23.

1.4K 98 1
                                    

"Kenaikkan pangkat?"

"Ya..katanya kalau projek ni dia berjaya selesaikan bos akan naikkan pangkat dia.."

"Tak guna betul!Asal dia je?"

"Kau nak buat apa?Kalau kau tak buat sesuatu habis la peluang kau untuk dilantik jadi Head Manager dekat sini?"

Bual dua orang staf lelaki yang berdiri menghadap pintu lif didepan mereka.

Dengan senyap Reyna yang kebetulan berdiri dekat tepi dinding selekoh koridor menyilang tangan ke dada. Tak nak ganggu perbualan mereka.

"Buat apa lagi...rosakkan projek dia la...paling tak pun. Aku akan buatkan projek tu aku yang lead bukan dia.."

"Macam mana?"

"Tau la aku apa nak buat...kau tolong aku tengok-tengok si Dante tu. Beritahu aku semuanya pasal Projek Perasmian Perpustakaan dia tu dekat aku.."

Ding! Bunyi pintu lif terbuka kedengaran sebelum perbualan dua orang tadi menjadi senyap tak lama lepas tu lepas dua orang tu masuk ke dalam lif.

Kenapa ya?Kenapa perlu iri hati dan rampas hak orang lain?Kalau dah bukan rezeki terima sajala. Perlu ke buat benda jahat dekat orang yang tak buat jahat dekat sesiapa? Dia tak faham...

Reyna pandang ke depan bila pintu pejabat pemilik syarikat ni terbuka pada masa yang sama. Lalu keluar dua beranak yang saling tak tumpah ketampanan masing-masing.

"Oh..kamu ada dekat sini ke.."

Reyna tolak diri dia dari sandar ke dinding lalu memberi tunduk hormat pada bosnya.

"Apa khabar tuan."

"Baik...saya baik...Kenapa tak masuk sekali tadi?"tanya Howard.

"Tak nak menganggu."jawab Reyna.

"Tak ada la menganggu. Macam tak biasa pulak...Yuan dah beritahu saya semuanya. Taniah Reyna.."bahu Reyna ditepuk perlahan dengan Howard.

Reyna angguk kepala kecil tanda terima pujian tu.

Sementara Yuan dekat sebelah dah mendabik dada kerana berasa bangga dengan pekerja kesayangannya itu.

"Terima kasih tuan.."ucap Reyna dengan mendatar. Sikit pun tak rasa apa-apa. Dia pandang Howard dengan renungan dalam. "Sekiranya tuan ada masa saya nak berbincang sesuatu dengan tuan boleh?"

Kening Howard terangkat sikit, sementara Yuan pandang ingin tahu.

"Tentang apa tu?"tanya Howard.

Reyna termenung memandang ke lantai buat seketika sebelum kembali memandang Howard. Alang-alang dah ada depan mata, apa salahnya kan.

Yuan yang sedar akan renungan dalam Reyna membuka mata luas-luas. Apa lagi yang Reyna cuba nak buat?

"Saya ada dengar syarikat kita handle Projek Perpustakaan Diamond Venue..."

Howard berfikir sejenak mengimas semua maklumat. Setelah dia ingat baru la dia mengangguk kepala. "Ha'ah..projek yang goverment offer dekat kita. Kenapa dengan projek tu?"

Yuan berkerut kening, dia menjegil mata 'apa-kau-cuba-buat' pada Reyna masa Reyna pandang dia.

"Saya berminat akan projek tu.."maklum Reyna dengan mendatar.

"Hah?Kamu berminat?"tanya Howard dengan kening terangkat.

Reyna angguk kepala satu kali. Dia tak berminat sebenarnya. Dia baru nak rehat lepas handle projek sebelum ni. Tapi lepas apa yang dengar tadi, takkan la dia nak biarkan semua ni berlaku...

Lantas Howard tersenyum. "Kamu seorang yang bercita-cita tinggi kamu tahu. Tak satu,satu projek kamu mahu selesaikan. Bagus." komen Howard bersama senyuman lebar dia.

Reyna tak bagi apa-apa reaksi. Wajah dia kekal dingin bersahaja.

"Sekiranya kamu mahu, saya akan uruskan pemindahan hak paten tu dan serahkan projek tu pada kamu kalau begitu."maklum Howard.

Dengan hormat dia tunduk 45 darjah pada Howard lepas dengar. "Terima kasih tuan.."

"Tak mengapa. Saya percayakan kemampuan kamu untuk selesaikan projek ni lebih baik dari sesiapapun..jangan risau. Saya akan uruskannya secepat mungkin.."

Reyna yang masih tunduk pandang ke bawah tu cuma tenung lantai di kakinya dengan renungan dingin.

Nampaknya dia kena sediakan mental dia untuk hal ni.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now