29.

1.3K 92 1
                                    

Dua minggu lepas meeting tu, Dante dinaikkan jawatannya. Sementara Damon dipindahkan ke cawangan lain di daerah berbeza dari situ. Semuanya keputusan Howard sendiri yang mana selepas Reyna bersetuju. Eloknya begitu la, takut kalau persaingan di antara Dante dan Damon akan jejaskan reputasi syarikat.

Setelah itu Reyna handle projek perpustakaan tu sampai settle semuanya selama dua minggunya. Masa majlis perasmian pembukaan perpustakaan tu Reyna tak hadir. Malah dia suruh orang supaya Dante sendiri yang ganti tempat dia untuk beri ucapan pembukaan.

Dengan jambangan bunga dekat tangan Reyna melutut depan batu peringatan yang tertarah nama ibunya lalu meletakkan jambangan bunga tu di atasnya.

Bersama renungan sedih yang syahdu Reyna usap batu itu lalu menyandarkan kepala padanya. Dia pejam mata, mengharapkan tempat sandarannya itu adalah ibunya sendiri.

Tak lama lepas mata tu terpejam, titisan-titisan air mata keluar dari balik kelopak mata lalu jatuh ke atas rumput hijau di atas kubur itu.

Reyna sedih kerana serba salah sebab dia tak jalankan tugas dia sebagai anak dengan baik. Dia tidak sempat nak lawat kubur ibunya pada masa yang sepatutnya. Dan Reyna serba salah bila kenangkan ayahnya masih terlantar dekat hospital tak ada perkembangan sama sekali sampai sekarang. Dia salahkan dirinya sendiri sebab tak jaga ayahnya betul-betul.

Lantas Reyna membuka matanya, dia angkat kepala dari sandaran dia pada batu tu. Bersama esak tanggis hidung tersumbatnya Reyna tunduk memegang rumput yang menyelimut kubur ibunya dalam keadaan bersimpuh.

Tertanya-tanya kenapa awal sangat ibu dia tinggalkan dia....dia langsung tak bersedia untuk hadapi semua ni sendiri. Dan sampai sekarang dia belum move on setiap kali memikirkan tentangnya.

"Kita jumpa lagi.."tegur satu suara dari belakangnya tiba-tiba.

Dengan pantas Reyna palingkan kepala ke belakang lalu dongak ke atas. Silau punya pasal dia langsung tak nampak siapa orang tu kecuali susuk badan lampai dan tegap.

"Siapa?"tanya Reyna sambil mengecilkan mata hendak halang cahaya matahari yang betul-betul menghadap dengan dia waktu ni.

Seperti tahu-tahu orang tu berdiri menghadang matahari tu untuk Reyna. Dia berdiri di depan Reyna yang tengah bersimpuh tu sampai bayang dia memayungi Reyna.

"Kenapa setiap kali saya jumpa awak, mesti awak menangis?"tanya orang tu lagi.

Dan bila pandangan Reyna jelas, baru la Reyna bangun dari simpuhannya. "Killian?"sebut Reyna.

"Yupp.. it's me.."Killian seluk tangan dia ke dalam poket seluar slack pakaian pejabatnya.

"Apa awak buat dekat sini?"tanya Reyna sambil seka air mata dari pipi sebelum menepuk punggung dan skirt dari daun kering yang melekat.

"Sama macam awak..."jawab Killian.

Reyna pandang sekelilingnya tak faham. Apa maksud Killian?Sama macam dia?Menangis?

"Huh?"nganga Reyna tak faham.

Sambil tersengih, Killian capai tangan Reyna lalu digengam kemas. "Ikut saya.."ajaknya.

Reyna cuma ikutkan je langkah Killian. Dan sepanjang jalan tu Reyna pandang jari jemari yang mecengkam jari jemarinya. Kenapa  lelaki ni selamba sangat ya?

Tak lama lepas tu, mereka berdua tiba di depan sebuah batu peringtan. "Ayah saya.."aju Killian masih memegang jari jemari Reyna.

Reyna tunduk memandang batu itu. Tertera satu nama di permukaan batu itu.

"Kemalangan yang melibatkan ibu saya... sehingga akhir nafas, dia seorang ayah yang ceria dan berdedikasi.." cerita Killian sambil mengeratkan lagi cengkaman tangan dia pada Reyna.

Reyna dongak pandang ke tepi. "Mana ibu awak?"tanya Reyna blur-blur.

Killian tunduk ke sisi, dia pandang Reyna dengan sengih meleret handsome popularnya. "Dekat rumah..la.."

Tengah Reyan asyik perhati wajah kacak milik Killian, masa tu jugak la deringan telefon bimbit memecah keheningan moment tu. Nak tak nak dia tarik tangan yang dicengkam Killian untuk mencapai telefon bimbit di dalam beg tangannya.

Killian kembali menyeluk tangan ke dalam seluar masa perhati Reyna tunduk mendapatkan telefon dari beg tangan lalu mengalihkan perhatiannya ke batu peringatan ayahnya.

"Hello?"sambut Reyna sambil berdiri membelakangkan Killian.

"Selamat siang...maaf kerana menganggu. Kami dari pihak hospital ingin memaklum ayah cik diserang seizure lima minit tadi..."

Reyna yang dengar tersentak, senak dada dia lepas dengar. "Apa?"tanya dia dengan nada lemah. Tolong la!

"Saya sarankan cik untuk datang ke hospital untuk briefing..."maklum jururawat dalam panggilan.

Killian dekat belakang dah pandang ingin tahu ke Reyna masa Reyna bersuara macam ada yang tak kena.

"Sesuatu berlaku ke?"tanya Killian.

Reyna berpaling ke belakang lalu memandang Killian dengan mata berkaca. Kenapa?Kenapa waktu macam ni orang lain akan tengok dia dalam keadaan rapuh masa ni jugak?Tak boleh ke tinggalkan dia sendirian?

"It's nice to meet you Mr.Killian...but i need to go..."ucap Reyna dengan wajah kosong tanpa emosinya. "See you again."pamitnya dengan perlahan sebelum berpaling dari situ dan melangkah pergi meninggalkan Killian.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now