22.

1.4K 101 1
                                    

Hujung pen tu menggaru tepi keningnya semasa dia tunduk membaca artikel mengenai projek terbaru yang telah mendapat sambutan hangat oleh penggemar dan pelabur itu. Banyak komen yang positif dan feedback yang memberansangkan dari klien. Yang mana buatkan nama syarikan Golden Venture naik sekali lagi.

"Reyna punya projek ni ke?"tanya Howard pada anak lelakinya.

"Ha'ah..."

"Impressive...dah berapa kali projek dia dapat sambutan hangat macam ni?"soal Howard lagi.

"Tak tahu...terlalu banyak sampai tak ingat.."

"Hmm...ayah nak naikkan gaji dia tak ada bezanya sebab profit yang dia dapat dari intenssive projek ni lagi banyak dari gaji yang diberi...naik pangkat?Kalau naik pangkat lagi..dia yang akan ganti kamu.."

"Hahaha...apa la ayah ni.."ketawa Yuan bila dengar. "It okay..Reyna tak mintak apa-apapun. Apa yang penting semua projek yang kita handle berakhir dengan baik.."

Howard ketawa kecil. Dia sandar ke belakang sewaktu memandang anak lelakinya dengan sengih meleret.

Yuan buat muka tak faham sambil tersenyum. "Kenapa ayah pandang macam tu?"

"Tak ada la...ayah cuma tertanya-tanya. Okay. Ayah bukan nak burukkan hubungan kamu dengan isteri kamu atau Reyna sendiri...ayah cuma terfikir je."ujar Howard.

"Apa maksud ayah?"

Howard lentokkan kepala ke  kanan sedikit untuk menilik Yuan dalam-dalam. "Kenapa kamu buat semua keputusan ni?"

Yuan berkerut kening sedikit lepas dengar pertanyaan itu. Apa yang ayah dia cuba katakan ni? "Yuan still tak faham."geleng dia.

Howard lepaskan hela nafas pendek lalu duduk tegak menyandar ke depan sambil meletakkan tangan di atas meja tersebut.

"Kenapa kamu bersama Jennie sedangkan kamu sukakan Reyna?Kan senang dari awal lagi kamu bersama dengan Reyna...tak ada lah kamu kekang diri kamu macam ni sekali. Ianya tak elok kamu tau...untuk kamu, Reyna dan isteri kamu.."soal Howard.

Yuan terdiam, air muka jatuh menjadi bungkam.

"Ayah dan ibu kamu tak kisah...tapi melihatkan  Reyna abdikan masa dan diri dia untuk keluarga kita...ayah tak sedap hati. Rasa segan pun ada...."luah Howard lagi.

Yuan tak cakap apa-apa. Dia hanya menundukkan pandangan ke bawah.

Howard mengangguk kepala faham bila anak lelakinya tak beri sebarang respon. Bukan hak dia untuk masuk campur. Dah besar kan, pandai-pandai la. "Nanti free pelawa dia makan dengan kita sekeluarga. Ayah tak sempat nak jumpa dengan dia...mama kamu pun sibuk tertanya-tanya tentang dia.."

Yuan mengangguk kepala. "Okay..nanti Yuan beritahu.."

"Kalau macam tu, kamu boleh pergi. Ayah ada meeting lain kena pergi.."Howard bangun dari situ.

"Baik."Yuan ikut bangun dari situ lantas berjalan seiring dengan Ayahnya di sisi.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now