"Berikut merupakan catatan yang ditulis oleh Encik Salazar di dalam wasiat bersaksikan saya peguam yang dilantik oleh beliau dan anak kandungnya, Cik Reyna."ucap Encik Tee, peguam peribadi yang diupah Salazar sebagai pemegang wasiat.
Reyna yang sedang duduk dekat bangku kayu bersama dengan beberapa orang audience hanya termenung memandang lantai dari balik kaca mata hitamnya.
Rissa,Ryan dan Rudy duduk di bangku bersebelahan dengan Reyna.
"Menurut beliau, semua aset dan harta diberikan keseluruhannya pada anak kandungnya Cik Reyna. Insuran hayar, kereta, rumah banglo,apartment, sehingga la akuan bank beliau..."baca Encik Tee sewaktu berdiri menghadap hakim.
Serentak itu Rudy dan Ryan berdiri tegak kerana tidak dapat menerima kenyataan itu.
"Apa semua ni!"
"Mana adil!Kami pun anak dia!"
"Perempuan ni dah paksa ayah kami untuk tukar wasiat tu atas nama dia!"
"Go to hell you b*tch!"
"Sila duduk!"arah hakim sambil mengetuk beberapa kali pada mereka. Suara bising mereka tu buatkan ruang sidang tu bingit. Tak reti ke bersabar. Bagi la orang habis bercakap dulu.
Para audience di situ memalingkan kepala ke Reyna. Rasa tak percaya dengan kata-kata tuduhan Ryan dan Rudy.
Reyna sikit pun tak terkutik, dia cuma duduk tegak dengan kaki bersilang yakin dan sofistikated. Dress cekak leher hitam yang dipakai olehnya buatkan dia kelihatan yakin.
Tak lama lepas Rudy dan Ryan mendiamkan diri, Encik Tee bersuara semula. Dia sambung bacaan wasiat tersebut.
"Secara rasmi wasiat ini aktif sejurus selepas Encik Salazar hembuskan nafas terakhirnya..." Encik Tee tunduk mencapai helaian kertas yang lain.
Rissa yang tak ada kuasa dalam hal ini hanya mendiamkan diri. Yalah dia cuma isteri kedua, anak-anak dia bukan anak kandung Salazar. Jadi tak hairan la kalau Reyna dapat semua harta suaminya. Masalahnya takkan la semua.
"Dengan itu Cik Reyna adalah pewaris semua aswt beliau dan hanya dia saja mempunyai kuasa untuk sebarang milikan dibawah nama Encik Salazar...namun begitu.."
Ryan dan Rudy pandang penuh berharap ke Encik Tee. Menunggu ucapan beliau yang seterusnya.
"Cik Reyna telah membuat permintaan untuk serahkan rumah, kereta serta 20% dari bon simpanan Encik Salazar kepada Puan Rissa."
Kepala Rissa tersentak selepas mendengarnya. Matanya tterbutang luas taktala memandang ke arah Encik Tee.
"Sebagai penghargaan beliau yang menjaga Encik Salazar sewaktu hayatnya...bagi Encik Rudy, beliau di berikan syarikat makanan segera Encik Salazar sementara Encik Ryan di berikan ladang wain milik Encik Salazar..."
Ryan dan Rudy yang dengar menahan nafas terkejut mereka lepas dengar. Rasa macam bermimpi pun ada. Mulut mereka ternganga sedikit kerana tergamam.
"Mana kala baki aset yang lain akan disedekahkan kepada badan kebajikan dan anak-anak yatim."sambung Encik Tee lagi. "Namun begitu semua ini ada syaratnya. Mulai saat ini, Puan Rissa, Encik Ryan dan Encik Rudy di larang sama sekali bertemu mahupun membuat sebarang contact dengan Cik Reyna. Sekiranya mereka langgar syarat ini semua harta-harta tersebut bakal di tarik semula."
Seusai ucapan itu tamat, Reyna naikkan cermin mata di ke batang hidungnya. Selesai dah. Lepas ni dia tak nak ada kaitan lagi dengan mana-mana. Harapnya mereka bahagia la dengan semua harta ni nanti. Kalau tak cukup jugak tak tahu la.
Setelah mendapat approvement dari hakim, beberapa ketukan diberikan lantas perbicaraan di tamatkan.
Secara rasmi sesi pembacaan wasiat pun berakhir. Semua yang ada di situ beransur keluar dari situ.
Dan bila Rissa dan anaknya berpaling hendak memandang Reyna, wanita itu sudahpun tiada. Bangku tempat dia duduk sudah pun kosong.
Tiga beranak tu betul-betul dumbfounded dengan apa yang berlaku. Mereka tak faham kenapa Reyna buat keputusan mengejut seperti ini.
Di luar bilik sidang, Reyna jalan sendirian merentasi koridor untuk keluar dari situ. Tengah dia berjalan nak belok ke selekoh, dia terlanggar orang yang kebetulan ikut belok dari selekoh tu. Perlanggaran tu buatkan mereka berdua saling berpelukan sebab nak elak diri dari terjatuh.
"My goodness..maafkan saya.."ucap orang yang ada di depan Reyna.
"Saya yang salah.."kata Reyna masa tolak diri dia jauh dari orang depannya itu.
"Reyna?"
Reyna tanggalkan cermin mata hitam dia lalu memandang pemilik suara tersebut.
"Alvin...apa awak buat dekat sini?"tanya Reyna sambil menyimpan cermin mata hitam dia di dalam beg tangan.
"Saya baru je habis pembicaraan klien saya. Awak?"jawab Alvin.
Reyna tilik Alvin dari atas ke bawah. Segak orangnya bila berpakaian formal begini. "Saya baru selesai pembacaan wasiat ayah saya.."
Alvin tersenyum mesra. "Macam mana?Adakah semuanya baik-baik saja?"
Reyna angguk kepala kecil. "Ya. Terima kasih dekat awak sebab bantu saya uruskannya"
"Tak ada hal la. Kalau macam tu jom keluar minum dengan saya..."ajak Alvin.
Reyna seluk tangan dalam poket beg tangan dia. Dia tunduk pandang ke skrin telefonya bila dia dapat rasakan getaran melaluitelefon tu. Dan bila dia pandang, nama Yuan tertera pada skrin tu. Apa lagi lelaki ni nak?
Alvin pegang belakang badan Reyna. "Jom?"
Reyna dongak pandang Alvin lalu mengangguk setuju. "Jom.."
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...