⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat...
Beautiful Cover by: @btrisyanjiha
-Siri Kedua-
Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tidak mahu berlama-lama, Anisa terus sahaja bangun dari katil Xaiden untuk keluar. Namun belum sempat dia bergerak, Xaiden menarik tangganya kasar sehingga dia terbaring di atas katil. Xaiden kini sedang mengunci kedua-dua belah tangannya di atas katil.
End Xaiden's POV.
" Ke-kenapa ni?" Soal Anisa dengan suara yang sudah terketar-ketar. Mana taknya? Wajah Xaiden dengan Anisa hanya tinggal beberapa inci sahaja.
" Saja nak tengok isteri aku sendiri. Tak boleh?" Soal Xaiden berani membuatkan Anisa menelan air liurnya kasar.
" Sa-saya mengantuklah. Lagipun esok pagi kita nak balik rumah mama dengan papa kan? Awak rehat yer," Anisa memberi alasan sambil menayangkan senyuman plastik demi menutup perasaan gugupnya yang semakin menggila.
Ketika itu, dapat didengari degupan jantung masing-masing yang sedang berdegup kencang secara serentak. Sekali lagi Anisa berusaha melepaskan diri daripada genggaman Xaiden. Namun pegangan Xaiden semakin kuat membuatkan badannya langsung tidak dapat ke mana-mana. Posisi metrka masih sama seperti tadi.
" Kau sengaja nak cabar aku kan Anisa?" Soal Xaiden menayangkan senyuman seram.
" Cabar? Ca-cabar apa? Saya tak fahamlah," Anisa masih menafikan niatnya ketika itu. Apa yang sedang bermain di dalam fikirannya adalah ingin berlari keluar dari suasana tegang begini. Menyesal dia buat macam ni. Menyesal!
" Ouhh okay kalau macamtu..." Kali ini, anak mata Xaiden melorot pada bibir merah Anisa pula.
Anisa yang menyedari perbuatan Xaiden terus mengunci mulutnya rapat. Xaiden menayangkan senyuman sinis sebelum mendekatkan wajahnya dengan Anisa membuatkan Anisa memalingkan wajahnya sambil memejam mata serapat-rapatnya.
" Hahaha! " Ketawa yang terhambur keliar dari gerangan di hadapanya membuatkan Anisa memandang wajah suaminya itu dengan perasaan yang bercampur baul.
' Pang!'
Xaiden terkedu apabila sebuah tamparan kuat melayang pada pipinya. Dilihat reaksi Anisa yang sudah berubah. Wajahnya yang merah padam membuatkan Xaiden menjauhi Anisa dan berdiri daripada katil.
" Aku tak fahmlah dengan kau ni Xaiden! Kenapa kau buat aku macam ni?" Soal Anisa dengan intonasi yang tinggi. Inilah kali pertama Xaiden membuat hatinya berasa sangat kecewa.
" Aku faham perkahwinan kita ni bukan diatas dasar cinta. Tapi sebelum ni kau hormat aku dan aku hormatkan kau sebagai suami. Takkan sebab kesilapan aku malam tu kau berubah jadi macam ni? You're so immature!" Anisa meluahkan segala yang terbuku di hatinya.
Manakala Xaiden masih diam seribu bahasa. Kepala Xaiden kini menunduk ke bawah dengan perasaan yang sukar ditafsir. Semua pertanyaan Anisa membuatkan otaknya mula berfikir tentang sikapnya sebelum ini. Dan jawapan yang hanya dapat dicari adalah 'tiada' .