Bab 4 : CARI NAHAS

203 33 3
                                    

Di dapur,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di dapur,

Arif Xaiden sedang menuju ke dapur untuk membasahkan tekak. Kebetulan pula Erika berada di situ, mata Erika terus tertumpu ke arah lelaki yang sedang membuka pintu peti ais dan sebuah gelas kosong dicapainya pantas.

Hujung minggu memang port Xander dan keluarganya melepak. Erika pun lagi suka luangkan masa dengan keluarga besar. Bila dia rindukan arwah Tan Sri Zarif dan Puan Sri Marissa, kepada ibu bapa mertuanyalah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan mendapat kasih sayang sebagai seorang anak.

"Apasal kau pandang aku? Ada hutang?" soal Arif Xaiden kasar, tak pasal-pasal dia nak minum air pun terbantut. Tak selesa woi orang Usha macamtu. Macam dia tu suspek pembunuhan pulak. Macam kena jer dengan Xaiden ni. Siapa sokong author?

Erika tidak menjawab, dia hanya menayangkan senyuman yang tersirat seribu makna buat adik iparnya itu. Tunggu Masa jer, dia nak kenakan Arif Xaiden cukup-cukup. Sebab apa? Sesi membalas dendam bermula.

Disebabkan Arif Xaiden mula bengang dengan tingkah pelik Erika, dibiarkan sahaja wanita itu memandangnya seperti tunggul di situ. Peduli apa? Yang penting dia dahaga.

Sesaat dua saat dia meneguk air sejuk rakus, Erika pula akhirnya membuka mulut.

"Tak sangka kau dah jadi suami orang," Tersembur terus air yang sedang diminum tadi. Dada yang terasa sesak membuatkan dia terbatuk--batuk kuat.

"Apa benda kau mengarut ni?!"
Kini wajahnya sudah mula memerah sampai ke telinga. Erika kata apa? Dia suami orang?!

"Mana ada aku mengarut, kau yang mengaku sendiri dua hari lepas," jawab Erika tanpa rasa serba salah.

"Bila masa aku-" kata-kata Xander terhenti sebaik sahaja dia teringatkan kejadian yang berlaku pada dua hari lepas.

"Hah, kenapa kau berhenti?" Soal Erika sengaja nak menaikkan lagi kemarahan Arif Xaiden.

"Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham," jawab Xaiden berselindung. Hek eleh!!

Tidak mahu menunggu lama, Arif Xaiden yang tidak betah berada di situ laju sahaja mengatur langkah ke tingkat atas.

Erika pula sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi adik iparnya itu. Kata brutal...mana ice cold menthol dia sebelumni? Huh?

'Tak guna punya perempuan, benda macamtu pun nak kena cerita dekat semua orang ker?' Arif Xaiden berdecit kasar. Dia memang cari pasal dengan aku!

Keesokan harinya,

'Papp!' Meja pejabat Anisa dihentak kuat mengejutkan Anisa yang sedang tekun membuat kerja.

"What's wrong with-" lidahnya kelu tiba-tiba setelah melihat jejaka tampan di hadapannya kini.

"Apa sebab awak datang sini?" soal Anisa cuba berlembut.

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now