02.

2.3K 134 0
                                    


Detak tumit kasut high wedges hitam menghentak permukaan jubin putih yang tiada satupun cela kotoran pada permukaan. Tap!Tap!Tap!Seragam dan kemas kaki itu menginjak lantai.

Tak lama berjalan, Reyna berhenti di depan sebuah pintu lalu di slidding ke kanan pintu tersebut. Setelah dia melangkah masuk ke dalam ruangan tu, pintu tersebut di slide tutup semula.

Baru je ni...baru je dia berdiri tercongok dalam bilik tu, suara orang bergaduh dah kedengaran.

"Aku anak sulung...wasiat tu patutnya aku yang baca..."

"Kau?Tolong lah...atas arahan siapa?Huh?Kau ingat aku tak tahu ke apa niat kau kalau kau dapat wasiat tu dulu?"

"Hei..apa kau orang ni..nampak tak orang tua kau orang ni tengah sakit..boleh pulak kau orang gaduh pasal wasiat..."

"Dia ni yang mulakan dulu...dia yang lebih-lebih. Selain menghabiskan duit...apa je dia dah bagi dekat family ni?Wasiat?Kau ingat ayah nak ke bagi duit dekat orang tak guna macam kau ni!"

"Apa kau cakap?Berani kau eh?Aku abang kau. Hormat sikit aku lebih tua dari kau...kata orang lebih..kau tu apa kurangnya...ingat aku tak tau apa kerja kau selama ni?Keluar masuk kelab malam tayang diri macam kaya sangat bawak perempuan ke hulu hilir belanja sakan tak ingat dunia..kerja entah ke mana...!"

"Ya Tuhanku!Apa kena dengan kau orang berdua ni. Boleh tak berhenti. Kalau nak gaduh keluar sana..."halau Rissa sambil tunding jari ke arah pintu dimana Reyna sedang berdiri.

Serta merta kerutan pada kening Rissa menghilang lepas tengok wanita berpakaian serba hitam dan bersanggul kemas itu menghadap mereka sekeluarga. Seperti biasa, wajah wanita itu tiada emosi sama sekali.

Hanya kosong dan dingin tanpa reaksi.

Rissa janda anak dua berkahwin dengan Damien duda anak satu sejak 12 tahun yang lalu telah menjadi ibu tiri kepada Reyna sejak Reyna berusia 13 tahun lagi.

"Sampai pun kamu Reyna.."ujar Rissa dengan mendatar. Tak kuasa nak hadap anak tirinya ditambah lagi anak lelaki dia punya perangai. Letih!

Bila nama Reyna di sebut dua lelaki bujang lapok tak kawin-kawin lagi tu berpaling serentak. Mereka berdua pandang adik tiri mereka dengan muka tak suka.

"Datang dah si penyemak ni...ingatkan tak ingat keluarga dah...asal tak hadap je kerja kau tu sampai ke tua...tak payah susah-susah datang tengok keluarga sendiri..."kata Rudy,30 tahun, anak lelaki pertama Rissa.

"Entah dia ni...sampaikan ayah sendiri kita orang yang kena tengokkan...anak perempuan jenis apa la kau ni.."sungut Ryan 28 tahun, anak lelaki kedua.

Reyna letakkan kot labuh dia di atas meja kaki katil lalu mangkuk tingkat berisi makanan yang dia beli direstoran jepun tadi masa on the way nak ke sini.

"Untuk dua orang yang saling bergaduh kerana harta, kau berdua ada persefahaman yang sama untuk jengkelkan aku, tak begitu?"ujar Reyna dengan mendatar tanpa nada sama sekali pada suaranya.

Ryan dan Rudy cuma kerutkan kening tak puas hati mereka, tak balas sebab memang betul.

Reyna kerling ke Rissa. Wajah penat jelas terpancar di muka wanita itu. Sudah la kena jaga suami, menghadap lagi perangai dua anak lelaki tak sedar diri macam ni, kasihan Rissa.

Tanpa bersuara, Reyna jalan dekati Rissa lalu berdiri kaku memandang wajah ayahnya yang terpasang wayar di sana sini dan bertopeng oksigen tu tanpa ekpresi. Renungan kosong penuh di matanya.

Reyna bawa tangan ke belakang badan."Macam mana keadaan dia?Dah membaik ke?"tanya Ryena ingin tahu soal perkembangan ayah dia yang tak sedarkan diri lepas kemalangan jalan raya yang menimpa beliau sejak lapan bulan lalu.

"Ditanya lagi...tak nampak ke dia tak sedarkan diri macam ni?"sentap Rissa dengan jengkel tetapi perlahan.

"Elok la.."ucap Reyna. Lagi elok kalau orang tuanya ini tak sedar langsung.

"Apa kamu cakap?"soal Rissa dengan muka tak puas hati. Kurang ajar punya anak. Ada ke patut cakap macam tu terhadap ayah sendiri.

Reyna gerak semula hendak mencapai kotnya. Dia ada meeting kena hadir. Dia datang pun sebab nak tengok-tengok je. Mana tau ayahnya sedar ke apa. Kalau sedar tambah lagi masalah. Yang ada ni pun tak terurus.

"You heard me..."ujar Reyna tanpa berpaling. "Lagipun sebab siapa dia koma macam ni..." baru la Reyna toleh ke belakang lalu tilik wajah tiga orang manusia depannya itu. Tiga orang ni yang jadi punca kenapa ayahnya koma.

Ada ke patut mereka dengan tanpa izinnya jual barang kemas peninggalan mendiang ibu kandung Reyna dekat orang lain semata nak dapatkan duit. Kalut punya pasal nak kejar orang yang membeli, ayah Reyna hilang kawalan masa memandu, terus terbabas. Dan akhirnya berakhir di atas katil sampai la sekarang.

Kalau ayah Reyna sedar tak ke lelaki tu cuma akan sakit hati dan kecewa. Atau paling teruk marah pada mereka bertiga. Tak pasal-pasal tiga orang di depannya ini akan duduk merempat dekat tepi jalan bukan rumah banglo tiga tingkat tu lagi.

"Kau apahal perempuan. Nak kena jahit ke mulut tu!"marah Rudy.

"Ada bukti ke!"bidas Ryan pula.

Rissa pula hanya diamkan diri.

Reyna hanya pandang kosong ke mereka bertiga. Dah salah tu mengaku je la. Masih lagi nak pertahankan diri. Dasar manusia tak sedar diri.

"Saya minta diri kalau macam tu...selamat siang semua."pamit Reyna sebelum berjalan pergi dari situ.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now