Bab 21 : AKU BOSAN!

154 26 2
                                        

" Bangun tidur selfie, mau mandi selfie, mau berak juga foto selfie

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" Bangun tidur selfie, mau mandi selfie, mau berak juga foto selfie..." Xander yang sedang minum air terus tersembur akibat nyanyian katak puru a.k.a Damian di sebelahnya.

" Sama teman selfie, sama anjing selfie, sama setan juga foto selfie..." Dengan hati yang riang Damian masih lagi tergelek-gelek di tengah dapur tidak mengendahkan pandangan jelek daripada setan-setan di sekelilingnya.

Sehinggalah satu ketika, kepalanya diketuk kuat dari belakang terus menghentikan perbuatannya yang sangat khusyuk mengalahkan solat subuh. Eh betul ker? Mana adalah, arwah baik orangnya...

Sebaik sahaja Damian beralih ke belakang dengan wajah yang berkerut, wajah Mak Cik singa terpancul dihadapannya membuatkan semua yang berada di sekeliling mereka turut kecut perut.

Xander dah lama blah dulu bila muncul jer Erika dekat belakang Si Damian tu.

" Kau ni Damian, terpesong otak anak aku dengar lirik lagu kau yang tak bertauliah tu!" Dipandang wajah Erika yang sudah merah padam dan beralih ke tangan kanan Erika yang sedang memegang sebatang senduk. Kemudian, matanya beralih pula melihat susuk tubuh kecil di belakang Erika yang berwajah polos tanpa sebarang reaksi.

" Mana adalah, aku nampak anak kau macam normal jer..."

" Mama, nak berak pun kena selfie ker?" Terdengar sahaja soalan bijak yang keluar dari mulut Zalikha Irene, semakin merah muka Erika dibuatnya. Tiba-tiba sepasang tanduk tumbuh dari belakang kepala Erika berserta asap yang keluar dari kedua-dua belah telinganya. Dan akhirnya...

" Damian! semua sebab kau!" Tak semena rumah Tan Sri Aryan bergegar kerana tengkingan padu Erika Airien dan bermulalah sesi kejar-kejaran di sekeliling rumah.

Pada ketika itu, Anisa yang sudah lama memerhatikan sketsa tak berbayar dari ruang tamu turut ketawa terbahak-bahak. Buat seketika, hilang rasa bebanan dalam dirinya saat itu. Diselitkan harapan agar dia juga akan merasa bahagia suatu hari nanti.

" Jauh termenung, dah sampai mana tu?" Sapaan dari seseorang membawa Anisa kembali ke dunia nyata.

" Sampai Afrika dah." Jawab Anisa agak sarkastik bila mengetahui siapa yang berada di sisinya kini.

" Bersiap sekarang." Arah Xaiden yang sudah lengkap berpakaian casual dengan segak dan bergaya. Anisa pula memandang Xaiden hairan.

" Kenapa pula? kita nak pergi mana?"
" Siap jelah. Aku bagi kau sepuluh minit jer." Arah Xaiden lagi.

" Tak naklah. Saya tak ada mood nak keluar." Balas Anisa masih tidak bergerak dari tempat duduknya.

" Betul kau tak nak?" Soal Xaiden dengan pandangan yang nakal.

" Tak nak" Anisa berkeras. Sengaja dipalingkan wajahnya ke arah lain menunjukkan bahawa dia tidak berminat.

" Kau betul-betul tak nak ni?" Soal Arif Xaiden semakin menunduk ke arah Anisa dan mendekatkan jarak diantara mereka berdua.

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang