"Uwaaa!"
Bunyi tangisan seorang bayi mengejutkan Puan Sri Melissa dan Tan Sri Aryan dari dalam rumah. Dengan ragu-ragu, mereka turun ke tingkat bawah untuk memeriksa apa yang sedang berlaku di luar rumah.
Puan Sri Melissa terkejut apabila melihat seorang bayi bersama sekeping surat, atau lebih tepat sijil lahir. Seorang bayi lelaki yang baru berumur lingkungan setahun berada betul-betul di hadapan pintu rumah agam mereka. Bayi yang kelihatan agak comot itu menangis tanpa henti, dia dalam keadaan dibedung dengan sehelai kain dan diletakkan di dalam raga bayi.
Akibat rasa simpati dengan keadaan di luar ketika itu, Tan Sri Aryan membawa masuk bayi itu ke dalam rumah mereka untuk memberi perlindungan. Sejak itulah bermulanya hidup seorang jejaka bernama Arif Xaiden bin Muhammad Akim.
7 tahun kemudian,
"Arif, bukalah pintu! Kau ni macam budak-budak lah nak merajuk bagai," Ariq Xander mengetuk pintu bilik adiknya Arif Xaiden dengan keluhan.
Akhirnya terjawab persoalan Arif Xaiden sejak dua tahun lalu. Kenapa nama dia tidak berbinkan Aryan?
"Kau jangan kacau akulah! Pergi!" marah Arif Xaiden dari dalam bilik dengan esakan. Jujur, dia kecewa setelah mengetahui kebenaran tentang statusnya dengan keluarga itu.
Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana dianugerahkan ibu dan bapa angkat yang menyayanginya setaraf dengan Ariq Xander dan Alisa Xarra. Begitu juga Ariq Xander yang sentiasa melayannya seperti adik kandung walaupun dia sudah mempunyai adik perempuan yang kini berusia 7 tahun.
Beza umurnya dengan Xander adalah dua tahun manakala beza umurnya dengan Alisa Xarra adalah setahun. Itulah yang membuatkan dia dianggap sebagai anak kedua di dalam keluarga itu walaupun bukan daripada darah daging mereka sendiri.
...
"Selepas mak ayah kau mati, kaulah budak yang paling menyusahkan hidup aku tahu tak?" herdik seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an kepada seorang budak perempuan berumur 10 tahun.
Namun budak perempuan itu tidak menjawab, dia sudah terbiasa dengan caci dan makian dari orang sekelilingnya memandangkan hanya kepada wanita yang digelar Mak Su itu sahaja tempat dia bergantung harap sejak dua tahun yang lalu.
Hidupnya berubah sejak dua tahun lalu. Sejak berumur 8 tahun, Anisa Fazira telah menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata. Ya, kerana kepahitan yang ditanggungnya sejak kecil, dia cuba menjadi seorang yang periang dan berfikiran positif sehingga berjaya mengejar cita-citanya kini, itu sahaja cara untuk dia meneruskan hidup seperti seorang gadis yang normal tanpa dibelenggu masalah. Walaupun masalah yang ditanggungnya hanya dia dan Allah yang tahu.
Finally, Trailer untuk buku kedua ni dah upload! Silalah tengok trailer My Love My Life ni.
Semoga korang lebih tertarik untuk membaca😄✌️
This is my story, My Love, My Life.
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...