" Assalamualaikum!" Anisa menutup pintu rumahnya dengan debaran di dada.
Kerana tiada sesiapa yang menjawab salamnya itu, matanya terus meliar mencari seseorang tetapi masih tidak dijumpai.
" Maybe dia buat kerja dekat atas," bicara Anisa pada dirinya sendiri. Tanpa membuang masa, kaki diatur ke tingkat atas untuk dia membersihkan diri.
1 jam kemudian,
Anisa yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib terus turun ke tingkat bawah untuk memasak hidangan makan malamnya bersama Xaiden.
Walaupun batang hitung suaminya itu masih belum kelihatan sejak tadi, Anisa cuba untuk berfikiran positif dan menganggap seperti tiada apa yang berlaku.
Akhirnya, baru sahaja Anisa selesai memasak mi goreng untuk makan malam mereka, susuk Xaiden kelihatan turun dari tingkat atas. Namun dia mula berasa hairan apabila melihat cara pemakaian Xaiden yang kemas tersarung jaket kulit hitam.
" Awak nak keluar ker?" Soal Anisa tanpa teragak-agak. Dan jangkaannya tepat, ketika itu Xaiden sudah mencapai sepasang kasut dari dalam rak.
" Aku balik lambat. Kunci pintu," itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Xaiden. Soalan Anisa sengaja dibiarkan sepi sebelum bergegas keluar dari rumah.
Anisa yang tidak sempat berkata apa-apa hanya mengeluh sendiri. Nampaknya benar jangkaannya sebelum ini. Xaiden betul-betul terasa hati kerana kejadian yang berlaku malam semalam. Nampaknya susahlah nak pujuk lelaki hati batu macam Xaiden ni. Nasib-nasib...
"Habistu? Aku kena makan seoranglah ni?" Sejenak mi goreng yang sudah terhidang dipandang dengan perasaan kecewa.
...
Anisa memandang ke arah jam dinding dengan perasaan gusar. Melihat pada jam yang kini menunjukkan pukul 12 malam, Anisa menyelak langsir dari ruang tamu mengharapkan kepulangan si dia.
" Ish! Tak ingat jalan balik ker macam mana?" Sebal Anisa sendiri.
Jam kini berubah pada pukul 1:30 pagi pula. Kerana penantian yang tidak berpenghujumg, Anisa berputus asa untuk menunggu lebih lama. Dia bukannya tidak bekerja, banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian daripada menunggu Xaiden pulang bagai menunggu buah yang tak gugur.
Soal rajuk Xaiden itu esoklah dia fikirkan. Jika dikira, hampir sepuluh kali dia menguap menahan matanya yang sudah berat. Belum lagi diambil kira dengan lelahnya bekerja sehari suntuk.
Tanpa membuang masa, Anisa memanjat anak tangga ke tingkat atas dan laju menuju ke dalam bilik tidurnya. Mujurlah dia sudah menunaikan solat isya'. Sekarang dia hanya perlu meletakkan kepala di atas bantal. Selepas beberapa saat, Anisa Fazira sudah lelap dibuai mimpi.
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...