" Ish! Aku dah pakai comel-comel dia kata tak ada beza pun? Sakitnya hati!"
Anisa menumbuk batalnya geram." Ouhh, kau nak tengok sangat apa beza yang aku boleh buat kan? Kau tunggulah esok," pada masa yang sama, pandangan Anisa tertunpu pada sehelai dress pendek berwarna putih dan bercorak biru yang sedia tergantung pada hadapan pintu almari biliknya dengan senyuman nakal.
" Siaplah kau Xaiden,"
Malam keesokan harinya,
Anisa tersenyum sinis. Dia sedang mengoles lipstick berwarna parisian red sambil menyanyi sendiri.
Dilihat pantulan dirinya di hadapan cermin dengan senyuman puas hati. Tak ada beza kan? Kalini kita tengok ada beza lagi tak?
Langkah kaki diatur menuju ke tingkat bawah. Sebenarnya Xaiden masih belum pulang dari kerja, jadi Anisa mengambil peluang untuk memasak makanan kegemaran Xaiden. Macam mana dia tahu? Ma'am besar kan ada...
Walaupun Anisa pada mulanya mengelak untuk menggunakan cara ini, tetapi dia perlu mengambil langkah drastik sebelum masalah ni berlarutan panjang. Dia kena selesaikan!
30 minit kemudian,
Xaiden POV,
" Assalamualaikum, " Xaiden memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.
" Waalaikumussalam..." suara lembut yang kedengaran dari dapur menarik perhatian Xaiden untuk ke sana. Namun sesampai sahaja dia di sana, susuk tubuh seseorang dari belakang membuatkan jantungnya mula berdegup kencang.
" Lambat awak balik harini, malamni kita makan sama-sama tau. Saya masak special untuk awak," ujar Anisa beriak biasa.
Xaiden hanya berdiam. Dia hanya berdiri seperti patung cendana di hadapan meja makam. Matanya pula masih terpaku memandang Anisa dari atas sehingga ke bawah.
' Cantiknya!'
" Awak? " Panggilan dari Anisa mematikan lamunannya. Mata yang sedari tadi tertumpu pada Anisa beralih pula ke hidangan yang dihidang di atas meja.
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romantik⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...