Bab 10 : HARI TERAKHIR

168 34 0
                                    

Arif Xaiden memandang jam ditangannya berulang-ulang kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arif Xaiden memandang jam ditangannya berulang-ulang kali. Pelik, selalunya Anisa ni balik pukul 6 petang, tapi sekarang dah berganjak ke pukul 7:30 petang.

Disebabkan dia dah tak tahan menunggu dalam kereta sampai sejam setengah terus sahaja dia mengambil keputusan untuk ke pejabat Anisa sendiri.

Sejam setengah kot! Kalau orang lain tu, dia tinggal jer. Tak payah balik terus, padan muka!

"Tok!Tok!" Pintu pejabat Anisa yang diketuk menghentikan kerjanya.

"Siapa?" soal Anisa pelik. Pukul 7:30 ada orang yang tak balik lagi ker? Tiba-tiba pula kepalanya terbayang perkara tak elok yang akan berlaku tapi dibuangnya jauh-jauh.' think positive Anisa!' Anisa Cuba menenangkan hatinya.

Setelah pintu dibuka perlahan, terpacul wajah mamat mangkuk jamban yang sentiasa menghantuinya kini. Eh jap.

'Alamak! Aku lupa nak bagitahu dialah yang aku balik lambat harini!' Anisa sudah membayangkan apa yang akan berlaku padanya selepas ini. Dengan raut bengis lelaki itu dihadapannya memang habislah dia...

"Sorry Tuan Arif!! Saya betul-betul terlupa nak inform tuan awal-awal. Harini Saya kena stay dekat office sebab ada kerja penting yang nak disiapkn esok," tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu menambahkan lagi rasa bersalahnya.

"Banyak sangat ker kerja kau sampai nak kena stay sini?" akhirnya setelah lama berdiam, soalan itu yang keluar dari mulut Xaiden.

"Hmmm... sebab tulah saya tak nak cuti panjang-panjang. Mulalah kerja tak menang tangan macamni," luah Anisa.

Xaiden hanya menayangkan wajah biasa, tanpa dijemput, selamba sahaja Xaiden mengehenyakkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Anisa.

"Kau buatlah kerja, aku tunggu," Anisa memandang Xaiden tidak percaya. Seriously dia sanggup tunggu aku?!

"Erhh awak baliklah dulu. Saya nak siapkan sikit jer lagi,"

"Habistu macam mana kau nak balik?" soal Xaiden memerangkap. Anisa pula tersenyum kelat mendengar soalan itu. Yelahkan? Macam mana dia nak balik?

"Hmmm... saya bawa balik rumah jelah. Jom kita balik sekarang," ajak Anisa laju mengemas fail-fail penting untuk dibawa pulang. Dengan suasana sepi ni nak berdua-duan dalam office dia? Memang tak lah! Dia sanggup bersengkang mata dekat rumah seorang diri.

"Okay then," Xaiden malas mahu bertanya lebih. Dia nak balik kira baiklah tu. Dia pun tak suka duduk dalam keadaan macamni.

...

Anisa menguap luas menahan ngantuk yang hampir bermaharaja lela. Belakang tengkuknya diurut beberapa kali untuk menghilangkan ngantuk, tetapi diisebabkan terlalu ngantuk, dia bangun ke dapur untuk membuatkan segelas kopi. Orang nak berjagakan kebanyakannya minum kopi atau nescafe...

Sedang dia mengacau air kopi supaya melarut, Anisa teringat pula akan kejadian yang berlaku semasa perjalanan Xaiden menghantarnya ke rumah.

Flashback,

"Hujung bulan ni, Erika dengan Xander Ada buat birthday party untuk Zalikha Irene," beritahu Xaiden memecahkan kesunyian malam.

"Saya tahu, Erika dah beritahu saya awal pagi lagi," jawab Anisa bersahaja. Mestilah dia antara orang terawal yang akan tahu!

"Kau nak bagi hadiah apa dekat budak manja tu," sengaja Xaiden menanyakan soalan sebegitu agar dapat berbual dengan Anisa. Kalau senyap jer tak ada bezalah dengan dia balik sorang-sorang.

"Tak tahu lagi. Nanti saya fikirlah," lambat-lambat soalan itu dijawab.

"Aku dengar kau jadi pengapit waktu majlis perkahwinan Aaron. Betul ker?" soal Xander menukar topik.

"Yer, saya dah lama kenal Laila tu, orang kampung saya jer." jelas Anisa laju, dia pun tak suka sunyi sepi jer. Kalau dia tertidur lagi masalah.

"Tak tanya pun semua tu," jawab Xaiden selamba biawak dia. Anisa memandang Xaiden menyampah. Bilalah nak sampai rumah aku ni. Bukan apa, takut ada yang makan heels nanti.

Tidak lama selepas itu, suasana menjadi sunyi kembali. Xaidenlah yang spoil situasi, hah sekarang dua-dua duduk merenung masa depan jer.

"Harini last aku jadi driver kau," bicara Xaiden tiba-tiba. Sengaja dia ingin melihat reaksi gadis itu. Manalah tahu Anisa sedih ker, bolehlah dia tumpangkan Anisa lagi sebulan. Eh?

"Saya tahu. Mula minggu depan saya dah boleh drive baliklah," jawab Anisa semakin teruja.

"Sebab apa kau ada PTSD eh?" soal Xaiden tanpa berselindung. Dah lama dia nak tahu. Sekarang dah ada kesempatan dia tanya jelah.

Anisa memandang lelaki di sebelahnya tidak percaya. 'Macam mana Xaiden boleh tahu pasal penyakit aku?' Gumam Anisa mula berubah riak.

"Aku tahu melalui doktorlah," jawab Xaiden selamba.

Anisa terus memandang Xaiden tidak berkelip. Macam mana Si Xaiden nii boleh tahu apa yang dia cakap pulak ni? Dia boleh baca pemikirang orang lain ker? Akutnyaaa!!!

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" soal Xaiden menghentikan lamunan gadis itu. Xaiden hanya menahan sabar mengenangkan perangai Anisa Fazira yang suka termenung waktu orang bercakap. Selamat tak lepas limit kesabaran dia lagi! Kalau tak dah dihalaunya keluar, Tak pun potong jer lidah tu terus alang-alang tak nak cakap kan?!

"Saya ada sebabnya. Lagipun Tuan Arif tak perlu tahu pun hal peribadi saya," jawab Anisa Fazira mula dingin. Baginya tiada sesiapa yang patut tahu tentang kisah silam yang dia ingin lupakan.

PTSD, penyakit itulah yang hampir memusnahkan hidupnya berpuluh tahun dahulu. Sekarang setelah penyakit itu mampu dilawannya, akhirnya dia dapat merasakan kehidupan normal seperti orang lain. Tetapi kejadian baru-baru ini pula telah menunjukkan sisi lemahnya yang tidak diketahui sesiapa termasuk Erika Airien.

Jujur, dia sangat bencikan kehidupan sebegitu.

Biarlah ianya menjadi sejarah seorang Anisa Fazira.

To be continued...

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now