Bab 24 : PENYELAMAT TAK BERBAYAR

138 21 1
                                    

Anisa mengikat rambutnya rapi sambil menatap wajah di hadapan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anisa mengikat rambutnya rapi sambil menatap wajah di hadapan cermin. Inilah harinya. Hari yang
ditunggu-tunggu setelah banyak kekecohan dan masalah yang menimpanya sebelum ini.

Flashback,

" Kau dah boleh kerja mula esok." Beritahu Arif Xaiden yang sedang menikmati burger daging specialnya.
Anisa yang mendengar kenyataan itu terus memandang dengan mata yang bersinar-sinar.

" Betul ker Tuan Arif? Tak tipu?!" Soal Anisa menginginkan kepastian.

" Muka aku ada nampak macam penipu ker?" Soalan itu dibiar sepi. Nak cakap yer rasa bersalah. Nak cakap tak pun macam tak betul jugak. Senang cerita, adalah jugak...pftt..

" Maksudnya kes saya dah settled lah?" Soal Anisa mengubah topik.

" Yelah. Nak harap kau, terperap dalam bilik macam orang mati laki." Jawab Xaiden selamba. Padahal dia tahu jer Anisa tengah pandang dia macam pembunuh sekarangni.

" Elehhh...semua masalah ni pun berpunca dari Tuan Arif tahu tak?"

" Kenapa pulak?"

" Dato' Said tu naik hantu sebab dia ingat saya ni dah kahwin! Bila dia tahu saya tipu, dia balas dendamlah!" Jelas Anisa dengan penuh emosi. Tapi Xaiden pulak buat selamba badak jer. Bak kata moyang dia, Ex husband jangan dikenang. Eh? Macam pelik jer?

" Kalau macamtu saya dah boleh pindah rumah sewa saya baliklah?" Soal Anisa lagi setelah lama berdiam.

" Ikut kaulah. Nanti kau bincang soal tu dengan Erika." Anisa mengangguk faham lalu menyambung perbuatannya yang yang tergendala tadi. Iaitu menikmati roti john kegemarannya...

" Lepasni kau jangan buat masalah lagi. Sampai bila aku kena jadi penyelamat tak berbayar kau?" Sindir Xaiden lebih sarkastik kali ini dan Anisa hanya menjeling lelaki itu tajam. Soalan ni lagi? Masalahnya, ada dia mintak ker Xaiden muncul depan dia masa tu? Semua yang berlaku memang betul-betul kebetulan.

Walaupun Anisa dah lama pelik, kenapa mesti Xaiden yang akan jadi hero setiap kali dia dilanda masalah. Entahlah, tanya reader. Korang tahu tak kenapa?

" Tapi lepasni, kau masih kena
berhati-hati. Sebab aku rasa semuanya takkan berakhir macamni, ada lagi perkara yang perlu diselesaikan." Serious Xaiden kali ini membuatkan Anisa diam tidak berkutik.

End Flashback.

' Kenapa kau nak susahkan diri buat semua ni Xaiden? Aku bukan orang yang penting untuk dijaga.' Gumam Anisa sendiri.

...

" Welcome back Cik Anisa." sapa Julia, PA Anisa yang setia di sisi. Kesian juga dengan Julia ni. Anisa kan selalu tak hadir kerja. Tahun ni saja dah dekat 20 hari dia ambil cuti. Kerja tu tak terkatalah menimbunnya.

" Thank you Julia, lamalah tak nampak awak. Saya rindu pulak." Balas Anisa tersenyum manis.

" Saya pun... Lepas jer Cik Anisa inform saya yang cik dah masuk kerja balik, Saya dah tolong kemaskn semua fail penting untuk kemudahan Cik. Semuanya dah tersedia dekat atas meja. Kalau ada apa-apa, saya ada jer dekat tempat saya." Ujar Julia sambil mengiringi Anisa ke dalam pejabatnya.

" Thank you again... nanti awak tolong inform schedule saya yang important. Especially perjumpaan dengan client yang kita dah postpone sebelumni."

" Okay, saya check dulu " Julia kemudiannya keluar meningkatkan Anisa di dalam pejabatnya.

Anisa dengan berkarismanya mengambil tempat di hadapan meja pejabatnya, seluruh meja yang kemas menaikkan lagi semangatnya untuk memulakan kerja hari ini. Namun matanya tertancap pada sebuah fail tebal yang merupakana salah satu fail terpentingnya buat masa ini. Kes kesalahan seksual yang sedang hangat diperkatakan semua hampir dua minggu yang lalu.

Fail itu ditatap lama sebelum dibukanya perlahan. Setiap butir tuduhan yang tercatat dibaca dan difahami dengan lebih mendalam. Ya, seperti yang dijangka, memang ada sesuatu yang tidak kena berkenaan kes itu.

Ada yang perlu disiasatnya sendiri kerana kes ini bukan sahaja kerana dakwaan seksual, suspek jugak dituduh membunuh mangsa rogol tersebut apabila mayat mangsa tidak ditemui selama lebih 10 hari selepas menemui suspek buat kali terakhir.

" Julia, Saya rasa saya nak kena tengok kawasan pembunuhan tu sendirilah. Okay tak?"

...

" Kenapa sayang nampak muram jer ni?" Soal Tan Sri Aryan kepada Puan Sri Melissa.

" Saya sunyilah..." Beritahu Puan Sri Melissa sambil membuang pendangan ke luar tingkap.

" Eh, baru semalam Xander dengan Erika balik rumah diorang, dah rindu?"

" Yelah... sebelum ni bila Erika, Xander dengan cucu kesayangan saya tu balik, ada peneman lain." Jawab Puan Sri Melissa lagi membuatkan Tan Sri Aryan bertambah hairan. Peneman? Siapa pulak yang teman dia sebelumni?

Beberapa saat kemudian, muncullah seseorang di benak fikiran Tan Sri Aryan membuatkan dia menggeleng sendiri mengenangkan sikap isterinya yang semakin sensitif sejak dua menjak ini.

" Anisa tu pun ada kehidupan dia sendiri, haritu kan dia dah cuti panjang dekat sini. Bagilah dia masa untuk hidup normal balik." Kata Tan Sri Aryan memaut bahu isterinya lembut.

" Hmmm...yelah, Saya pun berharap Anisa tu tak ditimpa masalah lagi lepasni. Kesianlah saya tengok dia." Sambung Puan Sri Melissa pula sambil melentokkan kepala di bahu suaminya.

" Insya Allah... Kita sama-sama doakan dia."

" Tapi ada lagi satu perkara yang buat saya hairan." Beritahu Puan Sri Melissa mengubah posisinya menghadap Tan Sri Aryan.

" Perkara apa pula kalini?" Haihhh...macam-macam yang difikirkannya. Nanti stress mulalah penyakit lain yang datang.

" Anak teruna kita yang seorang tu, dia nampak prihatin sangat dengan kehidupan Anisa sekarangni," ujar Puan Sri Melissa membuatkan Tan Sri Aryan juga mula memikirkan hal yang sama.

" Kalau saya kahwinkan diorang berdua tu okay tak?" Soal Puan Sri Melissa mula memikirkan perkara di luar kotak.

" Awak jangan nak rancang sesuatu tanpa kerelaan diorang berdua tu yer. Saya tak nak perkara dulu berulang lagi." Nasihat Tan Sri Aryan berbaul tegas.

" Alah, akhirnya Erika dengan Xander tu bahagia juga sekarang. Tak ada sesiapa yang rugi. Dia orang dapat pasangan hidup, saya dapat menantu." Jawab Puan Sri Melissa tersenyum kemenangan. Win win situation lah sangat.

Buatnya timbul perang dunia macam mana? Si Xaiden tu lain sikit dari Xander dan Alisa. Dia lebih suka bertindak ikut kemahuan dan tanpa dijangka. Buatnya Anisa kena bunuh lepas sehari kahwin tak ke naya?!

Heheheh...tak jadilah kot. Melebih pula saya ni. P/s author yang baik hati ni mohon maaf yer Xaiden. Jangan menghantui hidup saya.😅

" Saya tahu niat baik awak tu. Tapi biar takdir yang menentukan, kalau jodoh tak ke mana, awak doakan jelah jodoh mereka berdua tu." Nasihat Tan Sri Aryan dan akhirnya Puan Sri Melissa mengalah. Yelah, dia berharap author tak menghampakan semua. Eh?!

To be continued...

Saya mintak maaf sangat atas kelewatan, jumpa lagi di dalam bab seterusnya okayy...Arigatou gozaimasu✨Sayonara!!

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now