejut dengan bunyi deringan telefon pejabatnya. Sedar dari lamunan dia, Reyna capai gagang telefon lalu meletakkannya ke telinga.
Sebaik gagang tu dilekap ke telinga dia pandang skrin komputer."Reyna bercakap." sambutnya tiada mood.
"Hai princess.."suara ceria yang tak asing ditelinga kedengaran.
"Encik Rian..."sapa Reyna dengan mendatar. Haih...ni lagi seorang makeluk!
"Makan sama jom..saya ada dekat dengan Golden Venture ni.."kata Rian dengan bersemangat dalam gagang telefon tu.
Reyna pandang ke skrin komputer dia dengan renungan bosan. Disebabkan dia cuti panjang, banyak kerja dia tergendala. Jadi dia betul-betul sibuk dan penat!
"Saya busy."jawab Reyna dengan mendatar.
"Alah...jom la. Lama kita tak lepak sama...kerja-kerja jugak..enjoy la sikit...ya. kita makan sama ya?"ajak Rian lagi dengan beria.
Reyna sandar ke belakang tak ada tenaga. Dia picit dahinya dengan mata terpejam rapat masa rehatkan siku dekat atas lengan kerusi.
Lelaki jenis Rian ni selagi tak dapat apa yang di nak, lelaki ni takkan give up even hanya semata untuk perkataan 'ya'. Pening betul kepala dia!
"Fine..dekat mana?"soal Reyna dengan nada malas. Beralah je la!
"No worry...saya jemput awak."sahut Rian dengan girang.
Reyna hampir nak menjuling mata kejengkelan.Tapi tak, menjuling mata tu tak sopan. Jadi dia tak buat."Okay."jawabnya dengan pendek.
"Saya call awak bila dah sampai nanti."
Tanpa balas, Reyna terus putuskan panggilan dan kembali menyambung kerja dia. Sibuk main sibuk tak sedar masa berlalu dengan pantas. Dari satu dokumen ke dokumen Reyna siapkan.
Seperti yang dijanjikan, Rian call tak lama lepas tu. Lelaki tu jemput Reyna depan bangunan dan pandu Reyna ke restoran tempat mereka untuk makan tengah hari pada hari ni.
Pemanduan selama 15 minit itu berakhir di depan sebuah hotel eksklusif. Di mana keberadaan restoran tu berada.
"Okay kita dah sampai...awak keluar dulu...restoran tu dekat tingkat 18, awak masuk je..nanti ada waiter sambut awak.."ujar Rian semasa parkir dekat depan pintu masuk hotel tu.
Reyna tengok keluar tingkap sekejap lalu berpaling ke sebelah dia. "Awak tak turun sekali?"tanya dia.
Rian sengih sambil sondong dekat ke Reyna dengan tiba-tiba.
"Saya nak bagi dokumen sekejap dekat kawan saya...dia on the way ke sini...awak naik dulu ya.."jelas Rian sambil buka tali pinggang untuk Reyna lalu buka pintu kereta sekali. Setelah itu baru la dia duduk sandar semula ke kerusi.
Reyna pandang Rian. Muka kemas tanpa misai atau janggut tu ditenung dia buat beberapa saat. Tadi beria nak ajak makan, sekali suruh dia masuk sendiri pulak. Ada ke patut!
Malas nak cakap banyak, Reyna keluar dari kereta dan terus gerak ke pintu masuk hotel. Dia jalan dan jalan sehingga tiba di lif dan naik ke tingkat yang dikatakan Rian.
Mulanya Reyna ingat dia perlu jumpa receiptionist or something lepas sampai dekat pintu masuk restoran tu, sekali bila dia sampai....
"Selamat datang Cik Reyna.."sapa seorang waiter lelaki pada Reyna secara mengejut.
Reyna berdiri dekat situ macam tunggul. Tegak membatu sebab terkejut lepas waiter tadi muncul seperti hantu dekat depan dia tanpa amaran. Tiba-tiba je berdiri dekat situ. Mujur la dia jalan perlahan, kalau laju tadi tak ke berlanggar tadi. Ada ke!
"Mari saya tunjuk meja cik.."aju waiter tu sambil alukan tangan ke satu arah.
Tanpa berkata apa-apa, Reyna ikut langkah waiter tu sampaila tiba di sebuah meja. Dan masa tu!PANG! Realiti serta merta menghentak memori Reyna. Berdiri je dia dekat situ, baru la Reyna sedar akan sesuatu.
Sejak awal lagi, on the way ke sini, Reyna ada satu perasaan yang asyik berlegar-legar dari fikiran dia. Perasaan familiar. Perasaan yang dia rasa macam dia pernah lalu jalan ni, perasaan dimana dia pernah masuk ke ruangan ni.
Patut la dia rasa familiar dengan tempat ni!
"Awak dah sampai.."satu suara dalam yang lunak di dengar menyapa.
Reyna berdiri dekat situ dengan muka dumbfounded dia. Rian tak guna tu dah set up pertemuan ni. Di restoran tempat kali pertama dia berjumpa dengan lelaki ni!
"Killian?"sebut Reyna dengan mata terbutang sedikit kerana terpegun melihat lelaki kacak di depannya. Berdebar laju jantung dia bila matanya bertentang dengan mata Killian.
Setelah hampir sebulan tidak berhubung, semakin kacak Killian di pandangan mata Reyna.
"Hai Reyna.."senyum Killian.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...