"Cik Anisa, Kita boleh pergi ke mahkamah sekarang ni," tutur Julia selaku PA Anisa Fazira.
Anisa yang kebetulan baru sahaja selesai mengemas barang penting yang perlu dibawa untuk perbicaraan terus mencapai blazer yang tersangkut elok pada satu sudut di dalam pejabatnya.
"Jom," Anisa mengajak Julia keluar bersama-sama dari pejabatnya.
Selalunya mereka akan pergi sekali kecuali dia langsung tidak dapat singgah ke pejabat sejak awal pagi. Macam kejadian malangnya seminggu yang lalu...
Flashback,
Seminggu yang lalu...
Anisa mendecit sambil mengurut pelipisnya. Kenderaan yang berderet di atas jalan raya menambahkan lagi rasa sesak di dada. Lagi sepuluh minit perbicaraan akan dimulakan Dan dia masih ada atas jalan raya. Kenapa dia terlambat? Sebab dia baru sahaja selesai mengatur strategi untuk soalan yang akan diajukan di dalam mahkamah nanti.
Pagi tadi pula dia terlewat bangun dan terus kena bergegas ke perjumpaan bersama client di luar. Lepastu sekaranglah, dia ada perbicaraan pada 10:15 pagi. Dengan jalan yang sesak secara tiba-tiba pada jam 10 pagi ni, nak cakap hari minggu bukan.Takkan semua pergi court kot?
Pornn!!!
Bunyi horn dari belakang menyentakkan lamunan Anisa Fazira dan tanpa berlengah, terus dia menekan pedal minyak dan menyambung perjalanannya.
...
'Fuh, selamat sempat,' desis Anisa setelah selamat melangkah masuk ke dalam bangunan 'Mahkamah Tinggi Malaya'.
Dengan sepantas yang boleh dia terus mendaki anak tangga ke tingkat atas untuk bersiap sedia bagi perbicaraan yang akan bermula 5 minit lagi.
Sedang dia bergegas sambil membawa fail-fail penting yang agak banyak, tiba-tiba dia dibertuh seseorang dan semua failnya sudah bertaburan di atas lantai.
"Ish!" Anisa terus menunduk dan mengutip failnya satu persatu.
'Manusia zaman sekarangni memang tak ada adab ker? Bukan nak mimta maaf, jalan buat bodoh jer! Sumpah jadi Biawak Komodo baru tahu. Hah, puas hati aku!' Anisa Fazira menyumpah seranah makhluk ghaib yang melanggarnya tadi di dalam hati Dia tak nampak pun siapa yang langgar, so boleh dikira makhluk ghaiblah kan?
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...