" Kenapa Tuan Xander nak buat mesyuarat mega tergempar ni? Kita ada masalah ker?" Soal salah seorang ketua kawasan yang merupakan orang atasan di bawah Empayar Vlad.
" Betul tu, bukan selalu kita buat Mesyuarat Mega kalau tidak ada hal yang sangat penting," sambung ketua kawasan yang lain. Sejak perbincangan kumpulan F4 tiga hari lalu, Xander terus mengadakan mesyuarat tergempar dan memanggil semua ketua kawasan turun padang menghadapnya termasuk Xaiden, ahli kumpulan F4, Tan Sri Aryan dan The Black.
" Ya, saya ada perkara penting untuk diumumkan pada hari ini," jawab Xander berintonasi tegas.
" Apa perkara penting tu Xander?" Soal Xaiden turut hairan. Selalunya Xander akan mengkhbarkan apa-apa berita kepadanya terlebih dahulu, tetapi tidak pada kali ini. Xander memutuskan segalanya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa kecuali ahli kumpulan F4.
" Saya ingin mengumumkan bahawa, saya akan menurunkan takhta ketua tertinggi Empayar Vlad kepada Arif Xaiden. Adik saya," umum Xander dengan tegas dan tidak teragak-agak. Ya, keputusannya kali ini adalah muktamad. Apapun yang berlaku Xaiden tetap akan diangkat menjadi penggantinya.
Seperti yang dijangka, semua ahli Mesyuarat Mega sudah menjadi agresif dan sangat tidak berpuas hati. Hanya Tan Sri Aryan dan ahli kumpulan F4 langsung tidak terkesan dengan pengumuman itu.
Xaiden pula? Riak wajahnya turut berubah. Lidahnya kelu apabila Xander memutuskan semua ini tanpa berbincang dengannya sendiri. Bukan kerana dia tidak menerima, namun kerana pengumuman tergempar itu, dia sendiri tidak dapat mempertahankan keputusan Xander kali ini.
" Kenapa Tuan Xander tiba-tiba buat keputusan melulu? Tuan sendiri tahu status sebenar Xaiden." Akhirnya seorang ahli mesyuarat mula berbicara.
" Status Xaiden? Yang dia tu bukan Adik kandung saya?" Soal Xander dingin namun masih beriak tenang.
" Tuan Xander kena fikir dengan betul tentang perkara ni. Kita tidak boleh sesuka hati mengangkat orang luar menjadi ketua tertinggi Empayar Vlad, ini sudah dikira melanggar undang-undang."
" Siapa yang kau kata orang luar?" Bidas Xander menggerunkan semua yang berada di situ. Semua sudah menelan air liur pahit memandang wajah bengis Ariq Xander. Nampaknya ada yang sedang menguji.
" Berkenaan undang-undang Empayar Vlad, aku sebagai ketua tertinggi boleh mengubahnya pada bila-bila masa. Dan tiada sesiapa boleh menghalan," tegas Xander lebih keras.
Itulah perkara yang membuatkan Ariq Xander berasa sangat tidak berpuas hati. Kerana undang-undang ahli keluarga mafia ini, pemikiran semua ahli bawahannya turut menjadi kolot. Tiada beza status kekeluargaan di dalam hal ini sebenarnya, sedangkan darah daging sendiri boleh menjadi pengkhianat!
" Xaiden ada apa-apa yang kau nak kata kepada semua?" Soal Xander kepada Xaiden yang sejak tadi hanya berdiam diri. Dia tahu Xaiden masih terkejut dengan pengumuman itu, namun dia juga tahu Xaiden lebih pandai menguruskan dirinya di dalam hal ini.
Kini, semua mata sudah memandang Xaiden tajam. Semuanya sedang menanti Arif Xaiden untuk membuka bicara dan menerangkan tentang semua yang berlaku.
" Aku Arif Xaiden bin Muhammad Azmi. Ya, aku langsung tidak mempunyai pertalian darah di dalam keluarga Empayar Vlad. Dan itu menunjukkan bahawa aku tidak layak memegang takhta ketua tertinggi Empayar Vlad," Xander dan ahli-ahli yang menyokongnya muka memandang Xaiden runsing manakala bagi pihak yang lain sudah tersenyum sinis.
" Tetapi, jika dikira tanggungjawab yang akan dipikul oleh seorang ketua tertinggi, aku sudah lama bersedia. Selama 26 tahun, aku dibesarkan oleh keluarga mafia ini dan itu menunjukkan bahawa aku sudah diangkat masuk ke dalam keluarga ini dengan sah. Hanya nama bapa yang membezakan status aku dengan keluarga ini," ulas Xaiden mempamerkan wajah serious dengan penuh keyakinn.
" Aku tidak perlukan keputusan terburu-buru. Semua boleh mengambil sebanyak mana masa untuk berbincang dan aku akan menerima segala syarat supaya semua ahli mesyuarat dapat menerima aku sebagai ketua tertinggi Empayar Vlad," sambung Xaiden menghabiskan bait bicaranya sebelum kembali mengambil tempat di sebelah Tan Sri Aryan.
" Baiklah kalau itu yang kamu mahukan," suara di sebalik sudut mula menarik perhatian semua termasuk Xander. Akhirnya, The Black bersuara setelah lama mencerna pengumuman tergempar dan huru-hara yang berlaku sejak tadi.
" Mesyuarat Mega akan dibincangkan sekali lagi tanpa Arif Xaiden. Kita akan berbincang mengenai isu ini dan membuat keputusan. Xaiden, kau perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku," jelas The Black tegang dan terus beredar meninggalkan mesyuarat mega tanpa berkata apa-apa lagi. Dengan itu, mesyuarat mega turut bersurai.
Sesusai keluar daripada bilik mesyuarat, Xaiden menarik Xander kasar ke satu sudut.
" Kenapa kau tak bagitahu aku dulu?" soal Xaiden mengetap rahangnya geram.
" Alahh... aku saja nak surprised. Terkejut tak? Surprise!" dengan bahagianya Xander menjawab.
" Surprise kepala otak kau!" maki Xaiden bertambah sebal dengan perangai mangkuk mi meggi di hadapannya kini. Tahu tak betapa terkejut biawaknya dia tadi? Lepastu tiba-tiba memandai suruh berucap. Selamatlah dia ni contoh ahli-ahli berkarisma tahap Marikh. Buatnya dia ada sakit jantung memang dah gone dah tadi. Tak sempat nak merasa pijak kepala orang. Ehh?
" Kau serious ker Xander? Mula-mula tadi aku ingat kau kena sampuk tahu tak?" soal Xaiden menginginkan kepastian. Manalah tahu roh mana-mana datang nak membalas dendam dekat dia yang berjiwa suci ni.
" Aku tak main-main soal ni Xaiden. Aku tahu kau layak dan kau tak akan tolak permintaan aku ni. Okay sekarang aku tanya kau betul-betul. Kau nak lepaskan peluang ni ker Xaiden?" tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut Xaiden. Hanya secebis keluhan terbit dibibirnya.
To be continued...
Comments and votes okayyy...
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...