Bab 49 : KENAPA DENGAN XAIDEN?

95 6 4
                                    

Anisa memandang kipas siling bilik Xaiden tanpa sebarang bicara. Dia tidak dapat melelapkan mata, segala yang diceritakan oleh ibu mertuanya petang tadi amat mengejutkan. Tidak sangka lelaki yang digelar suaminya itu turut mempunyai sejarah silam yang pahit dan melukakan.

Anisa mengeluh sendiri memandang ke arah Xaiden yang sudah tidur nyenyak diulit mimpi.

Dipandang sekilas ke arah jarum jam dinding yang kini terletak tepat pada pukul 1 pagi. Dengan perlahan-lahan, Anisa mengatur langkah ke arah balkoni bilik mereka.

Anisa meregangkan badannya yang sedikit sengal kerana terlalu lama berbaring di atas sofa. Macam yang semua tahu, Anisa dengan Xaiden tak tidur sekatil pun.

" Mama harap Anisa dapat bahagiakan hidup Xaiden satu hari nanti. Buatkan dia rasa istimewa," sedang dia mengelamun sendiri, kata-kata terakhir ibu mertuanya terlintas di dalam benaknya.

" Anisa akan cuba," ujar Anisa kepada dirinya sendiri.

" Cuba apa?" Bahu Anisa terhenjut kuat akibat terkejut dengan sapaan Xaiden secara tiba-tiba.

" Kau terkejut ker? Hehehe, Sorry..." pinta Xaiden ketawa perlahan. Anisa pula sudah berasa takjub melihat suasana dihadapannya ketika itu. Dia senyum? Kali ni bukan fake kan?

"  Kenapa kau tak tidur lagi?" Soal Xaiden bersahaja sambil mengambil tempat di sisi Anisa.

" Tak mengantuk lagi. Awak pula? Saya terbangunkan awak ker?" Soal Anisa dengan rasa bersalah.

" Tak lah, aku terbangun sendiri," jawab Xaiden tanpa memandang ke arah gadis itu. Seketika suasana diantara mereka sunyi sepi. Masing-masing melayani perasan mereka sendiri sambil menikmati udara malam ketika itu.

" Anisa," panggil Xaiden lembut membuatkan Anisa betpaling memandangnya.

" Kau tak menyesal ker kahwin dengan aku? " Soal Xaiden tanpa sebarang reaksi pada raut wajahnya.

" Taklah... Awak dah banyak kali tanya benda ni. And jawapannya adalah tak," jawab Anisa berterus-terang.

" Kenapa?" Soal Xaiden membuatkan lidah Anisa kelu.

" Sebab saya suka dengan family awak. Saya bersyukur sangat mama dengan papa boleh terima orang luar macam saya ni," jawab Anisa tersenyum senang.

" Orang luar apanya? Kau isteri akulah," kata Xaiden selamba. Pada masa yang sama kata-kata Xaiden membuatkan Anisa meremang tanpa sebab. Sebuah rasa yang asing mula menerjah perasaannya ketika itu .

" Awak pula? Tak menyesal kahwin dengan saya?" Soal Anisa pula.

" Tak," jawab Xaiden laju.

" Kenapa?"

" Sebab kau ni lain dari yang lain,"

" Lain dari yang lain? Apa yang lainnya? Saya ni nampak macam alien ker?" Soal Anisa dengan seribu kerutan di dahi. Tanpa disedari soalan polos dari Anisa mampu membuatkan Xaiden ketawa senang.

" Merapulah kau ni. Dahlah, tidur. Esok kita dah nak balik," Xaiden mengusap kepala Anisa dengan senyuman gembira sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.
Anisa pula sudah menahan hatinya yang sudah tidak keruan. Tanpa amaran, wajahnya berubah merah bak tomato kerana perbuatan bersahaja dari suaminya itu.

Anisa mengipas wajahnya yang tiba-tiba terasa panas beberapa kali sebelum turut melangkah masuk ke dalam bilik mereka.

Namun hairan, Xaiden kini langsung tidak kelihatan dimana-mana terutama di atas katilnya.

" Dia keluar kot," Anisa berkata sendiri sebelum duduk di atas sofa, tempat tidurnya.

" Arghhh!" Terkejut Anisa apabila merasakan sekujur tubuh sudah terbaring di atas tempat tidurnya ketika itu.

" Ke...kenapa awak tidur dekat sini?" Soal Anisa kepada Xaiden yang kini sudah berbaring di tempatnya. Takkanlah dekat atas sofa pun dia tak bagi aku tidur?

" Kau tidurlah atas katil malam ni," ujar Xaiden menunjuk ke arah katil namun dalam keadaan mata yang tertutup.

" Tak pelah, itukan katil a-"

" Ishh! Kau tidur jelah. Aku mengantuk ni, goodnight," arah Xaiden sedikit kasar sebelum masuk ke alam mimpinya.

Walaupun begitu, Anisa sudah mengukir senyuman nipis sebelum menghenyakkan punggung di atas katil. Bantal ditepuk beberapa kali sebelum dia meletakkan kepala dan turut ke alam mimpinya malam itu.

Seminggu Kemudian,

Semuanya terasa bagaikan mimpi. layanan baik daripada suaminya itu berakhir pada malam itu sahaja. Sebaik sahaja mereka menjalani kehidupan seperti biasa, hubungan mereka dingin seperti dahulu. Malah lebih teruk daripada sebelum ini.

Namun Erika turut mengalami situasi yang sama. Ini semua terjadi kerana kemasukan tender terbaharu di dalam syarikat mereka yang bernilai beribu berjuta-juta membuatkan mereka bekerja dua kali ganda lebih sibuk daripada sebelum ini.

Yang lagi hairan, sebelumni Xaiden bukan ambil peduli tentang hal syarikat itu. Namun kini dialah yang selalu menghabiskan waktu di pejabat untuk menyelesaikan urusan di dalam 'Xandra Holding'.

Sudah hampir dua minggu mereka langsung tidak bertegur sapa memandangkan kedua-duanya mempunyai urusan dan tanggungjawab sendiri. Xaiden pula selalu pergi awal ke pejabat dan pulang lewat pagi ke rumah. Disebabkan itu, Anisa hanya bertanya pada pembantu peribadi Xaiden untuk bertanya tentang keadaan lelaki itu tanpa pengetahuannya.

Anisa melihat ke arah jarum jam yang kini sudah menunjukkan pada pukul 2 pagi.  

" Ishh! Kenapa dia balik lambat sangat harini?" Baru sahaja Anisa ingin menelefon lelaki itu, pintu rumah mereka dibuka perlahan. Terpacul wajah Xaiden yang sedikit pucat dan lesu.

" Kau tak tidur lagi?" Soal Xaiden apabila Anisa sudah menerjah ke arahnya.

" Saya tunggu awak..." Jawab Anisa risau.

" Kan aku cakap tak payah tunggu a-" kata-kata Xaiden terhenti apabila tubuhnya sudah terkulai ke bawah.

" Xaiden !"

To be continued...

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now