11.

1.4K 104 1
                                    


Knock!

Knock!

"Masuk..."pelawa Reyna sambil menaip sesuatu di atas papan kekunci.

Yuan berjalan masuk ke ruangan lalu duduk di kerusi menghadap Reyna tanpa tunggu dirinya di pelawa. Bersilang saja kakinya, mata tajam Yuan meneliti seketika wajah bersih Reyna. Dia perasan kalau Reyna sedang fokus, Reyna gemar mengerutkan kening. Membuatkan wajah tidak berekspresi itu ada emosinya.

"Well?Apa yang dah berlaku dalam bilik mesyuarat tadi?"tanya Yuan setelah menunggu Reyna memandangnya tetapi tidak.

Reyna gerakkan mata dia saja sambil menaip. "Apa maksud awak?"tanya dia sebelum kembali memandang skrin komputer.

"Macam mana awak boleh kenal Encik Rian?Dan kenapa dia pandang awak macam pelik je masa meeting tadi?"

Reyna tidak mengalihkan perhatian dia dari skrin namun dia bersuara. "Kelab malam...dia kawan Killian..."jawab Reyna.

"Jadi Killian dan Rian adalah kenalan rapat?"tanya Yuan yang terkejut lepas dengar.

"Seem so....Bukan tu je...malam tadi saya terlebih minum.." cerita Reyna.

"Then?"

"Awak tahu kan kalau saya tak sedar..saya akan berkelakuan macam bukan diri saya?"Reyna berhenti menaip lalu mengerling ke Yuan dengan muka tanpa ekpresi dia.

Yuan berkerut kening. Dia pandang curiga dengan kenyataan Reyna. Dah, apa pulak kes yang Reyna telah timbulkan ni. Yang hari tu baru je settle. Jangan nak tambah lagi!

"Apa awak dah buat Reyna..?"tanya Yuan dengan nada curiga serba tak kena.

Reyna melepaskan keluhan panjang letih dia lalu bersuara. "Saya menangis depan mereka dan meraung seperti anak hilang emak malam tadi..dan paling teruk video saya dirakam.."cerita Reyna.

"You what?"tanya Yuan dengan terkejut. "By who?"

Reyna mengerling ke Yuan ingin melihat reaksi dari lelaki itu.

Yuan tepuk dahi tak percaya. Apa la nak jadi dengan Reyna ni. "Habis tu awak ada minta dia padam video tu tak?"

"Saya suruh tapi dia pergi macam tu je.."

"Oh god..."keluh Yuan sebelum bangun dari situ. "Saya akan bercakap dengan Killian mengenai hal ni."

Reyna hanya diam memandang Yuan.

"Biar la video saya menangis meratap je pun..bukannya video yang bukan-bukan ke apa.."ujar Reyna dengan muka selamba tiada ada perasaan dia.

"No matter what....mereka tak berhak untuk rakam awak Reyna..saya ingatkan Killian lain dari lelaki dekat luar sana...rupanya saya silap. Dia dengan kawannya itu tak ada beza pun.."keluh Yuan dengan kesal.

Reyna tak tahu nak cakap apa. Asalnya bukan salah dia, kalau Yuan tak kenalkan Killian pada dia, semua ni takkan terjadi sama sekali.

"Awak nak buat apa ni?"tanya Reyna.

"Saya kena betulkan balik situasi ni. Kalau Jenny tahu imej awak di permainkan dengan orang, dia takkan maafkan saya.."

"Why?"Reyna tenung kerutan di kening Yuan sebelum turun ke mata lelaki itu.

"Kenapa awak tanya?"

Reyna mengangguk kecil. "Hm..kenapa awak kisah dengan semua ni? Ianya bukan hal serius tapi awak risau mengalahkan Jenny sakit...awak tahu kan awak suami orang?"

"Reyna."renungan Yuan menjadi serius.

"Saya tanya aje."

"Jangan mulakannya."Yuan berdiri. "Saya akan hubungi Killian mengenai hal ni. Next time jangan berhubung dengan mana-mana mereka lagi melainkan soal kerja." kata Yuan masa berjalan mendekati pintu untuk keluar.

Reyna cuma termenung memandang belakang badan Yuan sehingga lelaki itu menjauh dan tidak lagi kelihatan.

Lantas keluhan panjang dilepaskan olehnya. Reyna gerak hendak menyiapkan kerjanya semula. Dan masa dia menaip, mata dia terarah pada bingkai gambar dimana Jenny, Yuan memeluk kanan dan kirinya sambil mengucup pipi dia sewaktu mereka bertiga konvokesyen berada.

Dua orang tu tersenyum sewaktu mencium pipinya, sementara dia hanya berwajah kaku tiada perasaan.

Macam mana agaknya muka dia bila tersenyum sekarang ya?

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now