Hai korang! Tengoklah gambar dekat atas tu, comel jer dua2🤭
______________________________________" Fuhh, penat gila hari ni," sungut Xaiden menerjah masuk ke dalam bilik Anisa tanpa sebarang keizinan.
Masuk sahaja ke dalam bilik, katil Anisa yang bersaiz queen dan dihias indah membuatkan Xaiden tersenyum kemenangan. Inilah yang dikatakan orang mengantuk disarungkan bantal.
Xaiden terus melompat ke atas katil Anisa lalu berguling-guling dan meniarap sambil menguak tangan seperti orang berenang.
" Tuan Arif!" jerit seseorang memandang ke arah Xaiden dengan pandangan yang tajam.
Anisa's POV,
" Tuan Arif!" jerit Anisa memandang ke arah Xaiden dengan pandangan yang tajam.
" Apa?" Xaiden mengangkat sebelah keningnya.
" Siapa izinkan awak tidur atas katil saya ni?" soalnya dengan wajah merah padam menahan amarah. Suka hati tok nenek dia jer main guling-guling atas katil orang!
" Ish, aku ngantuklah. Lagipun bilik kau jadi bilik aku, katil kau pun mestilah jadi katil aku jugak," jawab Xaiden lagi ditambah dengan alasan yang tidak berapa bernas. Anisa mengecilkan matanya dengan wajah cemberut.
" Masalahnya, itu katil saya. Tuan Arif mana boleh tidur atas katil saya!" bentak Anisa lagi dengan wajah mencuka.
" Apahal pulak? Bila masa kau cop nama kau dekat atas katil ni?" Xaiden mendecit sendiri.
" Tuan Xaiden nak tidur dengan saya ker atas katil tu?" usiknya memandang ke arah lelaki dihadapannya dengan pandangan yang nakal.
Mendengar sahaja soalan itu, Xaiden terus bangun dari pembaringannya dan Anisa sudah menahan ketawa melihatkan kelakuan Xaiden ketika itu. Tahu takut...
" Habistu aku nak tidur dekat mana?" soal Xaiden semakin tidak berpuas hati.
" Jap eh," Anisa menuju ke sebuah almari dan mengeluarkan dua buah bantal berserta tilam lalu diletakkan di atas lantai bersebelahan dengan katilnya.
" Awak tidurlah dekat bawah," arahnya menunjuk ke arah lantai.
" Aku tidur atas lantai? Never. Kaulah yang tidur bawah," arah Xaiden pula membuatkannya berdecit geram.
" Saya kan perempuan, awak sepatutnya perlu menghormati saya," Anisa memberi alasan tanpa memikirkan kelogikannya di situ.
" Habistu? Apa kena mengena dengan siapa tidur atas katil atau bawah?" Xaiden masih tidak mahu mengalah dan menayangkan wajah toya di hadapannya membuatkan Anisa menjulingkan matanya ke atas. Sabar Anisa, tiba-tiba Xaiden nak tunjuk bodoh pulak masa-masa macamni.
" Okaylah kita buat cara adil, siapa kalah kena tidur dekat bawah," cadang Anisa seraya melabuhkan punggung pada birai katil.
" Cara Adil? Macam mana tu?"
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romantik⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...