Bab 45 : MENGUJI KESABARAN

97 10 4
                                    

Keesokan harinya,

Anisa memandang pantulan dirinya pada cermin dengan jantung yang berdegup kencang.

" Betul ker apa yang kau nak buat ni?"soal Anisa menahan mukanya yang sudah membahang.

Nemun mengingatkan kembali kata-kata Erika beberapa hari yang lalu membuatkan Anisa memikirkan keputusannya kembali.

Flashback,

" Extreme? Apa maksud kau?" Soal Anisa masih mencerna maksud di sebalik cadangan Erika itu. Nak bawak Xaiden pergi funfair ker?

" Ish... dekat sikit, aku nak bisik," ujar Erika memerlahankan suaranya. Anisa pula hanya menurut memandangkan otaknya maaih mencerna bahasa kiasan Erika sebentar tadi.

"...... Apa!" Anisa memandang Erika dengan mata yang  terbeliak. Terkejut dia setelah mendengar cadangan Erika yang sememangnya extreme dan nakal itu.

" Janganlah terkejut sangat kau ni..." Erika ketawa perlahan memandang wajah rakannya yang semakin memerah di situ.

" Kau gila ker? Aku tak pernah buat benda-benda mengarut macam tulah. Nanti dia kata aku ni betina gatal kau tahu tak?" Marah Anisa namun masih dalam keadaan berbisik.

" Alahh... kau ni isteri dia tau. Dah jadi satu kewajipan untun kau penuhi segala kehendak dia termasuk-"

" Aku tak naklah!" Potong Anisa berkeras.

" Alaa... sekurang-kurangnya kau cubalah," pujuk Erika memuncungkan mulutnya.

" Aku seganlah Erika, lagipun aku dengan dia bukan kahwin atas dasar cinta. Kau tak rasa ker benda tu akan jadi janggal nanti?" Erika terdiam setelah mendengar alasan munasabah dari Anisa. Hmmm.... nanti buatnya Xaiden kata Anisa tu perempuan gila. Tak ker malu dia tujuh keturunan?

" Okaylah... kalau cara macm tu kau taknak, cuba kau berlakon comel? Kau pujuk dia dengan cara yang manja," Anisa memikirkan cadangan Erika yang kedua ini pula. Macam senang...

End flashback.

Jadi itulah yang akan dia pilih, dia akan jadi macam anak kucing malamni. Tengoklah apa reaksi Xaiden agaknya?

Anisa mengikat rambutnya di bahagian atas ala-ala pokok kelapa kecil dan menyarungkan cermin mata yang berbingkai besar bagi menambahkan lagi kecomelan yang sudah semula jadi ada pada dirinya.

Anisa mengikat rambutnya di bahagian atas ala-ala pokok kelapa kecil dan menyarungkan cermin mata yang berbingkai besar bagi menambahkan lagi kecomelan yang sudah semula jadi ada pada dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anisa dengan perlahan-lahan menuju ke bilik Xaiden namun hairan, Xaiden tiada di dalam bilik ketika itu.

Jadi Anisa mengambil keputusan untuk menuju ke ruang tamu bawah. Seperti yang dijangka, Xaiden berada di situ seorang diri sambil menonton televisyen.

" Awak nak air tak?" Soal Anisa lembut sambil berdiri di belakang Xaiden.

" Ikutlah," jawab Xaiden mendatar.

Anisa pula dengan rasa girang di hati terus membuat secawan milo ais untuk suaminya itu. Satu fakta baharu tentang Xaiden, air kesukaan dia ialah milo ais.

Seusai sahaja milo tersebut diletakkan di atas meja, Xaiden terus mencapai cawan tersebut tanpa menghiraukan Anisa yang mengambil tempat di sofa kirinya.

Tanpa berkata apa-apa, Anisa hanya memerhati Xaiden melakukan perbuatannya. Sehinggalah selepas 5 minit, akhirnya Xaiden yang berasa tidak selesa dengan pandangan gadis itu terus memandangnya sekilas.

Alangkah terkejutnya dia setelah melihat cara Anisa berpakaian dan rambut tocang comelnya. Dengan warna pipinya yang sengaja disolek terang dengan warna merah jambu sangat membuatkan Xaiden berasa geram dengan penampilan anisa ketika itu.

Pelik, takkanlah Anisa sengaja berpenampilan begitu demi menambat hatinya?

" Kau tak ada kerja ker?" Akhirnya Xaiden bersuara membuatkan Anisa memandangnya dengan mata yang bersinar.

' Nampaknya cadangan Erika ni betul-betul menjadilah!' Anisa bersorak sendiri sambil tersenyum manis melihat Xaiden yang memandangnya ketika itu.

" Woi! Kau tak ada kerja ker tengok muka aku dari tadi?" Soal Xaiden sebal menghentikan lamunan Anisa.

" Sa-saya tak bawa balik kerja hari ni. Jadi malamni saya nak luang masa dengan awak jer," jawab Anisa lembut dengan wajah polosnya. Mulutnya sengaja dimuncungkan sedikit menambahkan kecomelannya ketika itu.

Terus sahaja Xaiden melarikan pandangannya ke hadapan televisyen semula.

" Awak..." panggil Anisa mengharapkan perhatian daripada lelaki di hadapanya ketika itu.

" Awak...," panggil Anisa lagi dengan wajah yang semakin menunduk. Dia hampa, tak berjayakah misinya kali ini?

Tanpa Anisa sedari, Xaiden sudah lama tersenyum sendiri memerhatinya yang sedang tertunduk bersama mulutnya yang semakin memuncung ke hadapan.

" Awak masih tak boleh maafkan saya lagi ker?" Soal Anisa menahan takungan air ditubir mata. Entah mengapa. Dia tidak dapat menahan perasaan hampanya ketika itu. Dia ni dahlah cengeng sebenarnya. Cuma selalu berlagak kuat di hadapan orang.

Xaiden terus melarikan pandangannya setelah anisa mengangkat kepalanya kembali. Degupan jantung yang sudah berdegup kencang membuatkan dirinya semakin gugup berada berdekatan dengan gadis itu.

" Aku nak naik ataslah," kata Xaiden pantas lalu berdiri untuk beredar dari situ.

" Awak..." Panggil Anisa semakin memuncung sambil menarik tangan Xaiden tanpa dia sendiri sedari.

" Awak tak suka ker saya macam ni?" Soal Anisa tanpa berfikir panjang. Dia sedaya upaya menahan hatinya yang panas mengenangkan sikap acuh tidak acuh lelaki itu terhadapnya sejak dua menjak ini.

" Kau macam mana? Tak ada beza pun," jawab Xaiden mendatar sambil berhadapan dengan wajah Anisa.

" Ish! Sampai hati awak," marah Anisa geram sambil memuncung mulutnya. Wajahnya yang sudah sedia merah bertambah merah.

Dengan hatinya yang sudah menggelegak panas, tangan Xaiden dilepaskan kasar. Anisa sengaja menghentakkan kakinya beberapa kali sebelum memanjat anak tangga ke biliknya.

Dapat didengari pintu bilik Anisa yang sengaja dihempas kasar dari bawah tanda protest.

Xaiden yang masih berdiri di ruang tamu terus memegang dadanya yang sudah rasa hampir meletup sejak tadi. Dia ni memang menguji kesabaran betul lah.

Kalau nak diikutkan, mahu saja dicubit-cubit pipi gebu Anisa ketika itu. Tambahan pula dengan mulut muncungnya apabila Anisa marah, lagi bertambah kecomelannya.

" Sabar Xaiden..." Ujar Xaiden perlahan sambil mengurut belakang lehernya yang meremang semenjak Anisa memegang tangannya sebentar tadi. Semalam pun Anisa sesuka hati sahaja pegang tangan dia. Kalau diikutkan hati...

To be continued...

Maaflah kalau jalan cerita kali ini tidak berapa menarik. Apapun hope korang enjoy dan masih sudi membaca cerita ini sehingga ke penamat. Terima kasih yer...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now