07.

1.6K 122 1
                                    

Suara-suara orang bergumam dan saling berbisik kedengaran dalam ruangan sewaktu Reyna tiba disitu, dan suara berbisik itu semakin lama-semakin kuat bila staf-staf di situ perasan akan kehadiran Reyna.

Disebabkan Reyna telah terbiasa dengan semua tu, Reyna sekali pun tak mengerling ke arah mereka. Malah dia hanya jalan menonong begitu sahaja melintasi mereka seperti suara-suara bisikan tu tiada langsung dekat situ.

Tak tahu la apa yang mereka sibuk bisikkan awal pagi begini.

Dan bila Reyna tiba dekat depan pejabat berdinding kaca dia, langkah Reyna terhenti dekat situ. Mata dia terarah pada orang yang sedang duduk di kerusi menghadap meja kerjanya dalam pejabat.

Seorang lelaki.

Berdasarkan susuk tubuh lelaki tu Reyna boleh agak siapa lelaki tu. Yang terkejutnya sekarang ialah, kenapa lelaki tu ke sini?Nak apa dari dia...

"Itu bukan ke Killian Salvator?"

"Memang dia la.."

"Apa dia buat dekat sini?"

"Cik Reyna ada urusan dengan dia agaknya.."

"Kacaknya dia.. Aku usha dia dekat majalah bisnes je. Tak tau pulak dia nampak lagi kacak bila depan-depan..."

Reyna yang dengar perbualan tersentak sedar. Baru la dia tahu kenapa pekerja-pekerjanya di situ sibuk berbisik bila dia sampai ke situ. Rupa-rupanya kerana lelaki dalam pejabatnya sekarang.

Terus Reyna tolak pintu kacanya ke dalam sebelum melangkah masuk. Dengar saja tumit kasut Reyna berdetak pada permukaan lantai berjubin putih situ, lelaki tersebut dengan serentak berpaling ke belakang.

Bersama senyuman manis di bibir Killian berdiri dari duduknya menyambut kedatangan Reyna.

"Good morning.."sapa Killian serta merta.

Reyna melirik Killian dari atas ke bawah dengan pelik. Nak apa lelaki ni datang ke pejabatnya awal begini?

"Encik Killian..saya tak tahu pula yang kita ada perjumpaan hari ni?Ke saya yang lupa?"balas Reyna semasa jalan sekeliling meja kerja sebelum meletakkan hand bag di atas meja lalu kot labuh yang dipakainya di tanggalkan. Meninggalkan blaus labuh lengan pendek berenda-renda di tubuhnya.

Killian yang tersenyum menarik sengih lebih. "Saya yang datang sendiri...awak tak lupa apa-apa.."jawab Killian.

Reyna tarik kerusi kerjanya ke belakang sedikit sebelum duduk di atasnya. "Jemput la duduk kalau macam tu....ada apa-apa yang saya boleh bantu?"tanya Reyna dengan nada formaliti bekerja dia.

"Awak tak call.."kata Killian tiba-tiba.

Reyna buat muka kayu dia. Dia tak faham apa yang dimaksudkan Killian. Call?Untuk apa dia call Killian?Dia perlu call ke?Killian minta dia call?Apa yang dia terlupa nak buat?Rasanya dia akan note perkara yang dia perlu buat.

"Maaf..saya tak clear dengan kata-kata
encik."ujar Reyna.

Killian berdengus kecil hendak ketawa.

"Maksud saya awak tak call saya lepas perjumpaan kita hari tu....lagipula tak perlu berencik dengan saya. Panggil saja Killian."

Reyna tak tahu nak bagi reaksi apa. Terkejut?Kehairanan?Ketawa?Apa emosi yang dia kena tunjukkan? Last-last Reyna cuma lentokkan kepala sedikit sebab tak faham.

"Perlu ke saya call?"tanya Reyna blur-blur.

Killian yang dengar terus terhambur ketawa. Terbahak-bahak lelaki tu ketawa macam Reyna baru buat lawak.

Sampaikan suara ketawa Killian tembus keluar dari pejabat tu. Staf-staf dekat luar terkejut dengan suara ketawa lelaki tu. Jarang ada orang ketawa bila masuk pejabat Reyna. Biasanya suara orang marah-marah dan menengking adalah. Dan paling mengejutkan ialah, Killian Salvator sendiri yang ketawa.

Reyna yang menghadap Killian dumbfounded. Dah kenapa lelaki depan dia ni? Seram pulak jadinya.

"Awak ni kelakar tahu tak...first saya jumpa wanita macam awak...ramai-ramai yang saya jumpa akan teruja untuk berhubung dengan saya semula selepas perjumpaan pertama... sementara awak boleh pulak tanya soalan tu?"luah Killian dengan sisa ketawa dia. Adakah Reyna berpura-pura tak faham atau Reyna memang tak boleh nak fahamkan situasi di sini?

Reyna cuma mendiamkan diri. Masih bingung dengan situasi yang sedang berlaku di depannya. Dia tidak terasa nak ketawa pun.

"Betul kata Yuan...awak sememangnya lain dari yang lain.."kata Killian sebelum berdiri. Dia membetulkan kotnya lalu berdiri tegak menghadap Reyna dengan senyuman lebar di bibir. "Walaupun saya suka luangkan masa  lebih lama dengan awak, tapi ada kerja yang saya perlu uruskan...saya akan aturkan temu janji kita lain kali...sementara waktu ni...jaga diri."maklumnya.

Reyna dongak memandang Killian tanpa ekspresi. Hah?Janji temu lagi? Apa dia nak cakap?Tiba-tiba je otak dia jadi kosong bila tengok lelaki berkaca mata depannya tersenyum memikat begitu.

"Jumpa lagi Reyna.."pamit Killian sewaktu berpaling dari situ.

Reyna hanya memerhati langkah Killian sehingga lelaki tu keluar dari pejabatnya. Killian  datang cuma nak beritahu ini aje?Kalau macam tu call terus dia kan boleh?Ini tidak nak jugak susahkan diri menemui dia dan kemudian pergi semula.

Yang aneh-aneh aje.

Entah siapa-siapa yang Yuan jodohkan dia dengan kali ni?Pelik-pelik je perangai.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now