"Macam mana awak boleh tahu saya dekat situ tadi?"tanya Reyna untuk pecahkan ketegangan dalam kereta tu.
"Ace."jawab Yuan dengan mendatar.
Reyna palingkan kepala ke sisi, dia pandang tepi muka tegang Yuan lepas dengar. Ace?Pemandu dia?Sejak bila pulak driver dia jadi orang bawahan Yuan?
"Awak ingat saya upah orang cuma buat saja-saja ke?"Yuan pandang ke Reyna buat beberapa saat sebelum kembali memandang ke jalan semula.
Terus berderau darah dibuatnya bila dengar.
"Apa awak kata tadi?"soal Reyna agak terkejut dengan kenyataan tu. Memang la driver dan kereta syarikat yang bagi dekat dia. Tapi dia tak expect langsung Yuan akan upah orang untuk perhatikan dia. "Jadi sebab itu la awak berikan kereta dan driver pada saya tak macam pekerja lain. Supaya awak tahu mana saya pergi?Dengan siapa saya pergi?Macam tu?"tanya Reyna bernada tak percaya.
Melampau betul!
Yuan tak jawab. Dia cuma pandang ke depan fokus memandu.
Reyna dekat sebelah dah merah padam sebab terlalu marah. Tak pernah dia rasa marah macam ni. Apa hak Yuan untuk buat semua ni?Tanpa kebenaran dia lagi tu!
"Yuan..saya cakap dengan awak ni.."Reyna duduk sendeng sedikit untuk menghadap Yuan.
Rahang Yuan berketik seperti dia nak bercakap tapi menahan diri dari bersuara.
Reyna menjulingkan mata kejengekelan bila Yuan tak hiraukan dia. Ya sudah, kalau Yuan tak nak bercakap dengan dia, ini kan lagi dia. Lantak la situ!
Selepas pemanduan selama setengah jam, mereka berdua tiba di destinasi. Parkir je kereta Reyna terus keluar dari kereta. Niat dia nak pergi dari situ, tapi tak jadi lepas dia sedar dekat mana dia berada sekarang.
Yuan muncul di sisi Reyna tak lama lepas tu. Dia pegang lengan Reyna lalu menarik Reyna bersama ke dalam bangunan tu secara paksa.
Reyna pegang tangan yang mencengkam lengan dia, cuba leraikan jari jemari itu dari mencengkam dia.
TAK!TAK!TAK!Berdetak-detak tumit kasut Reyna dengan tak seragam sewaktu dia di heret Yuan mendekati pintu lif.
Bau disinfectant dan seragam putih berada di sekeliling buatkan Reyna jadi cemas.
"Kenapa kita ada dekat hospital Yuan?"tanya Reyna masa mereka berdua berdiri dekat depan pintu lif.
Ting!Macam tahu-tahu, pintu lif tu pun terbuka. Yuan melangkah masuk ke dalam lif tu bersama Reyna. Masih lagi tak bercakap.
Reyna cuba tarik lengan dia sejak tadi tapi tak ada guna langsung. Cengkaman Yuan terlalu erat.
Beberapa minit kemudian, pintu lif tu terbukak, Yuan berjalan keluar seiring dengan Reyna dekat sisi. Mereka berdua kemudiannya jalan merentasi koridor yang dipenuhi dengan pintu berwarna biru cair.
"Yuan...apa semua ni?Please...say something." gelut Reyna dengan terdesak sekali.
Dengan muka tak ada perasaan Yuan tarik Reyna sepanjang perjalanan tu. Sampai orang yang lalu lalang dekat situ pandang pelik.
Tak lama lepas tu mereka berdua berhenti dekat depan sebuah pintu. Yuan tolak pintu tu ke dalam lalu berjalan masuk ke dalam bersama Reyna di sisi.
Jejak je kaki dalam bilik wad, perkara pertama yang Reyna nampak adalah orang yang sedang terbaring di atas katil depan pintu masuk tu.
Luruh jantung dibuatnya lepas sedar siapa yang terlantar di atas katil tu. Mata Reyna kaku tak berkelip taktala memandang depannya.
"Jenny..."panggil Reyna dengan nada suara separuh berbisik.
"Hei.."senyum Jenny dengan lemah.
Yuan dekat belakang perhati Reyna jalan mendekati Jenny dengan wajah serius dan tangan bersilang di dada.
"What happen?"tanya Reyna masa panjat tepi katil tu dan duduk menghadap Jenny. Tangan dia naik memegang tangan Jenny sebelum matanya turun ke perut Jenny. "Kau okay tak?"
Jenny mengangguk kepala dengan lemah. "Anak-anak okay..."jawab Jenny.
"Huh?"nganga Reyna, sedikit terkejut. "Kau dah bersalin?Seawal ni?"bisik Reyna sambil meramas lembut tangan Jenny.
Sedih hati dia bila lihat Jenny terlantar macam ni. Macam mana semua ni boleh berlaku. Hari tu sihat je dia jumpa. Kenapa tiba-tiba boleh jadi macam ni?
"Maafkan aku sebab tak beritahu kau hal ni lagi awal..."ucap Jenny dengan senyuman di bibir pucatnya.
"Beritahu aku apa?"Reyna tundukkan kepala dia dekat ke muka Jenny.
Jenny yang baring bersandar pada bantal tu mengalirkan air mata dari tepi mata masa menatap wajah Reyna. Sungguh, dia tak ada niat langsung untuk rahsiakan hal ni dari Reyna. Tapi dia takut, dia takut Reyna akan terluka lagi. Dia tak nak Reyna bersedih.
"Pregnancy aku sejak awal lagi ada komplikasi. Doktor sarankan dekat aku untuk gugurkan sebab risikonya terlalu tinggi...tapi aku tak nak...jadi aku teruskan jugak..."cerita Jenny dengan nada lemah seperti menahan sakit. "Disebabkan badan aku tak boleh bertahan lagi, aku terpaksa bersalin awal...dan masa melahirkan tadi...komplikasi berlaku dan aku sekarang...tak lama dah..."
Reyna yang dengar menggeleng kepala tak nak percaya. "No...you not....please.." rayu Reyna dengan terdesak.
Jenny mengangguk kepala, lantas dia angkat tangan lalu ditekup ke pipi Reyna. "Maafkan aku..."ucap Jenny dengan sebak.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...