Sebulan kemudian,
'Tok! tok! tok!'
" Assalamualaikum!" laungan dari pintu luar rumah agam Tan Sri Aryan menarik perhatian Puan Sri Melissa dan Tan Sri Aryan yang sedang sarapan pagi. Disebabkan Xaiden dan Anisa sudah berpindah ke rumah sendiri, tinggal lah mereka berdua seperti dahulu.
Nak buat macam mana, harapkan puteri tunggal mereka sajalah nampaknya. Itupun sudah hampir sebulan tiada langsung khabar berita dari Alisa. Mungkin belum selesai kerja di sana.
" Saya pergi buka yer, abang makan dulu," ujar Puan Sri Melissa kepada suaminya sebelum mengatur langkah laju menuju pintu rumah yang tidak henti-henti diketuk.
" Kejap!" Puan Sri Melissa merengus perlahan. Siapalah yang mengganggu mereka pada waktu-waktu begini. Dahlah ketuk pintu macam nak bergegar bungalow tu gamaknya. Terpekik-pekik dari tadi.
" Waalaikumussalam..." Akhirnya Puan Sri Melissa membuka pintu buat hantu pintu yang mengganggu kosentrasi mereka untuk bersarapan tadi.
" Alisa!"
Di rumah Xaiden
" Awak jom breakfast dulu," panggil Anisa kepada Xaiden sambil menghidangkan semangkuk nasi goreng di atas meja makan.
Namun lelaki itu tidak menjawab, dia hanya duduk di hadapan meja makan dengan wajah dingin. Anisa pula hanya menyendukkan nasi ke dalam pinggan Xaiden dengan wajah yang keruh.
Setelah itu, nasi goreng disuap ke dalam mulut tanpa sebarang bicara membuatkan Anisa bertambah gelisah.
" Awak masih marahkan saya ker?" soal Anisa perlahan. Namun hampa, cakap dengan Xaiden seumpama bercakap dengan kucing jiran dia orang yang bisu. Bezanya, kucing tu comel, Xaiden pula tak berapa nak comel. Kuang kuang kuang😂
Selesai sahaja sarapan pagi, Xaiden terus mencapai beg bimbitnya untuk ke tempat kerja. Anisa pula dengan tergesa-gesa mencapai beg tangannya dan keluar bersama dengan lelaki itu. Selalunya mereka akan keluar ke tempat kerja secara serentak walaupun naik kereta secara berasingan.
Namun tidak pula pada kali ini, tanpa sempat Anisa menyalam tangan suaminya, Xaiden sudah hilang dari pandangan.
Di pejabat Xaiden
Xaiden menutup fail kerjanya dingin.
" Apa masalah kau ni Xaiden?" soal Xaiden bercakap seorang diri. Kalau orang tengok apa yang dia buat ni, confirm disahkan ahli Tanjung Rambutan.
Tapi dia serabut, sakit hati, keliru.
Kenapa? Kenapa dia marah sangat pada Anisa sedangkan benda tu benda simple jer? Bukannya lebam pun tangan dia tu, sengal sikit-sikit jer. Hari ni dah tak rasa apa-apa dah.Itu yang membuat dia separuh gila jadinya. Dia tak adalah marah sangat, tapi bila tengok jer muka Anisa. tiba-tiba muncul rasa sakit hati tu. Sejak bila dia jadi sensitif ni?
Sedangkan Anisa tu bukan sesiapa pun pada dia. Kan?
...
Anisa mengurut dahinya yang sudah hampir pecah memikirkan pelbagai perkara. Fail kes ditutup dan keluhan berat dilepaskan.
" Dia masih marah dengan aku ker tentang hal semalam? Ish, aku tak sengajalah! Takkan lah nak marah sampai hari ni?" Gumam Anisa sendiri.
Flashback
' Prangg!'
Bunyi sesuatu yang jatuh mengejutkan Anisa yang sedang membuat kerja di dalam biliknya. Selepas sahaja Anisa berpindah ke rumah Xaiden, mereka memilih untuk tidur di bilik yang berasingan.
Anisa yang mula berasa tidak sedap hati terus bertindak untuk keluar dari bilik dan memeriksa keadaan rumahnya. Namun pintu rumahnya kasih ditutup rapat dan masih terkunci.
Apabila sekali lagi dia terdengarkan sesuatu dari arah yang berdekatan dengan dapur, Anisa dengan perlahannya mencapai sebuah pan 'kuali' dan menuju ke arah bunyi tersebut dengan rasa yang berdebar.
" Kau kenapa?" Anisa yang terkejut apabila namanya dipanggil dari arah belakang terus bertindak mengetuk lengan lelaki itu dengan kuat dan menjerit ketakutan.
" Woi perempuan! Sakitlah gila!" Tangan Anisa digenggam kuat menghentikan pukulannya. Anisa yang dari tadi menutup matanya kini membuka mata dengan perlahan. Alangkah terkejutnya apabila melihat wajah Arif Xaiden yang kelihatan memandang Anisa tajam dan dingin.
" Awak! Kenapa awak berjalan dalam gelap ni?" tegur Anisa agak tinggi intonasinya.
" Dah ni rumah aku, suka hati akulah nak jalan macam mana pun! Kau ni pulak, dah pukul satu pagi kenapa kau tak tidur lagi?" soal Xaiden dingin membuatkan Anisa pula yang kecut perut jadinya.
" Saya nak siapkan kerja sikit..." jawab Anisa perlahan sambil menggenggam pemegang kuali dan menunduk ke bawah. Seram pulak dengan suara Xaiden yang separuh maki tu. Selamatlah dalam gelap, kalau cerah ni, confirm merah habis muka Xaiden tu.
" Kau ni memang naikkan darah aku jer pagi-pagi buta ni. Berambuslah kau! Nak tidur ker nak terjaga sampai pagi esok ker. Jangan kacau aku," tegas Xaiden berbaur amaran. Anisa memandang kepergian Xaiden dengan wajah yang keruh.
" I'm sorry Xaiden..."
End Flashback,
" Ahhhh! Macam mana aku nak pujuk dia ni? Macam mana kalau Xaiden dah tak nak tengok muka aku?" keluh Anisa sebal. Baru kahwin sebulan dah buat dosa free. Malangnya nasib kau ni Anisa...
Sedang melayani perasan sendiri, Pintu Anisa diketuk dari luar mengganggu lamunan panjangnya.
Apabila Anisa membenarkan orang dari luar masuk, muncul seorang perempuan yang berselendang dan memakai cermin mata hitam. Mulut dan hidungnya juga ditutup menggunakan mask.
" Puan Anisa, dia datang sini katanya ada hal penting yang nak dibincangkan dengan Puan," beritahu PA Anisa sebelum beredar dari situ.
" Kau Laila kan? kenapa berlitup habis ni? macam perempuan yang baru lepas kena pukul," seloroh Anisa mendekati Laila, isteri kepada Aaron merangkap sahabatnya dari kampung.
Namun Laila tidak menjawab soalan itu, dengan perlahan cermin mata dan mask dibuka dan Anisa terkejut memandang keadaan Laila yang kini berada di hadapannya.
" Macam mana boleh jadi macam ni Laila?"
To be continued...
Apa yang terjadi pada Laila? Kalau korang nak tahu, sila tunggu update seterusnya.
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romantik⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...