Pintu bilik pembedahan terbuka semasa doktor berbaju hijau berjalan keluar dari bilik tersebut. Dia yang sudah menunggu hampir tiga jam di luar bilik terus berdiri menyambut doktor itu.
Tanpa bersuara Reyna tunggu sehingga Stephen sendiri berdiri dekat depan dia dan bersuara, walaupun masa ni dia sangat tak sabar dan kerisauan.
"Lama awak tunggu?"tanya Stephen masa tanggalkan topeng putih dari mulutnya lalu dilipat-lipat kecil.
Reyna hanya mengangguk kecil. Dia pandang tak bercakap sebab tunggu apa yang bakal keluar dari mulut doktor yang bertanggungjawab pada kesembuhan ayahnya.
Stephen tenung wajah Reyna dalam-dalam lepas faham renungan Reyna. Dia berkira-kira apa yang patut dia beritahu pada Reyna sekarang ni.
"Yang mana satu awak nak dengar dulu?Berita baik?Atau berita buruk?"aju Stephen sambil seluk tangan dalam poket baju bedahnya.
"Apa berita baiknya?"tanya Reyna.
Stephen menarik senyuman nipis di bibir lalu bersuara. "Pembedahan tu berjaya. Peratus kesembuhan ayah awak kini mencecah 85%..tunggu masa je untuk dia sedarkan diri sepenuhnya."
Kening Reyna berkerut sedikit. "15% nya tu?"soal dia.
Tangan kanan Rian naik menggaru belakang leher. Dia buat muka serba salah. "Err..itu la berita buruknya"jedanya rasa tak pasti. "Awak tau kan darah beku pada otak ayah awak tu dekat sangat dengan otak kiri dia..jadi disebabkan saya dah buang sebahagiannya...ia akan beri kesan pada ingatan ayah awak..."
Reyna mendiamkan diri. Dia hanya pandang Stephen inginkan penjelasan yang seterusnya.
"Ayah awak mungkin sedar...mungkin tidak. Kecederaan dia terlalu serius Reyna. Buat masa sekarang, apa kita boleh buat adalah doakan yang terbaik untuk ayah awak."sambung Stephen.
Reyna tunduk pandang ke lantai, dia genggam erat-erat jari jemarinya. Lalu memejam mata. Dia yang mintak supaya pembedahan ni di jalankan. Kalau ini risiko yang dia perlu untuk kesembuhan ayahnya, dia tak kisah.
"Maafkan saya Reyna..ianya risiko yang saya tak boleh elak sebagai doktor bedah...hal macam ni biasa berlaku..."
Bersama hela nafas pendek Reyna angkat kepala. Dia pandang Stephen dengan renungan redup.
"Awak dah buat yang terbaik...asalkan ayah saya sembuh dan sedar ianya dah cukup untuk saya.."balas Reyna dengan rela.
"Tapi itu tak pasti lagi. Kita kena tunggu ayah awak sedar baru kita tau sama ada dia hilang ingatan sepenuhnya atau separuh saja...jadi awak tak perlu la sedih.."pujuk Stephen yang mahu menyedapkan hati Reyna.
Reyna tenung wajah Stephen masa lelaki tu pandang dia. "Terima kasih untuk segalanya. Kalau bukan awak, saya tak tahu pada siapa saya perlu mintak tolong.."ucap Reyna dengan hati yang rendah hati.
Stephen yang dengar menarik senyuman ikhlas dibibir. Lantas dia usap kepala Reyna dengan lembut."Tak perlu berterima kasih pada saya...dah memang tugas saya untuk bantu pesakit yang memerlukan...jadi tak ada yang awak perlu rasa serba salahkan..."ujarnya.
Reyna pandang Stephen sewaktu tangan lelaki tu mengusap kepalanya. Tiada siapa pernah melayani dia seperti mana Stephen perlakukan dia. Jenny mahupun Yuan sendiri tak pernah nak usap kepala dia selain peluk semata.
"Adakah saya nampak seorang yang pathetic dimata awak?"tanya Reyna terang-terang.
Stephen yang dengar tersengih sendiri. "stop overthinking Reyna...ianya tak elok untuk kesihatan awak...jujur saya beritahu, kali pertama saya jumpa awak, saya tak rasa awak ni pathetic..tapi sebaliknya saya rasa...ada sesuatu beritahu saya...i need to protect you at any cost that i need to take.."
"Jadi saya ni nampak kasihan la ni?"
Stephen menggeleng kepala. "Sikit pun tak..." katanya dengan jujur.
Reyna kembali tunduk memandang ke lantai. Mikirkan apa yang bakal berlaku di masa depan nanti. Selepas ni ujian buat dia akan menjadi lebih mencabar dan beranjau lagi nampaknya.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...