Bab 31 : JODOH SATU SAAT

110 19 3
                                    

Xaiden menyelak beberapa helai laporan projek syarikat dengan pandangan kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Xaiden menyelak beberapa helai laporan projek syarikat dengan pandangan kosong. Kosong? Dia dah serabut macam nak gila ada lagi ker kekosongan tu?

Seminggu berlalu dan dia hanyalah diam dan berfikir. Entah apalah yang difikirkannya, kerja satu apa pun tak jalan.

Kalau begitulah masalah yang menimpanya semata-mata untuk mendapatkan takhta Empayar Vlad, baik dia...

...

" Kau tak nak?" bergegar satu pejabat akibat penangan suara Xander. Macam yang semua boleh agak, Xander dah naik hantu kerana keputusan Xaiden.

" Alahh, kau stay jelah. Kau tu bukan nazak pun, sihat jer aku tengok. Lagipun anak kedua kau tu, kalau nanti anak lelaki, kau boleh wariskan dekat dia," jawab Xaiden bijak, walaupun Xander rasa itu jawapan yang dia takkan boleh terima. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Pandai-pandailah dia menghadap singa jadian Xander sekarang ini.

" Tapi, bukan itu sebabnya aku nak turunkan takhta dekat kau," ujar Xander cuba bertenang.

" Habistu?"

" Aku memang dah berniat untuk serahkan takhta ni pada kau. Lagipun, Erika masih pegang takhta Gold Roses dia sampai sekarang. Kau tahu kan hidup ahli keluarga aku sentiasa berisiko? Tambahan pula, bila aku dan Erika sama-sama pegang kuasa kumpulan mafia," terang Xander berharap agar Xaiden memahami keadaannya.

" Habistu kalau aku kahwin tak ker bahayakan nyawa bini aku tu nanti? Macam Erika dulu, sampai dua kali dia kena culik, benda tu menyemak tahu tak?"

" Tolonglah Xaiden. Kali ni jer kau terima permintaan aku. Just kahwin dan masalah kau settled," rayu Xander lagi. Namun lain pula reaksi adiknya itu. Tanpa sebarang sebab, ketawa Xaiden meletus berdekah-dekah.

" Kau mabuk ker?" soal Xander hairan. Dia ada buat lawak ker tadi?

" Kau yang mabuk. Aku kena kahwin dengan manusia tau! Bukan kucing yang boleh kutip dekat tepi jalan tu, Cara kau cakap tu macam kau dah kahwin,"

Xander menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aikk, dia memang dah kahwinlah. Apa salah dia sekarang ni? Sah Xaiden memang mabuk

" Aku tahu, apa kata kau mintak mama carikan. Confirm tip top punya. Silap-silap kau dapat janda, senang nak handle," cadang Xander tanpa berfikir panjang.

" Kalau macamtu, aku kahwin dengan anak kaulah. lagi senang handle en?" Xaiden tersenyum sinis.

'Zappp!'

Terdiam Xander dibuatnya. Tulah, lain kali cakap guna mulut jangan guna otak. Eh?

" Tengoklah dulu, manalah tahu ada jodoh aku datang dalam masa satu saat," seloroh Xaiden malas untuk mengeruhkan keadaan yang tak berapa nak jernih ketika itu.

" Xander!" jeritan seseorang membuatkan mereka berdua beralih kepada seorang gadis yang telah merempuh pejabat Xander sesuka hati.

" Kau apahal datang sini?" soal Xaiden kepada Anisa yang tercungap-cungap mencari oksigen.

Tetapi lain pula keadaan Xander, dia terus melopong dan memandang Xaiden dengan penuh takjub sejak Anisa masuk ke dalam pejabatnya.

" Kau pulak apahal Xander? Tutup mulut tu, tak pasal-pasal masuk kasut aku nanti," tegur Xaiden sarkastik. Geram dia dekat Xander tu tak habis lagi tau!

" Jodoh satu saat," jawab Xander laju membuatkan Xaiden beralih memandang Anisa yang kelihatan seperti cacing kepanasan sejak tadi.

" Xander, Erika..."

" Kenapa dengan Erika?" soal Xander mula berubah riak.

" Dia masuk hospital,"

Di hospital,

" Macam mana dia boleh jatuh?" soal Xander bermundar-mandir kerana risau dengan keadaan isterinya itu.

" Tadi waktu aku dengan Erika baru keluar dari makan tengah hari, Ada kereta hampir langgar dia," jawab Anisa menunduk. Dia takut kalau Xander akan naik angin.

" Apa dia?" soal Xander mula meninggikan suara.

" Sabar Xander, dengar dulu apa Anisa nak cakap," tegur Xaiden mengenangkan Xander yang sudah berubah secara mendadak.

" Waktu saya sempat tarik dia, kami terjatuh," sambung Anisa

" Kau tahu tak apa number plate kereta tu?" soal Xander dingin.

" Tak, tapi dia dah berhenti dan mintak maaf dekat Erika," jawab Anisa tidak mahu mengeruhkan keadaan. Lagipun dia tak tipu, memang pemandu itu sudah meminta maaf dan Erika sendiri yang maafkannya.

" Maaf apanya? bawak kereta tak guna mata ker apa?" Xander yang masih lagi panas hati ditenangkan oleh Xaiden sehinggalah seorang Doktor keluar daripada bilik rawatan.

" Alhamdulillah, Puan Erika dan kandungannya selamat. Mujurlah dia tidak jatuh dari tempat yang lebih tinggi," beritahu Doktor yang merawat Erika. Semua yang turut berasa di situ menghembus nafas sedikit lega.

Sebenarnya hanya Xander, Xaiden dan Anisa sahaja yang berada di hospital ketika itu. Xander tak beritahu yang lain lagi, dia tak nak mereka yang lain turut risau. Biar dia yang handle sendiri perkara ni.

" Alhamdulillah, boleh saya jumpa isteri saya?" soal Xander masih risau.

" Boleh, silakan," Xander terus masuk ke dalam wad pesakit meninggalkan Anisa dan Xaiden di luar.

" Kau rilekslah, Erika tak apa-apapun," tegur Xaiden setelah melihat wajah Anisa yang keruh. Anisa pula hanya mengangguk perlahan.

" Anisa," panggil Xaiden sekali lagi membuatkan Anisa beralih.

" Ada apa?" soal Anisa pelik.

" Kahwin dengan aku?"

To be continued...

Macam tu jer Xaiden ajak kahwin. Korang rasa apa jawapan Anisa?
Kalau nak tahu teruskn membaca yer. Sayonara!!

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now