"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebagai ketua mafia. Nohktah." - Zam Dua tangan dan dua kaki yang terikat tidak menyusahkan dirinya untuk membuat keputusan tetapi kenapa mesti perempuan itu termasuk dalam pilihan yang harus dia buat. Apatah lagi ketika dia melihat perempuan yang dia cintakan itu penuh dengan darah di bahagian kepala. Matanya juga seakan-akan tertutup buat selamanya. Di sebelahnya pula, ada anak buahnya yang turut merasai kesakitan yang sama seperti perempuan itu. Cinta atau hak? "Tick, tock, tick, tock. Time is running, Faleq. Kalau susah sangat kau nak decide, aku bunuh ajelah perempuan murahan ni!" Teriak Zam, lantang. Pistol yang berada di belakang seluarnya dikeluarkan. Diacu ke arah dahi perempuan itu. Hanya tinggal picu untuk ditarik. Jelas senyuman sinis di wajah Zam. "Jangan! Sabar...aku...aku akan pilih." Bergetar suaranya. Lelah tak terdaya. "Kan senang kalau kau cakap dari tadi. Now, choose." "Aku... Bang! Peluru pandu yang dari jauh tidak kelihatan dari arah mana tepat dikenakan pada sasaran. Tepat sehingga tembus keluar daripada dada Faleq. Darah yang mengalir mencurah-curah seperti air terjun. Badannya jatuh melutut ke kaki Zam dengan lumuran darah yang keluar daripada mulut. Mungkin inilah pengakhiran hidupnya. Terpaksa mengorbakan ramai nyawa hanya untuk dia sahaja. "Tuan!" "Fa...Faleq..."