47.

1.6K 92 0
                                    

Nak tahu apa persamaan dia dengan Jenny?

Cuma ada satu je.

Persamaan yang jadikan alasan kenapa dia berkawan baik dengan Jenny.

Yatim piatu.

Ya. Anak yatim piatu. Jenny dan dia sama-sama tiada ibubapa.

Kerana itu mereka berdua saling menghargai. Saling menjaga antara satu sama lain. Sebab mereka berdua tahu apa rasanya kalau hidup sendirian.

Dia ingat semuanya akan baik-baik saja.

Dia ingatkan dia takkan rasa kehilangan lagi.

Dia ingatkan dia takkan disakiti lagi.

Tapi tak.

Dia silap.

Orang yang kita sayang tu la yang akan sakiti kita lebih teruk dari orang lain.

Dia tak faham, apa tujuan dia hidup dekat muka bumi ni. Adakah tujuan dia cuma untuk rasa sakit je. Atau untuk sakiti orang lain.

Hujan turun masa hari pengebumian Jenny. Ramai kenalan dan kaum kerabat datang pada hari tu. Suasana sedih jangan cakap la, ramai orang menangis.

Yalah siapa tak sedih bila menantu dan kawan yang selalu ceria ketawa dan gembira jalani hidup pergi tinggalkan dunia tiba-tiba macam ni!

Sendu hatinya taktala teringatkan kembali memori lama. Entah berapa lama, dia perhati je bingkai gambar dimana mereka bertiga berada dengan lama masa dia duduk dekat birai katil.

Pakaian berkabung yang basah dek hujan tadi tak sempat diganti sejak sejam lepas dia sampai di rumah. Terlalu penat untuk berbuat apa-apa.

Knock!Knock!

Ketukan pintu kedengaran tak lama lepas tu.

"Cik Reyna.."panggil Gina di depan muka pintu.

Reyna tak menyahut sebab terlalu jauh dalam dunia termenung dia.

Gina pun jalan masuk ke dalam bilik tu lalu duduk di sebelah sebelum sentuh bahu Reyna. "Tuan Yuan datang.."maklum Gina dengan perlahan.

Reyna masih mendiam. Dia cuma pandang bingkai gambar tu je macam Gina tak ada dekat situ.

Hela nafas dilepaskan Gina. Dia bangun dari situ nak beritahu Reyna tak boleh diganggu, tapi baru dia sampai depan pintu, Yuan dah pun berdiri dekat situ.

"Tu-tuan Yuan.."sapa Gina dengan muka terkejut dia.

"Leave us."arah Yuan tanpa alihkan mata dari Reyna.

Gina tunduk hormat. "Saya keluar beli barang dapur kalau begitu."Gina tutup pintu bilik tu kemudian. Tinggalkan Yuan dekat dalam bilik Reyna sendirian.

Sampai hati!Satu titisan air mata jatuh dari kelopak mata Reyna. Tapi mata tu tak berkedip.

"Keluar."arah Reyna dengan mendatar bila tahu kehadiran Yuan dalam biliknya.

Yuan tak dengar, dia malah jalan mendekati Reyna lalu melutut di depan kaki tu. Setelah itu dia capai tangan Reyna sebelum diramas lembut.

Serta merta tangannya ditarik kasar."Tak dengar ke! Keluar!"tempik Reyna masa pandang Yuan dengan dada naik turun hilang sabar.

"Reyna...please."minta Yuan dengan kening mencerlung.

Reyna mencebik bibir. "Saya tak nak tengok muka awak...keluar dari sini."arahnya sambil tunding jari ke arah pintu.

"Salah saya ke?"tanya Yuan dengan lemah.

Reyna pandang muka Yuan dengan kening berkerut. Wajah yang biasa berseri tu kelihatan tak terurus. Misai tak bercukur, wajah muram dan kusam tak bermaya, jelas menunjukkan Yuan turut terjejas dengan apa yang berlaku.

"Awak tahu tentang rancangan Jenny sejak awal lagi?"tanya Reyna.

Yuan hanya dongak memandang Reyna dengan kening berkerut. Dia capai sekali lagi tangan Reyna lalu tunduk merehatkan dahi dia di atas tangan dan lutut Reyna.

"Awak khianati saya...awak janji dekat saya awak akan jaga dia...tapi tengok apa awak dah buat.."luah Reyna dengan kecewa. "Bukan ini yang saya nak..."nangisnya.

Mata Reyna tunduk memandang kepala Yuan dengan sedih. Dia kaku tak buat apa-apa. Dia tahu, dalam situasi ni yang paling menderita sekarang adalah Yuan.

Pertama, Yuan kena korbankan perasaan suka terhadap Reyna demi Jenny. Kedua, Yuan berusaha jadi yang terbaik untuk Reyna dan Jenny supaya kedua-dua insan terpenting dalam hidup dia bahagia. Dia kahwini Jenny supaya Reyna gembira. Dia jaga Reyna dari awal hingga tanpa minta balasan.

In the end, dua orang ni yang kecewakan Yuan. Reyna pilih untuk percayakan orang lain bukan Yuan. Jenny ambil keputusan untuk hamil walaupun tahu risikonya tinggi dan meninggalkan mereka semua di sini.

Niat nak lindungi orang lain, akhirnya berakhir sakiti diri sendiri dan orang yang disayangi.

"Maaf...."ucap Reyna dengan suara serak banyak nangis dia. "Sebab saya awak terpaksa hadapi semua ni."nangis Reyna.

Bahu Yuan menggeletar kuat sewaktu dia menangis tanpa suara. Dia terlalu sedih sampai tak larat nak angkat kepala menghadap Reyna.

"I need you.."ucap Yuan sewaktu melingkarkan tangan sekeliling pinggang Reyna dengan erat lalu menyembamkan muka ke perut Reyna.

Dengan sedih Reyna tunduk merehatkan dahinya ke atas kepala Yuan lalu meratap sedih. Mereka sama-sama terluka. Sama-menderita, jadi tak ada kata-kata yang perlu pada saat ini.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now