" Ya Allah Laila! Macam mana muka kau boleh jadi macam ni?" soal Anisa cemas
lalu membawa Laila duduk di atas sofa di dalam pejabatnya." Kau jangan cakap Aaron yang buat macam ni dekat kau!" Intonasi Anisa sudah naik seoktaf. Berangnya melihat keadaan wajah Laila yang sudah lebam dan mulutnya yang sedikit pecah. Memang macam baru lepas kena pukul.
" Tak, Aaron tak pernah dan tak akan buat macam ni dekat aku," jawab Laila cuba menenangkan sahabatnya Anisa.
" Habis tu siapa? Siapa yang sanggup buat kau sampai macam ni sekali?" soal Anisa memdesak fan perlahan menyentuh dagu Laila yang turut mempunyai kesan luka. Apabila luka Laila disentuh, wanita itu mengaduh kesakitan.
" Louis, di... dia yang buat ma...cam ni dekat aku," jawab Laila tergagap membuatkan wajah Anisa berubah merah padam.
" Aku dah cakap kau kena keluar dari kumpulan tu Laila. Sekarang kau tengoklah apa yang jadi?" Anisa menggeleng perlahan. Rasa panas di dalam hatinya itu hanya Tuhan yang tahu. Kalau diikitkan mahu sahaja di hantar ke liang lahad malam itu juga.
" Aku bukan tak nak Anisa, tapi aku memang tak akan boleh keluar daripada kumpulan tu," beritahu Laila dengan takungan air mata.
" Apa maksud kau?"
" Louis, dia sebenarnya... Ayah aku," jawab Laila tertunduk. Akhirnya, rahsia yang di simpan selama hampir 20 Tahun terungkap jua. Anisa yang mendengarnya turut menerima kejutan yang maha hebat.
" Tapi kenapa? Kenapa aku tengok layanan Louis dengan kau tak macam seorang anak dan ayah?" soal Anisa masih lagi tidak bisa mencerna kebenaran yang tidak pernah dijangka ini.
" Sebab dia tak nak aku dan Laith menjadi kelemahan dia. Jadi kami dah berjanji untuk rahsiakan tentang status kami daripada semua orang sampai sekarang," terang Laila lagi.
" Jadi apa motif dia pukul kau macam ni?" soal Anisa masih tidak berpuas hati.
" Sebab aku tolak misi yang tengah aku handle," jawab Nurin Laila. Ya, dia sebenarnya ialah seorang assassin dari kumpulan mafia Ludovico's.
" Apa misi kau kali ni?" soal Anisa lagi.
" Aku kena bunuh suami aku sendiri,"
...
" Nah, ini kunci rumah aku. Kau jangan keluar sesuka hati tau. Tentang suami kau tu, pandai-pandailah aku bagitahu dia,"
" Terima kasih Anisa. Kaulah sahabat yang boleh aku harapkan. Aku buntu Anisa, aku tak sangka perkahwinan aku dengan Aaron akan sebahagia ini walaupun baru 7 bulan kami bernikah," ujar Laila sekali lagi dengan juraian air mata. Anisa hanya memandang Laila dengan pandangan yang sayu sebelum minta diri untuk pulang ke pejabat.
Disebabkan Laila meminta untuk menjauhkannya dari Aaron kerana takut masalah yang lebih besar akan muncul, Anisa membawa Laila untuk menginap di rumah sewa lamanya untuk sehingga semua luka Laila pulih seperti sediakala.
Anisa yang sedang memandu tiba-tiba teringatkan kembali perbualannya bersama Laila sewaktu di pejabat Anisa tadi.
Flashback,
" Ke... Kenapa kau kena bunuh Aaron? Apa salah dia dengan keluarga kau?" soal Anisa sekali lagi terkejut dengan apa yang baru didengarinya ini. Nampaknya masalah Laila bukan masalah yang kecil. Masalah ini melihatkan nyawa suami Laila sendiri. Dan dia tahu kenapa Laila memutuskan untul menolak misi it kembali.
" Kau ingat adik aku Laith?"
" Ya, kenapa dengan dia?" soal Anisa hairan.
" Empat tahun lepas, Laith tewas kerana pertempuran. Dan pelakunya ialah Aaron Fahmi, suami aku sendiri," jawab Laila mengalirkan air mata perlahan. Anisa yang mendengar jawapan Laila it turut sebak jadinya.
" Jadi niat sebenar Louis hantar kau untuk balas dendam demi Laith?"
" Ya, aku sangkakan perkara tu mudah. Tapi sebenarnya aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku tak sangka Aaron ialah lelaki yang boleh merubah hidup aku yang gelap sebelum ni. Dialah segalanya buat aku Anisa. Aku tak sanggup kehilangan dia tambahan pula di tangan aku sendiri,"
" Jadi kau baru lepas menghadap Louis lah tadi?" soal Anisa mengangak.
Laila hanya mengangguk lemah." Jadi apa jawapan dia?" soal Anisa dengan debaran di dada.
" Dia kata kalau aku tak boleh selesaikan, dia sendiri akan tamatkan riwayat Aaron. Aku takut Anisa!" secara tiba-tiba tangisan yang perlahan tadi berubah kepada raungan yang teresak-esak. Anisa yang turut berduka dengan apa yang terjadi terus memeluk Laila erat bagi memberi semangat buatnya.
" Jadi, apa yang kau nak aku buat untuk tolong kau?" soal Anisa cuba untuk menolong.
" Aku nak cerai dengan Aaron. Kalau tak, bukan setakat Aaron yang akan menjadi mangsa, keluarga Xander juga akan berada dalam bahaya. Sebab kejadian yang membunuh Adik aku ada kena mengena dengan peristiwa dimana ahli kumpulan Vlad dan Louis berperang besar,"
" Kalau diikutkan Louis, dia nak bunuh semua yang terlibat waktu tu, tapi aku yang tawarkan diri untuk bunuh pelakunya sebab aku tak nak pertempuran yang lebih besar berlaku," terang Laila dengan lebih jelas.
" Tapi aku rasa penceraian bukan jalan terbaik dalam hubungan kau dan Aaron, Laila,"
" Aku tak kisah Anisa, asalkan Louis tak sentuh orang yang aku sayang," tekad Laila.
" Tapi aku tak rasa ayah kau akan berhenti lepas kau orang bercerai. Fikir lebih dalam Laila. Aku tak nak kau menyesal buat kali kedua," tegur Anisa dengan lebih tegas kali ini membuatkan Laila terus membisu.
End Flashback.
To be continued
Jadi macam mana? Rasanya macam manalah pengakhiran Aaron dan Laila? Korang nak diorang bercerai ker?
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Lãng mạn⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...