Bab 17 : KAULAH PENYELAMATKU

138 30 3
                                    

" Anisa!" Xaiden dengan pantas keluar dari perut kereta dan mendekati Anisa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Anisa!" Xaiden dengan pantas keluar dari perut kereta dan mendekati Anisa. Tanpa berfikir panjang, badan Anisa
dicempung kejap dan dibawa masuk ke dalam kereta.

Tangan kirinya memegang stereng kereta manakala tangan kanannya pula menggenggam tangan Anisa walaupun gadis itu sudah lama tidak menyedarkan diri.

" Macam mana kau boleh jadi macamni Anisa?" Xaiden menyoal sendiri. Entah mengapa, kelakuanya itu hanya spontan dan dia masih mengekalkan posisi sebegitu hingga tiba ke destinasi yang dituju.

Setelah tiba di hadapan rumah agam Tan Sri Aryan, semua sudah terkejut melihat sekujur tubuh yang dicempung dan dibawa masuk ke dalam dengan wajah Xaiden yang sungguh tegang.

Semua yang berada di meja makan terus mengekori Xaiden dan membantu lelaki itu apa yang perlu.

...

Erika memandang Anisa yang kini lemah terbaring dengan perasaan sayu. Sesekali dia akan menggenggam tangan sahabatnya itu semasa Dr. Farah sedang merawat Anisa ditemani Puan Sri Melissa.

Xaiden pula hanya berdiri dan bersandar di dinding sambil matanya memerhati pintu bilik yang tertutup sejak satu jam yang lalu.

Walaupun matanya terarah pada pintu itu, pemikirannya sudah menerewang jauh. Persoalan tentang kehadiran Anisa yang mengejutkan membuatkannya tidak senang duduk. Walaupun semua readers dah tahu, Xaiden masih tak tahu apa-apa. Jadi kita sama-samalah tolong Si Xaiden ni. Tolong apa? Tolong tengok jelahh. Kuang kuang kuang!!

Beberapa minit kemudian, akhirnya pintu bilik tetamu dibuka luas dan dua orang wanita turut keluar dari situ.

" Kenapa dengan dia?" Soal Xaiden mendatar. Sengaja pandangannya hannya tertumpu pada lantai. Tidak mahu yang lain melihat wajahnya yang agak serabut ketika itu.

" Dia nampaknya hampir dirogol." Jawab Dr. Farah. Xaiden terus memandang Dr. Farah serious.

" Macam mana doktor tahu?" Soal Xaiden dingin.

" Di bahagian badannya Terdapat sedikit lebam seperti telah diperlakukan kasar oleh seseorang, dan bahagian kiri abdomennya terdapat kesian luka dihiris dengan benda yang tajam.

" Mungkin dia sempat melarikan diri. Alhamdulillah dia tidak kehilangan terlalu banyak darah. Cuma badannya sangat lemah ketika ini. Dia juga mungkin akan mengalami trauma yang agak serious. Jadi semua perlu memberinya lebih perhatian dan memastikan dia sentiasa berasa selamat." Terang Dr. Farah panjang lebar sebelum meminta diri untuk pulang.

Xaiden terus masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Anisa. Erika masih setia di sisi, namun dia jugak kelihatan lemah akibat tidak berhenti menangis sejak mula-mula Anisa di bawah ke rumah.

" Erika, kau rehatlh dulu. Biar aku jaga dia." Beritahu Xaiden mendatar. Erika menggeleng perlahan smabil tangannya masih erat menggenggam tangan Anisa.

" Erika sayang, kita keluar dulu yer. biar Xaiden jaga dia pulak. Kamu pun nampak lemah sangat sekarangni. Lagipun Ariq dan Zalikha tunggu kamu dekat bawah sejak tadi. Kesian Zalikha bila tengok mama dia macamni." Puan Sri Melissa memujuk lembut sehingga beberapa minit Erika keluar meninggalkan Xaiden di situ.

Tempat duduk Erika di ambil alih oleh Arif Xaiden pula. Pandangannya tidak lepas dari memandang wajah tenang Anisa seperti lena dibuai mimpi indah. Walaupun kebenarannya adalah sebaliknya.

" Siapa yang sanggup buat kau macamni Anisa?" Soal Xaiden dingin. Mendengar penjelasan Dr. Farah sebentar tadi memberi kesian yang agak mendalam baginya.

" Jangan! Tolong! Jangan sentuh aku!! Lepaskan aku! tolong sesiapa!" Xaiden tersentak apabila gadis di hadapannya sedang meracau di dalam tidurnya sambil tangannya seperti sedang menolak sesuatu.

Xaiden terus memegang tangan Anisa erat untuk mengawal kelakuan Anisa yang semakin agresif. " Anisa, ni aku."

" Tolong!!!" Semakin kuat suara Anisa meronta-ronta sebaik sahaja dirinya disentuh Xaiden.

" Ni aku Anisa, Xaiden. Aku Xaiden!" Beritahu Xaiden separuh menjerit sambil cuba menenangkan Anisa kembali.

Xaiden memegang erat tangan Anisa ketika gadis itu masih merengek dengan riak wajah yang terlihat sangat ketakutan. Akhirnya, Anisa kembali tenang.

Xaiden menarik selimut menutup tubuh Anisa dan dia duduk di sisi Anisa seperti biasa.

Rambut yang sedikit terurai di wajah Anisa diselak Xaiden lembut. Entah mengapa dia berkelakuan begini. Sama ada atas dasar simpati atau sebab yang lain. Yang pastinya, dia akan mencari pelaku tersebut dan membalas  segalanya-galanya. Tiada seorang pun yang akan terlepas.

Dua hari kemudian,

Anisa membuka mata perlahan. Dilihat suasana yang agak asing baginya, wajah Anisa mula berubah panik. Digagahkan diri untuk bangun dari pembaringan namun kepalanya yang terasa memusing membatas pergerakannya.

Beberapa saat kemudian, muncul wajah di balik pintu. Melihat sahaja wajah yang tidak asing baginya, mata Anisa mula berkaca.

" Erika..." Nama itu disebut dengan hati yang sebak.  Tidak disangka dia terselamat dari kejadian mengerikan tempoh hari. Perasaan sedih, takut dan gembira. Semuanya berbaur, hanya rasa kesyukuran yang mampu digambarkan.

" Anisa!" Erika mendekati Anisa dengan wajah yang agak sembab. Namun senyuman manis cuba ditayangkan dihadapan sahabatnya itu untuk memberi kekuatan kepada Anisa. 

Hanya tuhan yang tahu betapa luluh hatinya melihat kondisi Anisa tempoh hari. Dia tidak dapat menerima bahawa apa yang diperlakukan pada sahabatnya itu tambahan pula tanpa sebarang pertolongan.

" Kau sakit dekat mana-mana ker Anisa?" Soal Erika berwajah tenang. Anisa tidak mengangguk dan tidak menggeleng, hanya secalit senyuman menghiasi wajah pucat gadis itu. Dia tidak berasa sakit pada fizikal. Hatinya yang sedang parah terasa bagaikan ditusuk berkali-kali.

" Kau ingat tak apa yang berlaku dekat kau sebenarnya?" Soal Erika lembut sambil menggenggam tangan Anisa erat. Dia tahu, peristiwa menyakitkan itu sukar untuk diluahkan memandangkan dia sendiri juga seorang perempuan dan antara orang yang dekat dengan Anisa.

Anisa tidak menjawab. Kepalanya berpaling menghadap cermin tingkap yang menembusi cuaca cerah di luar.   Takungan air mata sedaya upaya ditahan dari pecah sebelum dia beralih kembali.

" Aku... tak ingat apa-apa."

To be continued...

Comments and votes okayy..

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now