⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat...
Beautiful Cover by: @btrisyanjiha
-Siri Kedua-
Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...
Silalah tengok gambar yang sweet kebabomm dekat atas tu. Heheheh...
Disebabkan ada yg mintak sangat untuk saya update, jadi saya tunaikan permintaan korang eh. Untung jugak korang sebab idea tengah laju ni. Heheheh...
So, selamat membaca you all's!! ___________________________________________
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arif Xaiden memandang screen telefonnya berulang kali. Ada yang mengganggu fikirannya ketika itu.
Kalau diikutkan hati, dia nak ambil cuti jer harini. Tapi nak buat macam mana, mesyuarat dengan client dari luar negara susah untuk ditunda ke lain hari. Terpaksa juga dia hadir di dalam mesyuarat tu.
Sekali lagi nama yang tertera pada log panggilan diperhati. 'Mama Miaaa' Nama yang disimpan Xaiden untuk Puan Sri Melissa. Nampak tak betapa bertuah ya budak ni? Kalau mama mia dia tu tahu, mahu kena ligan tak cukup tanah. Tajuk semalam tak habis lagi tu. Tak pasal-pasal kena halau rumah free. Padan muka!
"Kalau aku call ni nak cakap apa? Ataupun aku balik jer terus?" Xaiden membebel seorang diri memikirkan idea paling bernas yang dia boleh rancang sekarangni.
Kalau nak balik sekarangni pun nak bagi alasan apa? Takkan nak bagitahu dia risaukan Si Anisa tu. Mahu diketawakan dengan semua nanti. Lagipun Erika dan Puan Sri Melissa ada menjaganya di rumah. Hmm... sabar yer Xaiden.
...
Anisa memeluk tubuhnya sambil membuang pandangan ke luar tingkap.
Sedang dia melayani perasaan sendirian. Terbit senyuman di bibirnya.
Kenapa dia tak nak beritahu Erika tentang apa yang telah berlaku? Bukannya Erika akan salahkan dia pun. Sebaliknya tentu keluarga ni akan jaga dia sebaik-baiknya.
Tapi itulah yang membuatkan dia menyembunyikan kebenaran. Dia siapa di dalam keluarga ni? Dia tak suka terhutang budi. Lagipun dia masih ada keluarga, walaupun macam tak ada jer.
"Erika mesti kecewa dengan aku kan?" Anisa menyoal dirinya sendiri.
"Kenapa kau kata macam tu?" suara seseorang dari belakang mengejutkan Anisa. Dia terus berpaling ke belakang apabila suara itu kedengaran tidak asing baginya.
Xaiden sedang berdiri berul-betul dihadapan pintu biliknya ketika itu.
"Awal awak balik harini," tegur Anisa mengendahkan soalan yang diajukan Xaiden tadi.
"Dah tak ada kerja, aku baliklah awal," jawab Xaiden tenang sambil menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar dan masuk ke dalam bilik itu tanpa meminta keizinan tuan punya bilik. Peduli apa dia? Rumah tu kan bapak dia yang punya.