Bab 6 : DERITA ANISA

198 33 0
                                    

"Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum..." ucap seseorang dari screen telefon dengan suara serak dan kedengaran tersedu-sedan.

"Waalaikumussalam, kenapa Mak Su menangis ni?" soal Anisa mula risau.

"Reza...isk...isk..." tangisan mula kedengaran membuatkan Anisa mula panasaran.' Kenapa? Mati dah ker?' Anisa mengetuk kepalanya sendiri. Otak tu, nak fikir benda tak baik pulak.

"Dia kena tangkap dengan orang kampung sebab nak mecuri," Anisa yang mendengarnya serta-merta memejam matanya rapat. ' Ya Allah dugaan apa lagi yang aku kena lalui lepasni? Tiba-tiba badannya terasa lemah dan tidak bermaya.

"Tuan rumah kata Reza kena bayar ganti rugi kalau dia tak nak masuk lokap. Macam mana ni?" soal Mak Su bertambah panik. Anisa pun turut sama panik dibuatnya.

"Banyak mana nak guna ni?"

"Tak banyak pun, RM5000 jer." Anisa berjeda seketika.' 5 ribu? Tak banyak? Tak ada bezalah dengan denda mengarut Arif Xaiden tu!'

"Kamu boleh bayarkan kan? Alah, kalau nak dikira sebanyak mana yang Mak Su habiskan untuk besarkan kamu lagi banyak,"
Anisa menahan amarah di hati.

'Hah bagus! Ungkitlah lagi, sampai aku mampus rasa bersalah. Nanti tak ada sesiapa yang nak tanggung hidup kau dengan anak kau tu!' namun ianya hanya mampu terungkap di dalam hati. Selagi dia mampu bersabar dia akan bersabar...

"Hujung bulan ni Anisa bank in RM7000, selebihnya buat belanja,"

"Baguslah tapi jangan lambat sangat yer. Tentang temu janji kamu dengan Dato-dato tu macam mana?"

"Tak ke mana, kalau ada jodoh dengan orang kaya saya bawak balik," seloroh Anisa malas mahu perbesar cerita.

"Hah yelah, terima kasih..."

"Hmmm sama-sama. Mak Su jaga diri,"

"Hah yelah. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam..."

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now