Bab 12 : BAKAL MENANTU

166 31 1
                                    

" Good morning Arif," Tegur Tan Sri Aryan sambil menikmati sarapan pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Good morning Arif," Tegur Tan Sri Aryan sambil menikmati sarapan pagi.

" Morning papa. Wow! Mama masak nasi lemak pagini?" Tanpa berlengah, satu senduk nasi dicedokkan ke dalam pinggan dan semua lauk wajib untuk nasi lemak dihidang di dalam pinggan.

Selepas membaca doa, terus disuapkan nasi lemak selamat ke dalam mulutnya. Dia Islam eh, masih tahu baca doa. Walaupun perangai dia kadang-kadang hmmm....hanya pembaca dan author yang tahu.

" Bukan mama yang masak kalini. Tetamu kita yang masak," beritahu Puan Sri Melissa lalu mengambil tempat di sebelah Tan Sri Aryan.

" Tetamu?" Xaiden mengangkat keningnya tanda tidak mengerti. Tetamu yang masak breakfast kat rumah dia? Apahal pulak? Kat rumah dia tak ada dapur sendiri ker nak masak?

" Yelah, semalamkan Anisa tidur rumah kita," Jawab Puan Sri Melissa lagi.

" Ouhh..." mata Xaiden terus meliar di segenap ruang dapur.

" Anisa tak ada, dia terus balik lepas siap hidang semua ni," Xaiden berdehem sedikit menghilangkan rasa canggung.  

" Ma..mana ada Arif cari dia. Arif cari Ariq dengan kak Erika."

" Bila masa mama kata kamu cari Anisa?" Fuh! Panas punggung Si Xaiden itu dibuatnya. Tan Sri Aryan pula sudah ketawa melihat reaksi Arif Xaiden yang seperti cacing kepanasan ketika itu. Hahahagagaga!!

" Tapikan, mama berkenanlah dengan Anisa tu. Sesuai sangat nak dijadikan menantu,"

" Seriously? Abang takkan terimalah Anisa tu, diakan dah ada Erika," jawab Xaiden mengikut akal logik.

" Eh, kenapa pula dengan Arif? Kamu kan ada," tersedak Xaiden mendengar usikan maksima dari mamanya. Tan Sri Aryan pula sudah tersengih melihat reaksi anak terunanya seorang itu. Terciduklah tu!!

Jadi korang dah tahulah kan dari mana si tiga beradik tu dapat perangai suka mengusik? Okay sebenarnya Xaiden ni jer yang kena tempias lebih sikit. Yang lain boleh dibendung lagi.

" Ariq dengan Erika dah pergi kerja ker?"  Xaiden menukar topik.

" Belum. Tapi kami dah lambatni," sampuk Xander diiringi Erika yang tergesa-gesa turun dari tingkat atas.

" Eh, tak nak breakfast dulu ker?" soal Tan Sri Aryan.

" Tak sempatlah papa,"

" Erika pun, harini ada meeting penting dengan client baru," ujar Erika juga sambil menyalam tangan kedua mertuanya.

" Hah Xaiden, free kan harini?" soal Erika dengan penuh pengharapan.

" Tak, aku ada battle PUBG dengan Mark harini." Selamba babun dia menjawab. Yang lain pula sudah memandangnya tajam.

" Haihh...yelah. Aku melawak jer," takut ker Pak Cik? Yelah, jelingan maut Puan Sri Melissa tu macam ular tedung tau. Akutnyeerr!!

" Kalau macamtu, kau tolong bagi beg ni dekat Anisa boleh?" soal Erika menghulurkan sebuah beg kertas kepadanya.

" Kenapa aku pulak?" soal Xaiden sebal. Dia pun dah naik muak nak tengok muka perempuan tu setiap hari. Siapa suruh dia jadi driver tak berbayar Anisa sebelumni? Anisa tu pun nak muntahlah mengahadap muka dia!!

" Sebab kau kan hub-"

" Okay! Aku hantar," potong Xaiden dengan wajah terpaksa. Korang rasa Erika tu nak cakap apa? Siapa boleh jawab dapat 50 sen. Hihihi

" Okay...thank you so much. Lagi satu, bagitahu dia kalau ada apa-apa masalah contact jer aku. Sebab, aku rasa dia tu memang ada-"

" Okay apa-apa jelah. Kau kata dah lambat nak meeting,"

" Yelah! Okay bye semua!" beberapa minit kemudian, Erika hilang dari pandangan semua termasuk author dan reader sekalian. Korang memang tak nampak pun kan? Betullah tu.

" Sebab apa Arif yang kena hantar?" soal Puan Sri Melissa hairan.

" Sebab...eh mama. Arif pun kena pergi office lah sekarang," cepat-cepat tangan mama dan papa disalamnya sebelum keluar dari rumah.

" Papa tak rasa Arif tu pelik ker?" soal Puan Sri Melissa tidak berpuas hati.

" Apa yang peliknya? Tak nampak macam gila pun. Sihat lagilah tu," balas Tan Sri Aryan malas.

'Ish orang tua ni, Ada yang kena backhand kang!' Puan Sri Melissa mendecit geram. Tapi dia memang rasa Arif Xaiden the nampak lain, something fishy huh?

...

" Yer Mak Su, petangni jugak Anisa bank in duit dalam account. Anisa sibuklah sekarangni, sabar yer. Bye...
Assalamualaikum." Talian dimatikan serta-merta. Di suatu sudut,  Anisa memicit pelipisnya dengan keluhan. Boleh gila jadinya kalau kena desak macamni setiap hari. Stress!!

Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang, dia dikejutkan dengan seseorang yang sudah terpacak di belakangnya.

" Macam mana Tuan Arif boleh ada dekat sini?" Soal Anisa hairan. Dekat mana dia ada mesti mamat tu ada sekali.

" Kenapa? Tak boleh ker aku ada dekat sini?" Soal Xaiden sedikit sarkastik.

" Eh, saya tak maksudkan macamtu.  Cuma saya pelik  sebab sekarangni Tuan Arif ada dekat office saya." Xaiden terdiam terus sejurus mendengar jawapannya Anisa. Buat kali kedua, dia terciduk lagi. Muahahaha!!

" Aku datang nak jumpa kau," jawab Xaiden selamba.

" Hah?" Anisa pula bertambah hairan. Dia ada buat apa-apa kesalahan lagi ker kalini? Apa pulak otak di bijak tu kenakan adik ipar dia ni?' Soalan itu mula bermain di dalam benaknya.

" Aku nak bagi barangni. Erika suruh bagi, kalau nak diikutkan, Aku tak hingin pun jejak kaki dekat sini." Anisa hanya memandang lelaki di hadapannya jelek sambil mencapai beg kertas itu kasar. Poyo nak mampus! Pergi mampuslah! Menyampah tengok muka kerek dia tu.

" Terima kasihlah sebab sanggup JEJAK kaki dekat office saya ni. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu yer." Anisa meminta pamitan. Dia tidak betah berlama di situ.

" Anisa." Panggilan Xaiden menghentikan langkah Anisa dan cepat sahaja gadis itu berpaling semula.

" Kalau kau ada masalah jangan segan bagitahu aku." Beritahu Xaiden tidak lancar.

" Pardon?"

" Erika, Erika yang pesan." Sambung Arif Xaiden membetulkan percakapannya.

" Ouhh okay thank you again. Kirim salam semua." Anisa menghadiahkan senyuman manis sebelum berlalu pergi. Xaiden pula terkaku sendiri memproses kata-katanya tadi.

" Dah kenapa aku ni?" Xaiden menggeleng sendiri.

To be continued...

Haii! Sorry sangat sebab dah lama juga Author menyepi. Biasalah sibuk seorang pelajar sekolah menengah. Apapun, author akan cuba update bila ada kelapangan Insya Allah. Korang jangan berhenti membaca yer, bye2 Sayonara!!

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now