Bab 48 : AKU MENGALAH?

89 10 3
                                    

" Kau dengan Xaiden macam mana?" Soal Erika kepada sahabat yang kini berada di sisinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau dengan Xaiden macam mana?" Soal Erika kepada sahabat yang kini berada di sisinya. Kini hanya Erika dan Anisa yang sedang berdiri di hadapan balkoni terbuka dari tingkat dua rumah agam itu.

Selepas makan malam keluarga, Anisa dan Erika berniat untuk berbual di situ buat sementara waktu.

" Macam tulah Erika. Aku dah tak nak buat apa lagi dah," ujar Anisa sedikit kecewa mengingatkan kejadian malam semalam.

" Maksud kau? Semua rancangan kita tak menjadi?" Soal Erika pula turut kecewa mengenangkan masalah sahabat merangkap adik iparnya itu.
Anisa hanya menayangkan senyuman nipis sebelum menggeleng lemah.

" Rancangan apa?" Sampuk seseorang dari belakang mengejutkan dua orang wanita di situ.

" Amboi Alisa ni menyampuk hal orang pulak yer," tegur Erika berbaur usikan. Alisa tersengih kambing sambil mencelah di antara mereka berdua.

" Alaa... Alisa pun dah besarlah. Korang share lah masalah korang jugak. Alisa kan kenal dua orang lelaki yang tak boleh pakai tu, manalah tahu Alisa boleh tolong," sambung Anisa sengaja nak menyibuk. Sempat lagi dikutuk dua jembalang tak bertanduk itu. Faham-fahamlah siapa.

" Tak ada apalah Alisa. Cuma Alisa kan tahu akak dengan abang Arif tu masih tak rapat macam pasangan suami isteri, jadi kami masih kekok berada dekat dengan masing-masing," beritahu Anisa tenang. Erika pula hanya mengangguk.

" Hmmm... tapi abang Arif tu antara orang yang paling suka berahsia dari kami semua. Kadang-kadang apa yang dia rasa tak sama macam apa yang dia tonjolkan dekat kita. Tapi Alisa yakin lama-lama nanti abang mesti cair dengan akaklah. Akak cantik tau! Memang ada ciri-ciri gadis pujaan abang Arif. Tip top!" Puji Alisa menggunung membuatkan kedua kakak ipar di sisinya itu ketawa mendengar jawapannya.

" Akak Erika pulak? Baby ni dah berapa bulan ni? Tak sabar nak dapat anak buah baru!" Erika ketawa melihat telatah Alisa yang terlebih teruja ketika itu. Tak ada beza dengan Irine.

" Dah nak masuk 8 bulan dah," beritahu Erika mengusap perutnya yang sudah besar.

" Ouhh dah tak lama dahlah. Haihh, tak sabarnya! " Anisa pula yang ketawa melihat telatah Alisa kali ini. Macam kanak-kanak nestum.

" Lepasni tunggu baby akak Anisa pula. Bestnya!" Alisa ketawa riang sambil bertepuk tangan.

" Ada-ada jer Alisa ni. Diaorang tu baru kahwin sebulan lebih," celah Erika.

" Alah, boleh jer macamtu. Orang kata apa tah?"

" Benda apa?" Tanya Anisa pula

" Bunting pelamin!" Sebut Alisa separuh menjerit.

'Bukk!'

Akibatnya kepala Anisa diketuk oleh Erika. Anisa pulak hanya ketawa melayan karenah dua orang wanita di hadapanya itu. Kalau difikirkan balik perangai Erika ni dah macam mak-mak kan?

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now