"Ish! Apa masalah Dato' Said ni? gila ke apa?" marah Anisa cuba melepaskan tangannya dari cengkaman lelaki dalam lingkungan 60-an itu, siapa Dato'Said ni? Inilah orang tua yang gila nak proposed Anisa waktu blind date dia dua minggu lepas.
"Alaaa... kenapa garang sangat ni? Tak sukalah," Dato' Said mula menggatal. Anisa yang berada di situ sudah mahu termuntah dibuatnya.
Ini bukan kali pertama orang tua itu mengganggunya, bukan dia tak tahu orang tua tak sedar diri tu dah ada dua orang isteri. Ada hati nak jadikan dia yang ketiga.
'Orang tua gatal nak mampus!' getus Anisa menyumpah seranah lelaki di hadapannya kini.
Dalam masa yang sama, seorang lelaki baru sahaja keluar dari sebuah restoran berhampiran dengan tempat Anisa diganggu. Tidak semena suara seorang perempuan menarik perhatiannya untuk tidak meneruskan perjalanan.
Lama dia melihat adegan pasangan itu dihapannya."Nak bergaduh balik rumahlah, inilah suami isteri. Ada masalah sikit bini lari, laki pun cari. Tak payahlah nak susahkan diri pujuk suruh balik, pandai-pandailah bini kau balik," kutuk Xaiden menyampah melihat drama swasta tak berbayar di situ. Haah pandainya kau bagi ceramah, tak ada pengalaman lagi sila zip mulut tu. Memandai jer dia ni...
"Ishh! Lepaskan sayalah. Rimas tahu tak? Encik Said pergi cermin muka tu sikit. Saya dah kata tak nak tu tak naklah. Tak faham bahasa ke? Nak Saya cakap bahasa apa, Jepun?" marah Anisa lagi ditambah dengan sindiran. Dato' tak Dato', kalau dah perangai macam buaya tak payah nak dihormat sangat. Dah lah main pegang-pegang. Gila phsyco!
Mendengar makian gadis di hadapannya itu, dahi Xaiden mula berkerut seribu. Benarkah mereka itu pasangan suami isteri?
Entah kenapa, laju sahaja langkahnya mendekati mereka berdua yang sedang bergaduh sejak tadi.
Sesampainya dia di sana, Xaiden terus berdehem sedikit membuatkan kedua-dua manusia itu beralih.
"Encik ada masalah ke?" soal Xaiden kepada lelaki separuh abad itu. Anisa pula terpaku melihat lelaki yang kini berada di sebelahnya. Kebetulan apakah ini?
'Ni bukan Xaiden ker?' lama Anisa meneliti segenap wajah yang sangat dikenalinya namun masih ragu-ragu.
'Betul ker dia ni? Ataupun semua benda yang berlaku ni mimpi jer?' Masih bingung dengan apa yang berlaku, Anisa terus mencubit pipinya kuat menggunakan tangannya yang sebelah lagi. 'Sakitnya woi!'
Arif Xaiden dan lelaki tua dihadapannya itu terus memandang Anisa hairan. 'Buang tabiat ker budak ni?'
"Kau ni siapa nak masuk campur hal aku?" tengking lelaki tua itu mengendahkan perbuatan pelik Anisa sebentar tadi. Lambat-lambat dia melonggarkan genggaman pada tangan Anisa. Dengan kesempatan itu, Anisa terus menarik tangannya kasar lalu pergelangan tangannya dipegang.
'Sakitnya! Apasal orang tua ni kuat sangat?' rintih Anisa di dalam hati sambil melihat pergelangan tangannya yang sudah kemerahan.
"Ehem! Kau tanya aku siapa?" soal Xaiden sinis, Ada yang kena tembak satgi kot. Dia tak kenal lelaki yang paling macho dan berpengaruh ni? Sempat lagi dia memuji diri di dalam hati. Haihh... takkkan time-time macamni pun nak introduce diri tu?
"Haah, kau siapa nak masuk campur urusan aku?" soal Dato' Said lagi menahan hati yang membara.
"Aku...aku suami dia. Kau ada masalah?" terbuntang Anisa mendengar pengakuan Xaiden. Lelaki itu pula hanya menayangkan wajah tenang dan selamba seperti tiada apa yang terjadi. Memanglah semua tu tipu jer, tapi tak ada status lain ker? Abang ker? Tok wan ker?
'Tok wan! Kau nak gelar aku Tok wan? Baik kau lari sebelum aku kejar kau sampai mampus!' maki Xaiden kepada Author. Kenapa saya yang kena? Uwaaaa Xaiden jahat!
Beberapa saat kemudian, tangan Xaiden elok memeluk bahu Anisa membuatkan gadis itu kejung tidak bergerak.
"Betulkah kata dia ni Cik Anisa?" soal Dato' Said sangsi. Giginya diketap kasar tanda tidak berpuas hati. Setahunya gadis idamannya itu masih belum berpunya. Tiba-tiba pulak muncul lelaki yang mengaku sebagai suami Cik Anisa Fazira.
"Erh.. betullah. Ni suami saya Tuan Arif Xaiden. Kan abang kan?" jawab Anisa teragak-agak memperkenalkan lelaki di sebelahnya itu. Sengaja ditayangkan adegan romantis pasangan palsu itu. Tidak lama selepas itu, Xaiden pula membalas pandangan Anisa dengan senyuman manis.
'Tahan Anisa! Jangan pengsan kat sini!' desis Anisa Fazira hampir membawa dirinya ke Alam fantasi bersama putera idaman Malaya. Ehh?
'Dia kenal aku?' gumam Xaiden pula di dalam hati namun masih tidak lekang dengan senyuman di bibirnya.
"Bila Cik Anisa kahwin? bukan ker kita baru blind date dua minggu lepas?" soal Dato' Said lagi. Pelik! Bila masa buah hati dia tu kahwin?
Anisa menelan liurnya pahit sebelum membuka mulut." Ming...minggu lepas,"
Dato' Said apa lagi? Melentinglah! Hancur rancangannya untuk mengahwini gadis muda dan berkerjaya seperti Anisa Fazira. Tambahan pula, melihat adegan mesra pasangan suami isteri itu terus dia meninggalkan mereka berdua dengan kesal. Melepas dia...
Selepas mendapati Dato' Said hilang dari pandangan, terus mereka berdua menjarakkan diri antara satu sama lain.
Xaiden berdehem sedikit membuang rasa janggal diantara mereka.
"Kau okay tak?" soalnya memandang gadis bernama Anisa itu. Namun hanya rambut Anisa yang dapat dilihat oleh Xaiden kerana gadis itu sedang menunduk. Maklumlah Anisa ni paras dada dia ja.
"Saya okay...terima kasih," jawab Anisa memegangang pergelangan tangannya yang masih sakit. Tidak mahu diketahui lelaki itu.
"Saya pergi dulu," Anisa meminta pamitan lalu laju melangkah meninggalkan Xaiden. Xaiden pula hanya memandang kepergian Anisa kosong.
"Kau buat kerja gilalah Xaiden," ujar Arif Xaiden menggeleng sendiri.
To be continued...
Macam mana? Xaiden ni boleh tahan jugak enn? Takpe-takpe korang chill dulu. Nanti baca sambungannya okay. Bye.. Sayonara!!
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...