Bab 33 : DATANG MERISIK

119 19 0
                                    

" Kau mimpi apa balik kampung ni? Dah bersedia nak jadi bini orang ker?" perli Mak Su pedas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau mimpi apa balik kampung ni? Dah bersedia nak jadi bini orang ker?" perli Mak Su pedas. Yelah, Anisa kan balik KL macamtu jer waktu kali terakhir mereka bersua muka a.k.a berperang malam itu.

Jadi kesimpulannya, jangan cari pasal dengan Anisa yer, kalau nak tengok dia tak balik pada hari perkahwinan dia boleh jer dia buat tanpa rasa bersalah.

" Haah, memang pun. Esok ada orang nak masuk merisik Anisa," jawab Anisa laju tanpa sebarang reaksi. Ingat dia nak ker menghadap muka Mak Su kesayangan dia tu?

" Hah? Kau jangan main-main Anisa, siapa yang nak kahwin dengan anak dara tua macam kau ni?" Anisa memandang tajam Mak Su nya yang sesuka hati cakap lepas. Dia dahlah baru balik, beg bagasi pun belum sempat dibawa masuk ke dalam bilik. Ada yang merasa bagasi gajah dia ni kot.

" Woi!" Maki Mak Su yang sudah naik hantu dengan sikap acuh tak acuh Anisa sejak tadi.

" Ish! Apa benda lagi? Apa lagi yang kau tak puas hati dari aku? Apa yang kau nak semua aku bagi. Tapi sampai dah mengatur hidup aku, kau ingat aku boleh duduk meratap macam Cinderella?" Bentak Anisa terus mengunci mulut Mak Su nya. Sejujurnya, dia belum pernah melihat sikap Anisa sebegitu.

" Kau jangan risaulah. Aku bukan kejam nak biar orang tua gatal tu bunuh ahli keluarga aku. Pasal hutang anak kau tu biar aku yang selesaikan. Kerja kau hanya terima rombongan merisik esok," kasar Anisa lagi mengheret bagasinya ke dalam bilik.

" Kau dah berani tunjuk belang yer Anisa," sinis Mak Su sendiri.

Keesokan harinya,

Anisa tersenyum sendiri melihat dirinya melalui pantulan cermin. Hari ini, buat pertama kalinya baju kurung arwah peninggalan ibunya disarung kemas serta rambutnya diikat sanggul.

Tambah pulak, warna baju kurung itu adalah warna kegemarannya, light purple. buatkan Anisa tampak lebih berseri-seri.

Setelah dia menapak keluar dari bilik, kelihatan Mak Su nya yang sedang mengemas ruang tamu dan sudah lengkap barbaju kebarung.

" Mak Su," panggil Anisa lembut. Mak Su berpaling ke arah Anisa dan memandang baju yang dipakai Anisa dengan pandangan yang sukar ditafsir.

" Baju tu-"

" Baju arwah ibu, cantikkan?" potong Anisa dengan senyuman manis. Senyuman yang sudah lama tidak ditunjukkan buat ibu saudaranya itu.

" Cantik sangat. Sesuai dengan Anisa," puji Mak Su seraya mengajak Anisa duduk di sebelahnya.

" Anisa, Mak Su nak minta ampun pada kamu dari hujung rambut sampai hujung kaki," pohon Mak Su menahan takungan ditubir mata. Dia tahu Anisa sudah banyak memendam derita kerana sikap tamaknya sebelum ini.

" Tak pe Mak Su, Anisa dah maafkan. Dan Anisa pun nak mintak maaf tentang semalam. Anisa terlepas cakap," tutur Anisa dengan rasa bersalah Lalu menyalam tangan Mak Su. Mak Su pula memandang wajah Anisa dengan senyuman nipis. Ya, wajah Anisa saling tidak tumpah dengan arwah Dania, ibu kandung Anisa dan kakak kepada Mak Su.

" Tapi kalini jer, Mak Su tolong terima pinangan keluarga yang akan datang harini yer," pinta Anisa lembut dan Mak Su hanya mengangguk perlahan.

Akhirnya tepat jam 10 pagi, sebuah Toyota Alphard berwarna hitam masuk ke dalam perkarangan rumah Mak Su diikuti dengan BMW i8 coupe berwarna biru dari belakang.

" Assalamualaikum," laung seseorang dari luar rumah. Sejurus itu, Mak Su terus menjemput masuk para tetamu dengan senang hati.

Senanglah hati Mak Su setelah melihat kereta para rombomgan itu, semuanya menepati ciri-ciri yang dia mahukan.

Namun Xaiden hanya berada di luar rumah. Dia duduk di atas sebuah podok sambil menghirup udara segar dan ditemani dengan dua orang mangkuk ayun yang setia sebagai pengikutnya sejak azali. Korang tahulah siapa.

Manakala di dalam rumah pula, Anisa dengan penuh sopan santun menghidangkan minuman buat para tetamu. Puan Sri Melissa dan Tan Sri Aryan tersenyum melihat wajah manis bakal menantu mereka.

" Anisa pergilah jumpa Xaiden dekat luar," ujar Puan Sri Melissa. Sejurus itu Anisa tersenyum manis dan mengangguk perlahan sebelum berlalu keluar.

" Hai," sapa Anisa kepada Xaiden. Sejurus sahaja lelaki itu beralih, matanya tertumpu pada Anisa tidak berkelip.

' Kenapa dia nampak lain pulak ni? She's look gorgeous,' monolog Xaiden sendiri. Tak sangka Anisa akan nampak lebih cantik berbaju kurung asli sebegitu.

" Xaiden?" panggil Anisa hairan lalu melambai-lambai tangannya di hadapan wajah lelaki itu sejurus menyedarkan lamunannya.

Ketika itu, tanpa mereka sedari Mark dan Damian sudah hilang disorok bunian. Meninggalkan mereka berdua di situ.

" Jauh termenung, saya cantik eh?" usik Anisa sengaja memusing-musingkan badannya bagaimana seorang puteri. Macam budak-budak pulak Anisa ni.

" Kau cantik? Lambat lagi," selamba Xaiden mengutuk dan Anisa mendecit sendiri. Xaiden tu, sekali tak cakap benda annoying tak boleh ker?

" Tapi baju kau ni boleh tahan jugak. Simple jer, aku suka," puji Xaiden tanpa sebarang reaksi.

" Tulah, saya first time pakai baju kurung arwah ibu saya ni," jawab Anisa tersenyum manis. Okay dia tarik balik, Xaiden ni taklah annoying sangat. 50/50.

" Ouhh," Xaiden menjawab sepatah lalu kembali memandang kawasan sekelilingnya yang sangat menyenangkan.

" Ni awak memang tak nak masuk ker?" Anisa mengubah topik sebelum mengambil tempat di sebelah Xaiden.

" Malaslah nak masuk, biar dia orang yang bincang benda tu," jawab Xaiden malas. Anisa mengangguk faham, sejujurnya dia pun tidak suka masuk campur di dalam hal sebegitu. Biar yang lebih arif menguruskannya.

" Anisa," panggil Xaiden lembut membuatkan Anisa beralih memandangnya.

" Ini kali terakhir aku akan tanya kau, jangan tarik balik jawapan kau nanti," soal Xaiden bernada tegas secara tiba-tiba.

" Okay tanyalah, apa dia?"

" Kau tak menyesal ker decide untuk kahwin dengan aku?" soal Xaiden serius.

" Ya, saya tak menyesal pun dengan keputusan saya ni," jawab Anisa laju dan yakin.

" Walaupun kau tahu risiko yang kau akan tanggung lepasni?" soal Xaiden menguji, membuatkan riak wajah Anisa sedikit berubah.

" Risiko? maksud awak?"

" Maksud aku-

" Dahlia! Kau keluar sekarang!" laung seseorang dari luar rumah menyentakkan semua orang yang berada di dalam rumah. Begitu juga dengan semua yang berada di luar, kerana laungan itu percakapan Xaiden sebenar tadi terbantut.

" Kau keluar Dahlia! Sampai hati kau tipu aku!" tengking lelaki separuh abad itu lagi semakin menggila. Yang peliknya, tidada sesiapa yang perasan kehadiran lelaki itu sejak tadi, tiba-tiba sahaja mahu membuat onar di situ.

To be continued...

How about this chapter? Saya mintak maaf sangat-sangat sebab lambat update. Sejak online class dah mula start ni, saya agak sibuk. Apapun harap korang berpuas hati dan tunggu apa yang akan terjadi selepas ini. Korang rasa apa yang terjadi eh?

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now