12.

1.4K 105 3
                                    


Suasana di diner itu sibuk seperti biasa bila waktu kemuncak tengah hari begini. Disebabkan ianya hot spot untuk para pekerja office sepertinya, diner ini sentiasa penuh dan padat. Ramai yang terpaksa ambil giliran semata hendak beli makanan dekat sini.

Ada aje diner lain dekat kawasan sekitar tapi disebabkan makanan dekat situ lagi sedap, murah dan mengenyangkan, mereka semua sanggup menunggu dari terlepas merasai masakan di situ.

Antara ramai-ramai pelanggan di situ, hanya seorang sahaja yang jalan masuk bersahaja ke dalam diner tu sedangkan yang lain sibuk beratur dan menunggu di luar diner tersebut.

Pengunjung yang beratur dekat situ pandang pelik ke wanita yang mengenakan kemeja hitam dan skirt hitam melewati barisan mereka dengan muka tiada perasaan.

Bila pintu tu terbuka, penyambut pelanggan tersebut terus tunduk hormat menyambut kehadirannya.

"Cik Reyna...di sini tempat cik."aju penyambut pelanggan tu sambil aju tangan ke satu arah.

Tanpa menghiraukan pekerja itu Reyna jalan menanggalkan cermin mata hitam dari wajah. Setiba mereka di tempat reserved Reyna, staf itu menarikkan kerusi untuk Reyna duduk.

Reyna duduk di atas kerusi itu lalu napkin di letakkan atas pehanya oleh pekerja tadi. "Terima kasih."ucapnya sejurus itu.

"Pesanan cik akan tiba sebentar lagi."pekerja tu tunduk minta diri sebelum pergi dari situ.

Sedang Reyna pandang kanan dan kiri melihat sekeliling diner itu, tiba-tiba telinga dia mendengar perbualan orang yang duduk di meja belakang divider wall tempat dia sedang duduk.

"Eh..kau tahu Encik Norman?"

"Hah..manager jabatan, kenapa dengan dia?"

"Aku dapat tahu dia ada scandal dengan assistance Tuan Yuan..siapa nama dia?Nina?Tina?"

"Wina.."

"Hah..tu nama dia..Wina."

"Bukan ke Encik Norman tu dah kahwin?Isteri dia tengah mengandung kan?"

"Itu la...semalam aku keluar dengan staf wanita yang lain masa balik, on the way tu kita orang nampak dua orang tu bermesraan dalam kereta dekat tempat terbuka parkir.."

"Serius?Dia orang buat depan-depan?"

"Iya..."

Waktu itu jugalah seorang pelayan datang menghampiri meja Reyna. Dia meletakkan gelas kosong di atas meja sebelum menuang air kosong dalam jug besi yang dipegang ke dalam gelas tersebut.

Reyna pandang air kosong tu masuk ke dalam gelas sehingga ia mencecah suku dari bibir gelas dengan renungan kosong tanpa perasaan.

"Aku dengar Encik Norman yang mengurat Si Wina tu.."

"Ini bukan kali pertama Encik Norman bercinta dengan staf sini...dua tahun lepas pun ada kes sama...tapi yang kes tu staf wanitanya letak jawatan..Encik Norman still stay."

Waiter tadi beredar dari situ meninggalkan Reyna. Dan setelah itu Reyna capai gelasnya lalu disisip sedikit air kosong tu untuk hilangkan dahaganya.

"Kalau tertangkap tu...boleh kecoh satu pejabat nanti.."

"Ihh...tak terbayang aku..sampai hati Encik Norman buat macam tu dekat isteri dia.."

Selesai minum Reyna meletakkan gelasnya ke bawah semula. Dia mengecap bibirnya dengan perlahan sebelum menyilang kaki dia lantas sandar ke belakang.

"Nasib la aku tak kahwin lagi..."

"Ya la kau tak kahwin lagi tak bermakna kau boleh curang.."

"Tak ada..maksud aku tanggungjawab tu tak seberat ni..dan tak ada amanah yang perlu dijaga..."

Reyna menyilangkan tangan ke dada lalu memejam mata. Perbualan pekerja-pekerja lelaki di belakangnya itu berterusan.

"Eh cakap pasal Encik Norman...hari tu aku nampak Tuan Yuan keluar dengan Cik Reyna...mesra jugak dua orang tu..siap pegang tangan ketawa bagai..paling best aku ikut dia orang sampai ke apartment Tuan Yuan sendiri kau tau...

"So?"

"Yalah...Tuan Yuan sendiri dah kahwin.."

"Kau ni...dia orang tu kawan baik la..isteri Tuan Yuan teman baik Cik Reyna sejak kecil...tak hairan la kalau dua orang tu rapat..."

"Entah kau ni...Tuan Yuan selalu ajak Cik Reyna balik rumah dia sebab Puan Jenny yang suruh..."

"Ihh?Macam mana kau orang tau?Ke aku je yang tak tahu?"

"Kalau aku beritahu kau akan bagi tahu orang ke?"

"Apa?"

"Aku ni orang upahan puan Jenny sendiri untuk jaga dua orang tu dekat syarikat ni dari orang macam kau yang suka gosipkan hal peribadi orang.."

Terus terbuka mata Reyna lepas dengar. Dia pandang ke depan dengan renungan serius. Keningnya mencerlung.

"Eh...sedap je kau bercakap eh..."

"Hah?Betul ke?"

"Ya...selain aku ada beberapa orang lagi staf wanita dari jabatan lain yang turut bertugas untuk pantau situasi macam ni..andai kata ada rumor tak elok tersebar ..kita orang akan dismiss serta merta dengan facts."

"Wow...seram aku dengar. Salah cakap ni boleh kena pecat la alamatnya.."

Masa itu la makanan Reyna tiba. Dihidangkan oleh manager diner tu sendiri.

"Maaf lewat. Ini makanannya. Selamat menjamu selera."ucapnya dengan senyuman mesra di bibir.

Reyna pandang makanannya lalu mengangguk kecil.

Tetiba aje selera dia mati.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now