Bab 35 : BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA

123 18 0
                                    

" Nah, awak kena datang tau," Anisa menghulurkan sekeping sampul dengan senyuman manis kepada Julia, PA setianya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Nah, awak kena datang tau," Anisa menghulurkan sekeping sampul dengan senyuman manis kepada Julia, PA setianya.

" Surat apa ni Cik Anisa?" soal Julia seraya membuka sampul surat itu.

" Cik Anisa dah nak kahwin? Congratulations!" Julia bersorak keriangan lalu memeluk Anisa erat.

Anisa pula hanya membalas pelukan Julia dengan tawa kecil. Tak sangka Julia akan teruja sampai macamtu sekali.

" Tapi Cik Anisa tak pernah bagitahu apa-apa pun tentang bakal Suami Cik Anisa, tiba-tiba dah nak kahwin dah. Minggu depan pulak tu," Julia melihat tangan di dada dan sengaja memuncungkan mulut tanda protes.

" Alololo, janganlah merajuk. Kalau saya nak awak jadi pengapit saya awak terima tak?" pinta Anisa sejurus membuatkan wajah Julia berubah ceria kembali.

" Mestilah setuju! Tapi Puan Erika tak kisah ker saya jadi pengapit Cik Anisa nanti?"

" Tak apalah, Erika kan dah berbadan dua. Menyusahkn dia jer nanti," jawab Anisa.

" Yelah kan, tapi bila saya baca balik, nama bakal suami Cik Anisa ni macam familiar sangat, saya kenal ker?" Anisa tersenyum nipis setelah mendengar soalan yang diajukan itu.

" Dia adik Ariq Xander, salah seorang pewaris Xandra Holding," jelas Anisa.

" Patutlah! Dialah yang pernah redah office Cik Anisa sebelumni kan?" soal Julia lagi dan Anisa hanya tersenyum kelat. Betullah tu, dialah lelaki yang menghuru-harakan hidupnya hingga kini. Tak sangka dia berjodoh dengan lelaki itu, rahsia tuhan tidak dapat disangkal.

...

Akhirnya, hari yang dinanti sudah tiba, Anisa memandang wajahnya yang sudah siap disolek oleh Mak andam melalui pantulan cermin.

Entah mengapa, walaupun perkahwinannya bukan kerana cinta, debaran di dada nasib dirasakan tanpa alasan yang kukuh. Kenapa dia berdebar? Adakah kerana dia sudah mula mencintai lelaki itu ataupun dia masih meragui keputusannya sendiri untuk meneruskan semua ini?

Namun tiada apa lagi yang boleh dilakukan, inilah jalan yang dia telah pilih. Sebelum ini pun, dia pernah menunaikan solat sunat istikharah bagi menemui petunjuk dan kali ini dia mesti yakin dengan keputusannya.

" Pengantin lelaki dah sampai," beritahu Julia selaku pengapit dari hadapan pintu biliknya. Untuk pengetahuan semua, majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung Anisa, iaitu rumah Dahlia, ibu saudara Anisa.

Ini semua di atas permintaan Dahlia sendiri untuk mengadakan majlis pernikahan di kampung memandangkan majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur.

Sewaktu Anisa melangkah keluar dari bilik, kelihatan para tetamu yang terdiri daripada keluarga pihak lelaki memandang Anisa dengan senyuman manis. Dan Arif Xaiden yang memandangnya sendiri turut berasa terpegun dengan kecantikan Anisa walaupun umurnya sudah hampir 30-an.

Mata Xaiden dan Anisa bertaut seketika sebelum tok kadi menghulurkan tangan bagi memulakan lafaz akad.

" Arif Xaiden bin Muhammad Akim, aku nikahkan dikau dengan Anisa Fazira binti Taufiq dengan mas kahwinnya sebanyak tujuh ratus ringgit tunai,"

" Aku terima nikahnya Anisa Fazira binti Taufiq dengan mas kahwinnya sebanyak tujuh ratus ringgit tunai,"

" Sah!" Sebut beberapa orang saksi . Semua orang sudah pun menadah tangan untuk mengaminkan doa. Dengan sekali lafaz, Anisa dan Xaiden sudah sah bergelar suami isteri.

" Selamat datang ke dalam keluarga kami," ucap Puan Sri Melissa seraya memeluk menantu baharunya, Anisa Fazira.

" Terima kasih mama," jawab Anisa lembut

Erika turut memeluk Anisa erat sebelum sesi pembatalan air wudhu' dan penyarungan cincin dijalankan.

" Alisa ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' pada kamu berdua dan dia mintak maaf sebab tak dapat hadir pada hari bermakna kamu berdua harini," Puan Sri Melissa menyampaikan pesanan daripada anak bongsunya Alisa Xarra buat kedua raja sehari itu.

" Tak apa, Alisa dah kirimkan ucapan untuk kami pun dah cukup baik," jawab Anisa dengan senyuman yang berseri-seri.

" Elehh, apalah yang dia sibuk sangat sampai Arif kahwin pun tak dapat balik?" jawab Arif Xaiden pula dengan wajah mencuka.

" Apa bezanya dengan kau? Dulu waktu aku kahwin kau tak balik pun, Alisa yang ada masa tu," bidas Xander mengingatkan kejadian tujuh tahun yang lalu.

' Tak habis-habis mengungkit,' bentak Xaiden di dalam hati.

" Alah Arif, mama tahulah kamu rindukan adik kesayangan kamu tu. Tapi nak buat macam mana, ada perkara yang belum selesai dekat sana katanya. Jadi tak sempatlah dia balik," usik Puan Sri Melissa dengan ketawa kecil.

" Mana adalah," jawab Xaiden agak sentap membuatkan yang lain turut mentertawakannya ketika itu.

Pada waktu malam,

Selesai sahaja menunaikan solat isyak, Xaiden terus menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Namun dia haya menukar siaran televisyen berulang-ulang kali akibat terlalu kebosanan. Hanya dia yang berada di situ sedangkan yang lain banyak meluangkan masa di dapur.

Disebabkan Xander dan Erika sudah pulang ke Kuala Lumpur sejam yang lalu, semakin bertambah kebosanan yang dilalui Xaiden ketika itu.

Beberapa minit kemudian, datang  seseorang melabuhkan punggungnya di sebelah Xaiden.

Melihatkan gerangan yang berada di sebelahnya, Xaiden terus bangun dan ingin melangkah pergi. Dia tidak betah berada dekat dengan ibu saudara Anisa itu, Mak Su. Kenapa? kerana sikapnya yang sudah sedia maklum.

Xaiden sudah tahu sedikit sebanyak perihal isterinya sebelum ini. Dia juga tahu bahawa Mak Su seorang yang mementingkan diri, suka ambil kesempatan dan mata duitan. Semua sifat cliche yang ada macam dalam drama Melayu sekarangni.

" Xaiden dah nak tidur ker?" soal Mak Su lembut.

" Haah, dan jangan panggil aku Xaiden. Aku tak suka," tegas Xaiden tanpa memandang ke arah perempuan separuh abad itu.

" Ouhh, Mak Su mintak maaf. Habistu Mak Su nak panggil kamu apa?" soal Mak Su nya lagi masih lembut intonasinya.

" Panggil aku Arif," jawab Xaiden sepatah.

" Lagi satu, aku tak nak kau menyusahkan hidup Anisa lagi lepasni. Pasal anak kau yang menganggur tu, aku boleh carikan dia kerja dan dia yang akan sara hidup kau lepasni. Setakat nak tanggung hidup dua orang, takkanlah sampai lima ribu sebulan," tegas Xaiden berbaur sindiran kepada Mak Su. Seperti yang dijangka, wajah Mak Su sudah berubah merah ketika itu.

Namun Xaiden hanya beriak selamba lalu meninggalkan Mak Su yang masih memandangnya tajam sejak tadi.

To be continued...

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now