Keesokan harinya,
" Ar- Xaiden, jom breakfast sekali?" Soal Anisa kekok sambil menghidangkan sarapan pagi.
" Aku ada meeting pagi ni. Kau makanlah, bye," jawab Xaiden sebelum mencapai beg bimbitnya. Belum sempat Anisa menjawab, Xaiden berlalu keluar begitu sahaja.
" Hmmm, nampaknya aku bawa bekal pergi kerjalah harini," ujar Anisa melihat nasi goreng yang sudah terhidang di atas meja.
Di pejabat Anisa,
" Assalamualaikum," Anisa memberi salam kepada pembantunya dengan senyuman ceria.
" Waalaikumussalam Puan Anisa. Finally puan dah habis cuti. Saya rindu tau dengan puan," kata Julia memeluk Anisa erat.
" I miss you too, from now on kita kena selesaikan semua kerja kita yang dah tertunggak lagi. Sekejap lagi awak bawa fail yang saya minta awak cari tentang latest case ke dalam bilik saya," arah Anisa sebelum melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.
" Baik puan,"
15 minit kemudian,
" Sekarang ni, kita akan tumpu kepada kes bunuh Dato' Hattar. Julia, boleh saya tengok gambar lokasi kejadian?" Pinta Anisa sambil fokus menyemak fail kes pembunuhan seorang jutawan. Anisa merupakan peguam bela kepada Datin Suraya iaitu suspek pembunuhan dan isteri Dato'Hattar.
" Ini gambar lokasinya," Julia menyerahkan beberapa keping gambar lokasi kejadian kepada Anisa.
" Tapi, berdasarkan apa yang saya dapat cari tentang kes yang lebih kurang sama macam ni, peluang untuk defendent menang adalah sangat tipis," beritahu Julia sewaktu perbincangannya bersama Anisa.
" Saya tahu, selalunya suspek tidak akan diterima atas dasar mempertahankan diri. Tak apa, yang penting saya nak tahu motif pergaduhan defendant dan mangsa pada malam kejadian. Awak dah jumpa saksi kejadian kan?" jawab Anisa tenang.
" Belum," jawab Julia serba salah.
" Hmmm tak apalah, saya akan jumpa saksi minggu depan. Sebelum tu, saya nak jumpa defendent sendiri dan minta penjelasannya,"
" Bila puan nak jumpa defendent?" Soal Julia.
" Lusa, pukul 2 petang. Awak tolong aturkan jadual saya," arah Anisa lagi.
" Baiklah, ada apa-apa lagi puan?"
" Tolong buatkan air macam biasa untuk saya yer," pinta Anisa lembut dan Julia hanya mengangguk sebelum keluar dan menjalankan tugasnya.
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...