Bab 3 : BAPAK AKU YANG PUNYA

234 35 2
                                    

"Kau dari mana Xaiden?" soal Damian selamba masuk ke dalam bilik Arif Xaiden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau dari mana Xaiden?" soal Damian selamba masuk ke dalam bilik Arif Xaiden. Ingat tak lagi dengan Damian ni?

"Aku lunch tadi. Lapar lah, makan dulu," Xaiden memberi alasan laju.

"Lunch? Sekarang pukul berapa?" Damian yang berasa hairan terus melihat jam pada tangannya. Pukul 9:30 pagi. Hah baguslah Xaiden. Membongak aje kerja kau...

"Kau ni nak cakap bongok marah, nak cakap pandai macam tak sesuai pulak. Dahlah baru hari first masuk office, buat kepala eh?" Damian menggeleng kepala mengenangkan telatah Arif Xaiden.

"Alah kau ni. Chillah, baru hari first kot kerja apa jer yang aku kena buat?" laju Xaiden menjawab sambil jari tidak berhenti menekan screen telefon. Korang rasa dia buat apa? PUBG guys! sebelumni dia main COD, tapi dah tukar selera katanya. Dasar tak tetap pendirian!

"Huh, kau tak sibuklah sekarang ni kan?" soal Damian tersenyum sinis. Dalam otaknya sudah mempunyai rencana bernas buat kawan baik kesayangannya itu. Puih!

"Eh! Aku sibuklah. Tengok apa aku tengah buat ni,"

"Ouhh alololo...kesian kawan aku ni. Tapi kau tahulah aku ni kawan yang baik, jadi aku dengan rela hatinya akan TAMBAH kerja untuk kau," mendengar perkataan 'TAMBAH', terus sahaja Xaiden beralih. Sejurus itu, datang tiga orang pekerja membawa timbunan fail bersama-sama mereka.

"Letak situ," arah Damian sambil menundingkan jari ke arah meja kerja Arif Xaiden yang kemas tanpa sebarang habuk. Ternganga terus mulut Xaiden dibuatnya.

"Ini baru introduction jer, Xander excited sangat nak kau masuk kerja. Jadi, kau tengok-tengoklah fail ni semua sebagai informasi baru tentang 'Xandra Holding'. Bye-bye..." Xaiden hanya menghantar kepergian Damian dengan mata yang masih tertumpu kepada screen telefonnya. Kurang asam.

Tidak lama selepas itu, pergerakannya berhenti seketika. Memproses kembali apa yang diberitahu oleh Damian tadi. Dia dengar okay, dia bukan jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jadi dia sangat faham makna 'tengok-tengokkan fail' dekat depan dia tu.

Jadi dengan bertanggungjawabnya, telefon pintarnya diletak ke tepi dan matanya terus beralih melihat fail di hadapannya itu tekun.

Tidak sampai seminit pun fail itu sudah habis 'ditengok' oleh Xaiden tanpa menyentuhnya. Fuh! Xaiden ada super power bhai, dia main scan jer...tak payah bukak pun.

Haihh...bertuah punyak budak! Silalah buat perangai tu lagi. Confirm syarikat tu menang trofi muflis dalam masa sebulan tak lama lagi. Xaiden...Xaiden...

...

"Congrats Anisa! Kau menang perbicaraan harini kan?" soal Erika teruja.

"Cepatnya kau tahu, Aku rasa baru sejam lepas aku keluar dari mahkamah," ujar Anisa hairan. Erika ni pasang spy ker apa?

"Haihh, kau ni nampak sangat tak bukak phone kan? Tengok ni, berita tentang perbicaraan kau hari ni dah viral tahu?"

'Peguam terkemuka Anisa Fazira menang perbicaraan kes cubaan membunuh ibu tiri sendiri ' tajuk akhbar online ditunjukkan pada Anisa. Terkejut Anisa dibuatnya, baru sejam lepas dia keluar dari court semua dah tahu. Hmmm... luasnya teknologi alam maya sekarangni.

"Bye the way, thank you so much. Kau pula? Ada kes yang menarik tak sekarang ni?" soal Anisa pula melanjutkan perbualan.

"Aku macam biasalah, kes rasuah, pecah amanah dan yang seangkatan dengannya,"

Anisa mengangguk faham lalu menyisip air teh o panas yang di ordernya untuk makan tengah hari.

"Adik ipar kau dah balik eh?" soal Anisa setelah lama berdiam diri.

"Yer, dia baru balik dua minggu lepas. Kenapa? Kau teringin nak jumpa dia ker?" senyuman tersirat diberikan pada Anisa.

'Dah jumpa dah pun,' desis Anisa Fazira tidak mengendahkan soalan berbaur sindiran dari Erika Airien. Mesti otak dia fikir something yang pelik-pelik. Bukan pelik macam negatif tu tapi alah faham-faham jelah!

"Kau ada sesuatu nak cerita dekat aku kan?" dari tadi Erika dapat mentafsir riak wajah Anisa Fazira. Macam ada sesuatu yang disimpan di dalam kepala otak dia tu. Come on lah! Ni Erika Airien kot, dia boleh hidu air muka orang jujur dengan tak ni.

Nampak tak penipuan Erika di situ? Dia sorang jer boleh hidu air muka orang. Yang lain guna mata, dia guna hidung. Deria ke sepuluh seorang Erika Airien guys!

"Ma..mana adalah. Kenapa tanya macam tu? muka aku nampak macam ada masalah ker?" Erika mengangguk laju. Tak payah nak selindung sangatlah. Erika ni, rasa ingin tahu dia tu tinggi melangit tau. Kau tak cerita pun dia akan cari sampai lubang cacing!

"Aku jumpa Arif Xaiden tadi,"

"Seriously! What happened? Dia ada buat apa-apa tak senonoh ker dekat kau?" tebal Erika mula tinggi intonasinya. Lupa sebentar suasana sekeliling mereka ketika itu.

"Eh! Mana adalah, aku just tak tahu macam mana nak menghadap muka dia lepas ni," jujur Anisa menahan wajahnya yang sudah terasa panas. Sumpah dia malu bila teringatkan peristiwa yang entah apa-apa pagi tadi. Macam nak berkurung jer dalam office seharian. Dahlah dengan rupa Xaiden yang makin handsome tu. Cair I nyah!

"Why? Cuba cerita dekat aku," Erika sudah beria-ria mendekatkan jaraknya dengan Anisa. Manalah tahu benda menarik, boleh bahan si Arif Xaiden tu. Seronok oii!

"Tak ada apalah,"

"Alah....ceritakan please!" rayu Erika membuat mimik mintak penyapu. Ingat comel ker? Tak padan dengan mak budak.

"Ish! Yelah, cerita dia macam ni..."

20 minutes later,

"Hahahaggagaga! Serious ahh Xaiden macamtu?" ketawa Erika berdekah-dekah. Sekali lagi Erika terlupa akan situasi sekeliling mereka yang sedang diperhati para pelanggan yang lain.

"Woi! coverlah sikit. menyesal Aku cerita dekat kau. Menyakitkan hati!" Erika masih lagi tidak dapat berhenti ketawa. Yelah, Arif Xaiden yang beku plus tak suka layan perempuan boleh mengaku dia suami Anisa semata-mata nak selamatkan dia. Fuh, harap-haraplah dunia belum kiamat lagi.

"Sorry-sorry, aku tak boleh brain keadaan kau masa tu. Mesti rasa macam nak pengsan kan? Hahahahah!" wajah Anisa pula berona merah dibuatnya. Sebab dia memang hampir pengsan masa tu. Hahhaha! Author pulak rasa kesian dengan Anisa ni. Dapat kawan tak membantu masa-masa macam tu. Sabar jelah...

Dalam masa yang sama, Erika sudah merencana sebuah idea jahat di dalam otaknya untuk mengenakan adik ipar yang tidak ada perasaan seperti Arif Xaiden itu.

'Dalam hati ada taman rupanya... habislah kau!'

To be continued...

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now