Keesokan harinya,
Xaiden melangkah masuk ke pejabatnya dengan senyuman lebar sehingga para pekerja turut memandangnya takjub.
Duduk sahaja di hadapan meja pejabat, dia terus mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka aplikasi 'WhatsApp'.
Nombor Anisa ditujunya namun dia tidak menghantar apa-apa mesej kepada isterinya itu.
' Nisa tengah buat apa agaknya?' soal Xaiden tertanya-tanya tentang gadis itu. Sedangkan baru beberapa minit sahaja mereka berpisah memandangkan Xaiden sendiri menawarkan diri untuk menghantar Anisa ke pejabat.
" Kau buat apa tersengih sorang-sorang ni?" Soal seorang sedang menyandar panda pintu pejabat Xaiden.
Serta merta wajah Xaiden berubah serius. Tidak mahu dirinya tertangkap sedang angau seorang diri.
" Eleh... kau tak payah nak cover macho sangatlah. Aku tahulah maksud riak muka macam tu," perli Damian.
" Riak muka macam mana? Aku tak fahmlah," soal Xaiden acah tak ada otak.
" Ceh! Reaksi kau tu sebijik macam muka Xander waktu mula-mula kahwin dulu. Angau sampai langit ke tujuh,"
" Ma-mana ada, kau yang melebih. Aku risau jer dekat Anisa tu. Semalam kan dia sakit tapi harini nak juga pergi kerja," Damian sudah tersengih bak kerang busuk melihat Xaiden bagaikan cacing kepanasan sejak tadi. Dah angau tu mengaku jelah. Ego!
" Macam mana kalau kau ajak Anisa dinner?" Saran Damian sambil berjalan menuju ke arah meja Xaiden.
" What for?"Soal Xaiden pelik. Apahal tiba-tiba nak buat dinner date ni?
" Kau jangan tunjuk bod*h kat sini boleh tak? Dah tahu diri tu angau tergila-gilakan bini sendiri. What do you aspect bro?"
" Masalahnya aku memang tak faham maksud kau, cuba straight to the point. Kau ni complicated macam Erika lah," dalam masa yang sama Erika yang sedang berbicara di dalam mahkamah tersedak secara tiba-tiba.
" Confess bro, confess your feeling," Xaiden terdiam mendengar perkara yang keluar dari mulut sahabat ke syurganya itu.
" Kalau kau tak tahu macam mana nak buat, aku boleh tolong," Damian dengan bangganya ingin menghulurkan bantuan membuatkan Xaiden bertambah sangsi.
" Okay," satu perkataan sahaja membuatkan Damian excited manakala Xaiden sudah tidak keruan jadinya.
' Aku nak confess? Anisa terima ker?' soalan itu mula berlegar di dalam mindanya.
...
Anisa melihat pantulan dirinya di dalam cermin dengan perasaan bangga.
" Baju ni memang cantik," empat patah perkataan yang dapat membuatkan hatinya jadi tidak keruan. Kenapa? Sebab dia tak pernah sangka Xaiden akan buat perkara sebegini.
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...