Anisa dan Xaiden hanya berdiam sejak kejadian memalukan yang berlaku semasa makan malam mereka tadi.
Anisa yang masih tidak dapat melupakan kejadian sebentar tadi menahan tawanya sambil membuang pandangan ke luar.
Tidak disangka Xaiden bertindak menutup telinganya secara tiba-tiba semasa mereka sedang menari. Kesian Xaiden, mesti dia malu tujuh keturunan. Itulah orang kata, bukan semua kawan berguna.
Sesampai sahaja mereka di rumah, Anisa terus menerobos ke dalam biliknya untuk membersihkan diri meninggalkan Xaiden di ruang tamu sendiri.
30 minit kemudian, Anisa yang sedang menyisir rambutnya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
Sebaik sahaja pintu dibuka, terpacul wajah Xaiden yang sedang berdiri di hadapan pintu sambil memeluk bantal.
" Hmmm... Arif nak..."
" Nak apa?" Potong Anisa apabila Xaiden sejak tadi terkebil-kebil di hadapan pintunya.
" Arif nak tidur dalam bilik Anisa," Anisa tidak berkata apa-apa. Hanya pintu bilik dibuka luas untuk menandakan dia bersetuju.
Arif terus tersenyum suka. Namun dia terus menuju ke sofa bilik Anisa membuatkan Anisa memandangnya pelik.
" Kenapa Arif tidur atas sofa?"
" Kenapa? Tak boleh ker? Nak tidur dekat mana kalau macam tu?" Anisa menepuk dahi. Sejak bila suami dia jadi malu-malu kucing macam ni?
" Ouhhh, ingatkan Arif nak tidur dekat atas katil dengan Nisa. Kalau tak nak tak -" belum sempat Anisa menghabiskan ayatnya, Xaiden sudah melompat ke atas katil seperti kanak-kanak riang.
" Arif tidur dulu yer, Nisa nak buat kerja sikit," ucap Nisa lembut sambil menuju ke meja kerjanya. Namun wajah Xaiden pula berubah keruh.
" Tak nak! Arif nak tidur dengan Nisa. Tak apalah Arif tunggu," Dalam diam Anisa sudah tersipu malu mendengar kata-kata Arif yang berbaul rengekan.
1 jam kemudian, Anisa menutup laptop dan mengemas fail kerjanya sebelum naik ke atas katil. Ketika itu, terpampang wajah Xaiden yang sudah terlelap kerana menunggunya.
Anisa menyentuh perlahan seluruh wajah kacak suaminya sambil bercakap sendiri.
" Hmmm... handsome lah suami aku ni. Tapi perangai jer kadang-kadang." Anisa terhenti lalu ketawa perlahan." Kadang-kadang apa?" Soalan Arif menyantakkan Anisa yang sedari tadi menyentuh wajah suaminya. Tangannya terus ditarik laju. Namun Arif menarik dan menggenggam tangan Anisa erat membuatkan hati Anisa berdegup kencang.
" Eh A-Arif tak tidur lagi?"
" Hmmm Arif terjaga. Cepatlah cakap perangai Arif kadang-kadang apa?" soal Arof mendekatkan wajah mereka sehingga tinggal beberapa inci sahaja. Dapat didengari hembusan nafas Xaiden ketika itu.
Anisa menelan air liur kasar. 'Tulah Anisa, mulut kau ni. Nak cakap tu dalam hati jelah.' kutuk Anisa pada dirinya.
" Tak ada apa-apalah, Arif salah dengar ni. Nisa cakap Nisa lapar kerang," Anisa menyumpah seranah dirinya sekali lagi. Tak masuk akal langsung alasannya.
" Hmmm tak kisahlah," tanpa berkata apa-apa lagi, Xaiden memeluk Anisa erat. Wajahnya disembunyikan pada ceruk leher Anisa membuatkan gadis itu meremang apabila hembusan nafas Xaiden menyentuh kulitnya.
" Hmmm Arif, hujung minggu ni Nisa nak jumpa Erika boleh? Dia dah boleh keluar dari wad lusa nanti," pinta Anisa sambil perlahan.
" Okay..." Akhirnya suara Xaiden semakin tenggelam. Hanya bunyi hembusan nafas yang perlahan kedengaran menandakan suaminya telah lena di ulit mimpi.
' Finally Xaiden, we can live like a real husband and wife,' Anisa mengusap wajah Xaiden perlahan sebelum turut memejamkan mata.
...
Hujung minggu,
" Congratulations Erika!" Anisa dan Laila menerobos masuk ke dalam bilik Erika sambil membawa pelbagai hamper hadiah buat kehadiran bayi baru di dalam keluarga mereka.
"Thank you so much!"
" Eleh, korang ni macam lah tak jumpa aku sebelumni." Sampuk Alisa Xarra yang berada bersama Erika terlebih dahulu. Anisa dan Erika hanya bergelak ketawa. Namun jelas terpampang wajah sugul seseorang yang berada bersama mereka.
Laila memandang Anisa dan Erika dengan perasaan iri. Bahagianya Erika menyambut kelahiran cahaya mata keduanya. Manakala Anisa akhirnya mula bahagia bersama suami tercinta. Alisa? Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik senyuman itu. Namun dia tidak mahu masuk campur, sedangkan masalahnya juga belum selesai.
Bagaimana pula dengannya? Selepas kejadian yang berlaku beberapa hari lalu, Aaron sentiasa mencari cara untuk mendekatinya. Namun dia pula mencari cara untuk menjauhi suaminya. Dia tidak boleh berlama. Dia perlu menyelesaikan isu rumah tangganya secepat mungkin. Sebelum semuanya terlambat.
" Laila, how about you?" Soalan Erika menghentikan lamunan Laila sebentar tadi.
" What do you mean? Laila okay jer," Laila menayang senyuman palsu.
" Aaron?" Sebaris nama tersebut memberi seribu makna buat semua yang berada di situ.
" Laila dah nekad,"
" Tapi kenapa sebenarnya Laila tiba-tiba buat macam tu? Aaron ada buat salah dengan Laila ker? Laila beritahu Erika. Erika boleh ceramah si Aaron tu!" Sedikit gurauan diselit untuk menjernihkan keadaan yang mula sendu antara mereka.
" Aaron tak salah pun. Laila-"
' Bomb!!!' bunyi letupan yang muncul dari tingkat bawah mengejutkan semua yang berada di atas.
" Puan! Ada orang serang rumah ni!" Jerit Cek Yah selaku pembantu rumah Erika yang bertugas untuk menjaganya ketika berpantang.
Semua yang berada di situ saling berpandangan.
" Kak Erika, call abang Xander," arah Alisa.
" Kak Anisa dan Kak Laila tunggu sini," arah lmao is Alisa mengeluarkan sepucuk pistol dari poket belakangnya.
" Alisa!"
" Kami ikut," ujar Laila dan Anisa serentak.
To be continued...
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...