' Tok! Tok! Tok'
" Alisa, jom makan tengah hari, mama masak lauk favorite kamu tau. Ketam Masak Lemak Cili Api,"
panggil Puan Sri Melissa dari luar bilik puteri bongsunya Alisa.Sudah seminggu dia bersikap begini. Setiap hari dia hanya akan menyentuh sarapan pagi sahaja.
Jika ditanya mengapa, jawapannya hanyalah satu. Penat. Ya, dia faham bahawa Alisa baru sahaja pulang dari Jepun dan sekarang ialah peluang untuknya berehat selama yang dia mahu. Namun nalurinya berasa ada sesuatu yamg tidak kena dengan anak gadisnya itu.
Sikapnya berubah terlalu mendadak setelah pulang dari Jepun. Adakah sesuatu yang buruk terjadi kepadanya selama di negara Matahari terbit itu?
Akhirnya setelah hampir 5 minit Puan Sei Melissa memujuk, pintu bilik Alisa dibuka perlahan.
" Kamu tak apa-apa Alisa? Mama risaulah," ujarnya lembut.
" Alisa okay jelah mama, jomlah makan. Dah lama Alisa tak makan Ketam Masak Lemak Cili Api yang mama buat. Rindu..." jawab Alisa dengan secalit senyuman manis sebelum laju sahaja turun ke tingkat bawah.
Puan Sri Melissa hanya memandang anaknya itu dengan senyuman kesyukuran. Walaupun dia pasti masih ada yang disembunyikan gafis itu, dia berjaya membuatkan Anisa keluar dari terkurung lama di dalam bilik.
Di meja makan,
" Alisa dah seminggu balik Malaysia, tapi kamu tak beritahu abang-abang kamu lagi kan?" Soal Puan Sri Melissa memecahkan kesunyian di meja makan.
" Yelah mama, Alisa lupa pula. Nantilah Alisa bagitahu diaorang," Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum kelat.
" Anak papa ni okay ker? Kamu nampak pucat jer sejak balik haritu," dengan serta merta, pandangan Alisa beralih pada Tan Sri Aryan yang berada di sisinya.
" Alisa penat sikitlah, tapi Alisa okay jer. Jangan risau okay..." Alisa menjawab dengan senyuman lebar agar mama dan papanya tidak terlalu risau dengan keadaannya.
" Memandangkan kamu tak bagitahu sesiapa yang kamu dah balik, kita buat surprised nak tak?" Soal Puan Sri Melissa teruja.
" Surprised apa pula sayang ni?" Soal suaminya tidak mengerti.
" Kita ajak Xander dengan Xaiden makan malam. Lagipun saya dah lama tak jumpa mereka. Rindu pula dengan cucu, menantu kita," jelas Puan Sri Melissa.
" Jadi kamu Alisa, tak payah beritahu diaorang yang kamu dah balik. Nanti kita bagi kejutan dekat diaorang,"
" Okaylah kalau macamtu," Alisa hanya menayang senyuman manis.
" Bila mama nak buat family dinner tu?" Soal Alisa pula.
" Hujung minggu nilah. Memandangkan cuti hujung minggu, boleh ajak diaorang tidur sekali." jawab Puan Sri Melissa Laju. Yang lain pula hanya mengangguk setuju. Namun pada masa yang sama, Alisa menggenggam tangannya resah di bawah meja makan.
...
" Wei kau dengan Xaiden macam mana?" Soal Erika sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tidak disangka, soalan Erika itu terus menghentikan lamunan Anisa sejak mereka duduk di hadapan meja makan untuk waktu lunch mereka.
" A-Aku okay jer," jawab Anisa teragak-agak.
" Kau okay? Habis tu Xaiden okay tak?" Soal Erika apabila terhidu sesuatu yang dirahsiakan oleh sahabat baiknya itu.
" Hmmm... dia merajuk dengan aku," jawab Anisa lemah.
" Xaiden merajuk? Kau biar betul? Dia tu hati keras tau. Takkanlah nak merajuk macam budak-budak," Erika yang sedikit terkejut dengan jawapan Anisa itu terus memproses kesahihan yang sedang berlaku ketika itu.
" Korang berdua dah confessed each other ker?" Soal Erika dengan senyuman yang tidak dapat ditafsir.
" Confess apa? Aku yang confused dengan soalan kau ni,"
" Okay cuba kau cerita sebab apa Xaiden tiba-tiba merajuk dengan kau? Mesti sebab big problem kan?" Tebak Erika sendiri. Anisa pula hanya menayangkan senyuman kelat kepada Erika Airien.
" Cerita dia macam ni..."
5 minit kemudian...
" Kau biar betul? Sebab kuali pan jer dia merajuk dengan kau sampai tiga hari?" Erika yang masih tidak dapat mencerna alasan sebenar disebalik masalah ini hanya menggeleng tidak percaya. Pelik sungguh perangai adik iparnya yang seorang itu. Sejak bila ada perkataan merajuk dalam kamus hidup dia?
" Ish! Betul lah aku cakap," ujar Anisa dengan wajah yang serius.
" Hmmm yelah. Habistu kau tak cuba pujuk dia?"
" Aku dah pujuk dah, dah mintak maaf sangat-sangat dah. Tapi satu habuk pun dia tak nak dengar. Kami tak pernah makan bercakap sejak kejadian tu," luah Anisa sebal. Otak dia sudah hampir pecah memikirkan cara lain untuk melembutkan hati Arif Xaiden yang keras seperti Gunung Everest itu.
" Hmmm... aku rasa kau kena cuba cara yang extreme sikit untuk tawan hati dia," Erika yang sudah memikirkan sesuatu yang extreme tersebut terus memandang Anisa dengan pandangan yang nakal.
" Extreme? Apa maksud kau?"
To be continued...
Rasanya apa yang terjadi pada Alisa? Apa pula cara extreme yang dimaksudkan oleh Erika tu? Kalau nak tahu tunggu untuk bab seterusnya okay... Sayonara!
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...