Bab 30 : KUSUT!

106 18 0
                                    

Tiga hari Kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga hari Kemudian,

Anisa menguis makanan di hadapannya. Dia tiada langsung keinginan untuk menjamah apa-apa ketika itu. Terlalu banyak berfikir membuatkan dia tidak dapat fokus melakukan apa-apa langsung terutama sepanjang melakukan kerjanya di pejabat.

" Wei, kau dah kenapa termenung dari tadi? Waktu lunch ni bukan lagi tiga jam tau. Tinggal sepuluh minit jer, makanlah," Anisa hanya tersenyum nipis setelah mendengar teguran Erika, sahabatnya.

" Aku tak seleralah tiba-tiba. Kau nak tak?" soal Anisa menolak pinggannya pada Erika.

" Kau biar betul? Favorite kau ni. Selalunya kau laju jer," senyap, Anisa tidak memberi sebarang reaksi.

" Kau ada masalah lagi ker?"

" Aku tak tahulah nak beritahu kau macam mana..."

" Okay macamni, kalau nak sembang sekarang memang tak sempat. Apa kata, habis kerja nanti kau datang rumah aku kita sembang selama mana yang kau nak. Aku ada," ujar Erika lembut sambil menepuk bahu Anisa. Anisa pula hanya tersenyum setelah mendengar jawapan sahabatnya itu.

" Kau makanlah sikit, kerja kita perlukan minda yang fokus. Kalau kau tak terurus semua benda jadi serabut," pujuk Erika lagi.

" Okay...aku makan sikit eh, demi kau," Anisa menayangkan senyuman manis pada Erika sebagai tanda terima kasih. Erika dialah sahabat sejati yang sudah dianggap sebagai adik-beradik. Erika tidak pernah sesekali mengsia-siakan Anisa walaupun sudah bergelar seorang ibu kini. Semoga persahabatan mereka tidak dapat dipisahkan.

Di rumah Xander dan Erika,

" Sekarangni cerita masalah kau dekat aku. Xander balik lambat sikit harini, Irene pulak aku dah tidurkan tadi. Sekarang masa aku sepenuhnya untuk kau," beritahu Erika sambil menggenggam tangan Anisa erat.

Anisa pula, tanpa membuang masa terus menceritakan masalah yang menimpanya beberapa hari lalu.

Flashback di kampung Anisa,

" Kenapa Mak Su tak bincang dengan Anisa dulu?" soal Anisa Fazira mula berang. Niatnya balik ke kampung untuk merehatkan diri, Bala lain pula yang datang.

" Sebab kau tu sibuk. Lagipun aku tahu dia boleh buat kau tu hidup senang. Kahwin jelah dengan Haji Daud tu," selamba biawak sahaja Mak Su menjawab. Kahwin? Ingat dia ni tak ada perasaan ker?

" Masalahnya, kenapa Mak Su memandai buat keputusan tanpa tanya saya? Sebulan dark sekarang, Mak Su dah desperate sangat ker?" bentuk Anisa lebih dahsyat. Dahlah Haji Daud tu orang tua. Tak nakk!!!

" Kamu jangan nak tuduh Mak Su macamtu yer, semua ni untuk kebahagiaan kamu jugak. Kamu tak sedar ker yang kamu dah nak jadi anak dara tua? Sedar diri tu sikit," jawab Mak Su tegas pula. Anisa mendecit kasar sebelum duduk untuk mengenangkan diri.

" Kenapa tiba-tiba Anisa kena kahwin dengan dia sebenarnya ni?" soal Anisa sangsi. Benda ni tiba-tiba sangatlah. Tak masuk akal.

" Sebab..."

" Sebab apa?" desak Anisa lagi.

" Sebab nak ba-bayar hutang kita dekat dia," jawab Mak Su tersekat-sekat. Terbuntang mata Anisa mendengar agenda sebenar orang tua itu.

" Bukan ker hutang 20 ribu ringgit tu dah langsai berbulan-bulan lepas? Hutang yang mana pula ni?" geram Anisa kali ini. Janganlah keluarganya itu berhutang lagi. Memang tak makan samanlah!

" Itu yang dulu... baru-baru ni sepupu kau si Reza tu berhutang lagi 50 ribu ringgit kalini."

" 50 ribu ringgit?! Ya Allah apa yang dia buat dengan duit sebanyak tu?!" Nadanya kini naik seoktaf. Semua ni memang gila! Dah meminjam berpuluh-puluh ribu dia pula jadi percaturan. Macam drama sungguh hidup Si Anisa Fazira ni.

" Dia buat MLM, sebulan lepastu dia kena tipu. Habis lesap semua duit." Jawab Mak Su pula mula rasa bersalah dan takut mahu memandang wajah bengis anak saudaranya kini.

" Hah baguslah! Sebab nilah Anisa rasa macam tak nak balik kampung langsung. Meminjam pandai! Nak bayar bodoh pulak. Aku yang jadi mangsa!" tengking Anisa hilang sabar. Kalau ada Reza depan mata dia sekarangni, dah lama kena terajang keluar rumah. Jangan balik selagi tak boleh bayar.

Anisa yang tidak dapat menahan amarahnya lagi terus laju melangkah ke dalam bilik dan pintunya dihempas kasar.

Apa nak jadi-jadilah. Dia tak akan sekali-kali kahwin dengan orang tua gatal tu semata-mata untuk bayar hutang jantan tak guna tu.

End Flashback.

...

" Bencinya!!" Jerit Anisa geram. Disebabkan otak dia yang serabut macam dilanda puting beliung, satu kerja pun tak jadi. Stress aja memanjang.

" Sabar Anisa...sabar." Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Erika ketika itu. Kesian pula dia dengan sahabatnya itu, dia sekarangni pun tak tahu nak bagi nasihat apa, besar masalah yang menimpa Anisa kali ini.

" Wei, aku bukan tak nak kahwin. Tapi bukan dengan cara macamni. Apa aku nak buat ni?" soal Anisa buntu. Tanpa disedari, air jernih mengalih perlahan ditubir mata. Dia tak rela dijadikan patung Mak Su lagi. Tidak pernahkah Mak Su melihat pengorbanan yang dibuat selama ini untuk keluarganya itu?

" Janganlah nangis..." pujuk Erika sambil mengelap air mata Anisa yang mengalir semakin deras. Dalam masa yang sama, fjkirannya mula merencanakan sesuatu idea yang gila bagi menyelesaikan dua masalah dalam satu masa.

To be continued...

How? Rasanya korang dah boleh agak kot apa yang jadi, tapi jangan pandang sebelah mata yer. Tunggu dan lihat apa yang berlaku lepasni.

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now