Seminggu Kemudian...
" Aku terima nikahnya Nurin Laila binti Abdul Manaf dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."
" Sah!" Sebut beberapa orang disekeliling mereka sebagai saksi untuk pernikahan Aaron Fahmi dan Nurin Laila. Semua orang sudah pun menadah tangan untuk mengaminkan doa.
Sejurus itu, bermulalah sesi pembatalan wudhu' bagi kedua pasangan yang diijab qabul. Kehadiran ahli keluarga yang ramai, memeriahkan lagi majlis akad nikah mereka berdua sehingga berakhir.
" Selamat Pengantin baru bro!" Ucap Adrian dan sahabat yang lain kepada Aaron yang masih segak berbaju pengantin.
" Thanks bro.." jawab Aaron tidak lekang dari senyuman. Aura raja seharilah katakan.
Namun tidak pula bagi Ryan, sejak tadi wajahnya muram. Selalunya dia yang excited dengan benda-benda macamni. Sehinggalah Aaron sendiri yang menegur perubahan yang berlaku pada Ryan ketika itu.
" Kau apa hal Ryan? Muka macam nak bunuh orang jer." Seloroh Aaron membuatkan yang lain ketawa.
" Semua sebab kaulah." Jawab Ryan tidak berselindung membuatkan ketawa yang lain terhenti pula.
" Aku tak nak jadi bujang terlajak wei! Tak bestlah macamni." Sungut Ryan melentokkan kepalanya pada bahu Adrian. Yang lain pula sudah menggeleng laju mengenangkan hidup single rakannya itu.
" Alah...rilekslah, aku kan tak kahwin lagi." Ujar Adrian menolak kepala Ryan. Eii geli mak nyahh!! Hahahhagagaga!!
" Masalahnya kau ramai perempuan minat. Petik jari jer sepuluh beratur. Macam aku ni? Perempuan petik jari, aku yang beratur." Semua sudah menepuk dahi dengan jawapan Ryan tadi. Wajah muram Ryan akhirnya berubah menjadi ayam berak kapur.
" Tapi semua yang beratur tu bukan taste akulah." Jawab Adrian membuatkan yang lain memandang ke arahnya pula.
" Taste kau macam mana?" Soal Xander hairan. Yelah, sebelumni kan dia pernah tergila-gilakan Erika tu. Nasib tak mampus dikerjakan Xander dulu. Kalau tak, memang tinggal Ryan jelah yang tak kahwin-kahwin.
" Entahlah. Nanti kalau aku dah jumpa calon aku roger korang." Semua yang berada di situ sudah melopong setelah mendengar jawapan selamba Adrian. Jadi sampai sekarang dia pun tak tahu taste dia sendiri.
...
" Thank you sebab jadi pengapit aku." ucap Laila melarikan pandangannya dari Anisa. Entah mengapa, walaupun mereka pernah menjadi sahabat suatu ketika dahulu, keadaan kali ini sudah berubah
" No problem Laila.." jawab Anisa dengan senyuman.
" Dah lama aku tak buat macamni dekat kau kan?" sambung Anisa lagi sambil merangkul bahu Laila selamba.
" Walaupun kita dah lama tak jumpa, aku harap persahabatan kita takkan berubah sampai sekarang." Kata-kata Anisa membuatkan Nurin Laila terpaling menghadapnya kini. Lama Laila berdiam sehingga terbit senyuman nipis di bibirnya.
" Kita buka buku baru?" soal Anisa menginginkan jawapan bagi apa yang dikatakannya tadi.
" Ya, kita buka buku baru." jawab Laila dengan senyuman manis dan diakhiri dengan pelukan.
" Korang lupa aku ker?" suara seseorang yang tidak jauh membuatkan mereka beralih kepada si pemanggil.
Dari jauh Erika memandang mereka berdua yang masih tidak berkata apa-apa. Sehinggalah Laila mendepakan tangan dan mengajak Erika untuk turut serta memberikan pelukan hangat.
Keesokan harinya,
" Apa benda yang kau nak bagitahu dekat kitorang? kesian Aaron ni tak dapat sambung cuti," seloroh Ryan menghujahkan apa yang terbuku di dalam hati Aaron. Betul ker Aaron fikir macamtu?
" Aku nak turunkan takhta," beritahu Xander tanpa sebarang mukadimah membuatkan yang lain tergamam. Pemikiran masing-masing sudah menerewang ke tempat lain.
" Korang dengar tak apa yang aku cakap ni?" Soal Xander sedikit keras apabila tiada sebarang reaksi daripada tiga orang sahabatnya.
" Kau nak turunkan dekat siapa?"
" Xaiden," sekali lagi jawapan Xander mendiamkan yang lain. Hmmm, eloklah tu. Dah alang-alang semua diam, kita main permainan 'Rang-rang pisang' bagi siapa yang tak tahu tu permainan apa, itu salah satu permainan zaman kanak-kanak saya. Siapa buka mulut dia kena cubit.
" Kau dah fikir masak-masak dah tentang ni?" Soal Adrian sedikit tegang.
" Dah," jawab Xander sepatah.
" Xaiden dah tahu tentang apa yang kau rancang ni?" Aaron pula bertanya untuk kepastian. Perkara ini bukan sesuatu yang kecil, semua akan terlibat di dalam soal ini dan sudah semestinya ramai yang akan menentang. Terutamanya The Black.
" Tak ada sesiapa yang tahu selain kita berempat. Macam mana? Kalau korang setuju, aku akan kemukakan perkara ni dalam mesyuarat mega kita secepat yang mungkin," nekad Xander. Dia yakin perkara ini boleh selesai jika dirunding kena dengan caranya.
" Aku ikut apa yang kau nak. Kau mesti ada sebab tersendiri buat macamni kan?" Beritahu Ryan pula setelah lama berdiam.
" Betul kata Ryan. Lagipun, aku percaya Xaiden boleh pegang takhta dengan baik macam kau sekarangni," Aaron juga memberi kata putusnya.
" Satu sahaja yang membimbangkan aku," kata-kata Adrian mengalih perhatian yang lain padanya.
" Aku harap, tiada pertumpahan darah di antara kita,"
To be continued...
Apakah yang akan berlaku? Adakah apa yang difikirkan mereka akan berlaku? Nantikan bab seterusnya okay...Sayonara!!
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Roman d'amour⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...