17.

1.4K 104 1
                                    

Ding!

Pintu lif terbuka. Mendedahkan penumpang yang sendirian berdiri di dalam lif tersebut. Orang yang berdiri depan lif itu pun terpempan sekejap menyedari  penumpang yang mengenakan dress off shoulder hitam lengan pendek paras lutut berdiri dengan tangan bersilang di dada sedang berdiri di situ.

"Selamat pagi Cik Reyna.."ucap staf lelaki tu masa berjalan masuk ke dalam lif lalu berdiri di sebelah Reyna.

Reyna hanya diam berdiri di situ sehingga la pintu lif tu tertutup. Membuatkan suasana dalam lif tu senyap dan kekok yang amat sangat.

Setelah staf tu tekan butang tingkat yang dia nak naik. Reyna bergerak lalu menekan butang merah kecemasan secara tiba-tiba. Tindakan itu membuatkan lif tersebut berhenti secara mengejut.

Staf lelaki yang terkejut itu memandang Reyna dengan mata terbutang luas. Muka ketakutan jelas terpancar di wajahnya.

Dengan renungan dingin menyeramkan, Reyna berpaling menghadap staf lelaki tu. Sambil menyilang tangan ke dada Reyna rapatkan jarak mereka berdua. Selangkah dia ke depan, dua langkah staf lelaki tu undur ke belakang.

"Ci-cik Reyna...ada apa ni?"tanya staf lelaki tu masa dia dah tersandar dekat dinding lif tu dengan muka ketakutan.

Reyna rapatkan lagi diri dia sampai hidung dia seinci dari hidung staf lelaki di depannya. Tengah dia pandang, tangan Reyna naik pegang tag nama yang tergantung di leher staf tu. Lalu dia bawa tag tu naik untuk di baca nama pada tag tu.

"Brian O'Niel.."baca Reyna sebelum jatuhkan tag nama tu ke bawah dan kembali memandang wajah lelaki di depannya.

"I-iya saya.."sebut Brian tergagap-gagap.

Reyna pandang mata Brian dalam-dalam. So ini la mata-mata Jenny. Orang yang bertanggunjawab untuk report apa saja yang keluar masuk dalam syarikat ni.

"So awak adalah mata-mata Jenny?"tanya Reyna dengan nada berbisik yang menakutkan.

Brian telan air liur gemuruh dia bila mata dia terarah pada bibir Reyna yang bergerak-gerak sewaktu bercakap.

"Apa maksud cik..saya tak faham."

"Saya dengar perbualan awak di diner tempoh hari...semuanya."bisik Reyna di depan muka Brian, tangan dia naik pegang tali leher lelaki tu.

Brian buat muka orang tertangkap sewaktu pandang Reyna. Air liur gemuruh ditelan kesat.

"Jadi betul la?"tanya Reyna sambil membetulkan tali leher tu.

Mata Brian turun pandang tangan Reyna di tali leher. Apa perempuan menakutkan ni nak buat dengan tali leher dia?

Disebabkan Brian tidak bersuara, secara mengejut Reyna tolak ikatan tali leher tu ke atas laju-laju secara mengejut.

Melompat terkejut Brian dibuatnya bila rongga tekak dia sempit secara tiba-tiba. Secara instinct dia bergerak hendak melawan, tapi Reyna lagi cepat.

Masa Brian angkat tangan nak tolak Reyna, Reyna angkat kaki dia lalu menekan rimbuk Brian dengan kepala lutut dia. Dan tolakan pada tali leher tu dikuatkan lagi.

"Listen carefully. And remind this word till your last breath okay?"pesan Reyna dengan mendatar dan berwajah tenang.

Brian dengan susah payah angguk kepala. Mukanya merah padam sebab tak boleh bernafas.

"Awak boleh report segalanya pada Jenny. Semuanya. Tapi hanya satu saja yang awak kena rahsiakan. Iaitu saya. Tak kira apa pun yang berlaku terhadap saya atau apa saja yang melibatkan saya, jangan. Okay. Jangan sesekali awak beritahu Jenny apa-apa. Faham?"pesan Reyna dengan bisik yang lemah lembut.

Brian pandang Reyna dengan mata dia yang sudah kemerahan dan berair mata. Lantas dia mengangguk kepala.

"Sekiranya saya dapat tahu awak beritahu apa-apa mengenai saya pada Jenny..atau kawan-kawan awak yang lain...saya tak ragu-ragu akan susahkan awak dan yang lain.." Reyna melepaskan Brian. Dia undur ke belakang dan tekan butang hijau sambil memandang Brian.

Brian tunduk terbatuk-batuk membetulkan tali lehernya mencari udara sambil diperhati oleh Reyna. Wajah Reyna waktu tu langsung tak tunjukkan sebarang emosi!

Heartless!

Lif itu mula bergerak semula tak lama lepas tu.

"Sampaikan pesanan saya pada mereka yang lain.."arah Reyna sewaktu berpaling menghadap pintu lif pada masa ia terbuka.

Sambil pegang leher dan rimbuknya Brian berdiri tegak, memandang belakang Reyna sewaktu wanita itu berjalan keluar dari situ bersama nafas naik turun hendak menenangkan diri.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now